Penjanaan media dalam penyunting fail
Anda boleh mengubah suai imej menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) dengan penjanaan media terus dalam penyunting fail. Penjanaan media yang dikuasakan oleh AI boleh membantu anda mencipta imej produk yang profesional dengan cepat tanpa kemahiran reka bentuk khusus.
Anda boleh melakukan tindakan yang berikut dengan penjanaan media:
- Latar belakang warna: Gantikan latar belakang imej dengan warna padu, dengan pengesanan subjek secara automatik dan pembetulan manual jika perlu
- Jana: Ubah imej anda menggunakan prom bahasa semula jadi yang mudah untuk menukar latar belakang, pencahayaan atau aspek lain pada imej
Pada halaman ini
Harga
Untuk masa yang terhad, penjanaan media dalam penyunting fail tersedia pada semua pelan Shopify tanpa kos tambahan.
Pertimbangan dan petua untuk menyunting imej dengan penjanaan media
Sebelum anda mula menggunakan penjanaan media, semak pertimbangan yang berikut:
Resolusi dan format imej:
- Resolusi lalai untuk imej yang dijanakan ialah 1 megapiksel (MP) berdasarkan nisbah bidang imej anda. Sasarkan untuk menggunakan imej yang berhampiran dengan dimensi 1 megapiksel.
- Imej yang lebih besar daripada 1 MP dikecilkan, manakala imej yang kurang daripada 1 MP dibesarkan.
- Imej yang diubah suai disimpan dalam format asal. Semua imej dengan latar belakang telus hendaklah disimpan sebagai fail baharu dalam format PNG untuk mengekalkan latar belakang telus. Format imej lain tidak boleh menyimpan latar belakang telus.
- Jika anda mencipta imej dengan latar belakang telus, imej tersebut hendaklah disimpan sebagai fail PNG untuk mengekalkan latar belakang telus. Format imej lain tidak boleh menyimpan latar belakang telus.
Kualiti imej:
- Gunakan imej dengan subjek yang kelihatan jelas dan kontras yang baik untuk hasil terbaik.
- Imej dengan pinggir yang bersih dan komposisi yang ringkas berfungsi dengan lebih baik untuk pengalihan keluar latar belakang.
Penyuntingan dan penyimpanan:
- Penyunting imej AI Shopify mencipta 1 adegan janaan AI pada satu-satu masa. Set tambahan boleh dijana, tetapi apa-apa adegan yang tidak digunakan akan dipadamkan apabila anda menutup penyunting melainkan anda menyimpan imej tersebut ke peranti anda.
Hak cipta dan Penggunaan:
- Tera air yang tidak kelihatan digunakan pada semua imej yang dijana, yang tidak mengehadkan penggunaan komersial tetapi tidak boleh dialihkan keluar.
Ketahui lebih lanjut tentang mengambil gambar produk.
Menyesuaikan penjanaan media anda dengan prom teks
Apabila menggunakan ciri Jana, anda boleh mengubah imej anda dengan prom teks yang berkesan. Gunakan bahasa semula jadi yang ringkas untuk menerangkan kehendak anda:
- Perubahan latar belakang: tukarkan latar belakang kepada studio atau latar dapur dengan pencahayaan hangat
- Perihalan latar: di taman yang cerah dengan rumput dan pokok
- Spesifikasi gaya: fotografi iklan profesional atau pencahayaan hangat yang sekata
- Gabungan elemen: latar studio dengan latar belakang konkrit dan pencahayaan ambien
Pertimbangkan petua prom ini:
Kata kunci dan frasa estetik dan gaya boleh membantu untuk menambah baik sentuhan terakhir pada pemaparan. Beberapa contoh untuk dipertimbangkan termasuk jenis pemerihal yang berikut:
- Lokasi: dalam bangunan, luar bangunan, bawah air, di dalam bandar
- Pencahayaan: cahaya sekata yang hangat, ambien, mendung, neon, lampu studio, fotografi denyar
- Warna: terang, pudar, cerah, monokromatik, hitam dan putih, pastel
- Saiz (relatif kepada subjek): jarak dekat melampau, syot lebar, 6" x 4" x 2"
- Sudut kamera: syot depan, jarak dekat, dari atas
Apabila merangka prom teks anda, pertimbangkan amalan terbaik yang berikut:
- Prom teks hendaklah sekurang-kurangnya 3–7 perkataan. Sebaik-baiknya, formatkan prom dengan frasa atau kata kunci pendek yang dipisahkan oleh koma.
- Elakkan senarai permintaan dan arahan yang panjang. Tidak seperti model bahasa yang besar (LLM) atau bot sembang, pemapar teks untuk penjanaan media tidak berbentuk perbualan.
- Jika produk anda kelihatan terlalu besar atau terlalu kecil berbanding dengan konteks adegan latar belakang, sertakan maklumat saiz untuk membantu penjana menykalakan latar belakang pada produk anda dengan betul. Sebagai contoh, lilin balang 8oz atau beg pakaian 26" x 18".
- Bagi mengelakkan objek 'terapung' dalam adegan latar belakang, nyatakan cara objek harus diletakkan berhubung dengan latar belakang. Sebagai contoh, botol minuman diletakkan di atas meja atau kasut but diletakkan di atas lantai bersandar pada dinding.
Latar belakang warna
Anda boleh menggantikan latar belakang imej dengan warna padu atau menjadikannya lut sinar. Ciri ini mengesan dan memisahkan subjek secara automatik daripada latar belakang dan anda boleh membetulkan pemilihan secara manual jika perlu.
Langkah-langkah:
Desktop
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke fail media yang ingin anda sunting.
Klik lakaran kenit untuk membuka penyunting fail.
Dalam penyunting fail, klik Latar belakang warna.
Ciri ini mengesan subjek dalam imej anda secara automatik. Jika pemilihan automatik memerlukan pembetulan, anda boleh melaraskan bahagian imej yang dianggap sebagai subjek secara manual dengan memilih Pilih subjek.
Pilih warna latar belakang yang anda inginkan dengan melakukan satu daripada pilihan yang berikut:
- Klik satu daripada sampel warna pratetap daripada Monokrom atau Warna standard.
- Dalam bahagian Tersuai, klik
+untuk menggunakan pemilih warna atau masukkan kod warna yang khusus.
Klik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
Untuk menyingkirkan semua perubahan pada imej, klik Kembali kepada asal.
Mudah alih
Daripada aplikasi Shopify, pergi ke fail media yang ingin anda sunting.
Ketik pada imej yang ingin anda sunting.
Ketik Latar belakang.
Ciri ini mengesan subjek dalam imej anda secara automatik.
Pilih warna latar belakang yang anda inginkan dengan mengetik satu daripada sampel warna atau menggunakan pemilih warna tersuai.
Ketik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
Jana imej
Anda boleh mengubah imej anda menggunakan prom bahasa semula jadi yang ringkas. Ciri ini membolehkan anda menukar latar belakang, tetapan atau aspek lain pada imej anda dengan hanya menerangkan kehendak anda.
Contohnya, anda boleh memasukkan di taman yang cerah, rumput, bangku di bawah pokok, fotografi iklan profesional atau tukarkan latar belakang kepada studio untuk mengubah imej anda.
Langkah-langkah:
Desktop
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke fail media yang ingin anda sunting.
Klik lakaran kenit untuk membuka penyunting fail.
Dalam penyunting fail, klik Jana.
Dalam kotak prom teks, terangkan cara anda ingin mengubah imej anda menggunakan bahasa semula jadi. Anda boleh:
- Tukarkan latar belakang, seperti tukarkan latar belakang kepada ruang tamu
- Tetapkan latar, seperti di taman yang cerah dengan rumput dan pokok
- Nyatakan gaya, seperti fotografi iklan profesional
- Gabungkan berbilang elemen, seperti latar studio dengan pencahayaan hangat
Klik Serah.
Klik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
Untuk menyingkirkan semua perubahan pada imej, klik Kembali kepada asal.
Mudah alih
Daripada aplikasi Shopify, pergi ke fail media yang ingin anda sunting.
Ketik pada imej yang ingin anda sunting.
Ketik Jana.
Dalam kotak prom teks, terangkan cara anda ingin mengubah imej anda menggunakan bahasa semula jadi.
Ketik
.
Pratonton pilihan yang dijana dan gunakan
atau
mengikut keperluan.
Ketik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
Lanjutkan imej
Anda boleh melanjutkan latar belakang imej melebihi sempadan asalnya. Proses yang dipanggil luarlukis ini, membolehkan anda menambahkan ruang atau melaraskan bingkai di sekeliling subjek anda. Imej luarlukis tidak tersedia pada aplikasi mudah alih Shopify.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke fail media yang ingin anda sunting.
Klik lakaran kenit untuk membuka penyunting fail.
Dalam penyunting fail, klik Pangkas dan ubah bentuk dan pilih nisbah aspek.
Gunakan peluncur untuk melaraskan saiz kanvas yang mahu anda kembangkan.
Klik ikon
untuk melanjutkan latar belakang imej anda.
Klik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
Untuk mengembalikan semua perubahan kepada imej, klik Singkirkan.
Simpan imej yang dijana pada peranti anda
Anda boleh menyimpan apa-apa jua imej yang anda jana secara terus ke storan tempatan peranti anda atau kongsikannya pada peranti mudah alih. Imej dijana yang tidak disimpan akan hilang apabila sesi penyuntingan selesai.
Langkah-langkah:
Desktop
- Ikut langkah-langkah untuk menggunakan Warna latar belakang atau Jana, klik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
- Klik lakaran kenit bagi imej yang mahu anda simpan.
- Dalam pratonton imej, klik ikon ↧ untuk memuat turun imej ke storan tempatan peranti anda.
Mudah alih
- Ikut langkah-langkah untuk menggunakan Warna latar belakang atau Jana dan ketik Simpan atau Simpan sebagai baharu untuk menyimpan imej anda.
- Dalam pratonton imej, ketik ikon
> ↧ untuk memuat turun atau berkongsi imej.
Laporkan kandungan dalam imej yang dijana
Penjanaan media menggunakan model terlatih yang melaksanakan penapis dan perlindungan untuk mengecam serta menyekat kandungan berbahaya atau menyinggung perasaan. Walau bagaimanapun, anda boleh melaporkan apa-apa jua imej yang dijana secara manual jika ia masih mengandungi kandungan yang tidak wajar atau berbahaya. Maklum balas anda membantu untuk menambah baik kualiti pemandangan yang dijana melalui penjanaan media.
Langkah-langkah:
Selepas anda menjana imej menggunakan Jana dan mendapati kandungan yang tidak wajar atau berbahaya:
- Klik ikon laporkan pada penjuru bawah imej tersebut.
- Pilih sebab untuk melaporkan.
- Klik Serah.
Desktop
- Klik lakaran kenit bagi imej yang mahu anda laporkan.
- Dalam pratonton imej, klik ikon bendera ⚐ untuk Laporkan kandungan.
- Dalam dialog Laporkan imej, pilih perkara yang mahu anda laporkan tentang imej.
- Pilihan: Dalam bahagian Tambahkan butiran lanjut, masukkan maklumat khusus tentang perkara yang mahu anda laporkan.
- Klik Serah.
Mudah alih
- Ketik lakaran kenit bagi imej yang mahu anda laporkan.
- Dalam pratonton imej, ketik
> Laporkan imej.
- Dalam dialog Laporkan imej, pilih perkara yang mahu anda laporkan tentang imej.
- Pilihan: Dalam bahagian Tambahkan butiran lanjut, masukkan maklumat khusus tentang perkara yang mahu anda laporkan.
- Ketik Serah.
Soalan Lazim
Bagaimanakah cara untuk melaporkan isu pada imej yang dijana?
Anda boleh melaporkan apa-apa jua imej secara terus daripada penyunting imej dengan menggunakan ciri Laporkan kandungan.
Apakah sumber bagi imej yang dijana dan bagaimanakah cara hak cipta dikendalikan?
Penjanaan media bergantung pada berbilang model media generatif dan mengikuti prinsip privasi serta perlindungan data Shopify.
Pemegang hak boleh melaporkan kemungkinan pelanggaran menggunakan borang pelaporan hak cipta dan tanda dagangan.
Apakah hak pemilikan dan penggunaan bagi imej disunting AI?
Shopify tidak menuntut pemilikan ke atas imej yang dicipta oleh pedagang menggunakan penjanaan media atau menyekat tempat mereka boleh menggunakan imej tersebut. Imej yang dicipta boleh digunakan untuk tujuan perniagaan pedagang, di dalam dan di luar Shopify.