Penyelesaian masalah isu pembayaran semasa proses pembayaran

Jika pelanggan anda melaporkan ralat pembayaran semasa proses pembayaran, maka anda boleh menggunakan panduan ini untuk mengenal pasti punca dan mencari penyelesaian. Kegagalan pembayaran boleh berpunca daripada bank pelanggan, penyedia pembayaran atau tetapan kedai anda.

Bagi isu mengenai penyambungan atau konfigurasi gerbang pembayaran, rujuk Penyelesaian masalah gerbang pembayaran. Untuk menguji persediaan pembayaran anda tanpa membuat pesanan sebenar, rujuk Mengaktifkan gerbang pembayaran dalam mod ujian.

Mengenal pasti punca kegagalan pembayaran sewaktu proses pembayaran

Mesej ralat dan simptom yang berbeza menunjukkan punca yang berbeza. Gunakan maklumat berikut untuk mendapatkan langkah penyelesaian masalah yang betul:

Pembayaran yang gagal dan pembayaran yang ditinggalkan

Pembayaran yang gagal semasa proses pembayaran biasanya tidak membuat pesanan. Sebaliknya, cubaan itu direkodkan sebagai pembayaran yang ditinggalkan dan setiap cubaan disenaraikan dalam Garis masa pembayaran tersebut. Menyemak rekod yang betul terlebih dahulu mengelakkan pencarian halaman Pesanan bagi pesanan yang tidak pernah dibuat. Bergantung pada sama ada pembayaran tersebut gagal atau berjaya, ambil salah satu tindakan yang berikut:

Sesuatu pembayaran dianggap ditinggalkan hanya selepas tidak lengkap selama lebih daripada 10 minit, oleh itu cubaan membuat pembayaran daripada beberapa minit yang lalu mungkin belum disenaraikan dalam Pembayaran yang ditinggalkan lagi.

Penyelesaian masalah mesej ralat pembayaran biasa

Jika pelanggan melaporkan mesej ralat khusus semasa proses pembayaran, maka semak jenis ralat dan penyelesaian yang berikut.

Selesaikan masalah kad yang ditolak

Penolakan kad bermakna bank atau pengeluar kad pelanggan telah menolak transaksi tersebut dan pelanggan menerima mesej Kad anda telah ditolak semasa proses pembayaran. Keputusan ini dibuat oleh bank, bukan Shopify.

Setiap kali pelanggan cuba untuk membayar pesanan mereka, acara pembayaran akan dicatat dalam Garis masa pembayaran yang ditinggalkan. Untuk menyemak penolakan, kembangkan acara pembayaran yang gagal dan semak medan Mesej untuk mendapatkan maklumat penolakan yang dipulangkan oleh bank. Banyak bank hanya memulangkan penolakan generik, oleh itu sebab khusus tidak semestinya tersedia. Jika butiran kad adalah betul, maka minta pelanggan supaya menghubungi bank mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza.

Bagi mendapatkan sebab pembayaran ditolak dan cara mengurangkannya, rujuk Memahami pembayaran yang ditolak.

Selesaikan masalah ralat pemprosesan pembayaran

Mesej Terdapat isu semasa memproses pembayaran anda ialah ralat pemprosesan am. Anda boleh membantu pelanggan yang melaporkan mesej ini untuk melengkapkan pembayaran mereka.

Langkah-langkah:

  1. Minta pelanggan mencuba kaedah pembayaran yang berbeza.
  2. Jika ralat masih berterusan untuk seorang pelanggan, maka minta mereka supaya mengosongkan cache pelayar mereka dan mencuba lagi dalam tetingkap pelayar peribadi atau inkognito.
  3. Jika ralat menjejaskan semua pelanggan dan semua kaedah pembayaran, maka semak halaman Status Shopify untuk mendapatkan insiden yang aktif.
Selesaikan masalah cubaan membuat pembayaran yang terlalu banyak

Mesej Terlalu banyak cubaan dipaparkan selepas pelanggan cuba untuk membayar terlalu banyak kali dalam tempoh yang singkat. Ini merupakan perlindungan pengehadan kadar sementara terhadap trafik automatik dan yang berbentuk penyalahgunaan.

Pelanggan harus menunggu beberapa minit sebelum mencuba lagi. Had ini tidak terikat pada sesi pelayar pelanggan, oleh itu mengosongkan cache pelayar atau menukar pelayar mereka tidak akan menetapkannya semula. Jika cabaran keselamatan dipaparkan, maka pelanggan boleh melengkapkan cabaran tersebut untuk meneruskan. Pelanggan yang berkongsi sambungan Internet dengan ramai pihak lain, seperti rangkaian pejabat atau pengangkut mudah alih, boleh mencapai had bersama-sama dan trafik daripada pihak lain pada sambungan tersebut boleh memastikannya terus aktif.

Jika pelanggan sebenar melaporkan ralat ini berulang kali, maka hubungi Sokongan Shopify dengan menyertakan URL kedai anda, masa ralat tersebut berlaku dan rantau pelanggan tersebut.

Selesaikan masalah kegagalan pengesahan 3D Secure

Jika bank pelanggan memerlukan pengesahan 3D Secure (3DS), maka dialog atau ubah hala akan dipaparkan semasa proses pembayaran untuk membolehkan pelanggan mengesahkan pembayaran dengan bank mereka.

Punca lazim bagi kegagalan 3DS merangkumi senario yang berikut:

  • Pelanggan menutup tetingkap pengesahan sebelum melengkapkannya.
  • Pengesahan tamat masa disebabkan oleh sambungan yang lambat.
  • Aplikasi perbankan pelanggan tidak menghantar pemberitahuan semerta untuk kelulusan.

Minta pelanggan supaya mencuba lagi untuk membuat pembayaran dan melengkapkan prom pengesahan bank. Jika aplikasi bank tidak menghantar pemberitahuan, maka pelanggan seharusnya membuka aplikasi perbankan mereka secara langsung untuk menyemak kelulusan yang belum selesai.

Pengesahan yang tidak berjaya akan dipaparkan sebagai cubaan membuat pembayaran yang gagal dalam Garis masa pembayaran yang ditinggalkan, dengan mesej yang bermula dengan Pelanggan gagal pengesahan 3D Secure. Jika pelanggan gagal atau meninggalkan pengesahan, maka tiada kebenaran yang dihantar kepada bank mereka dan tiada caj yang dikenakan. Hanya kad yang dimasukkan oleh pelanggan semasa proses pembayaran yang digunakan.

Jika pengesahan tidak boleh dilengkapkan kerana terdapat masalah teknikal dengan sistem pengesahan bank, maka pembayaran masih boleh dihantar ke bank untuk kebenaran tanpa pengesahan 3D Secure. Dalam kes ini, bank akan memutuskan sama ada ingin meluluskan pembayaran tersebut.

Selesaikan masalah transaksi sah yang disekat oleh penapis penipuan

Jika anda menggunakan Shopify Payments, maka sesetengah cubaan pembayaran berisiko tinggi boleh disekat sebelum pesanan dibuat. Cubaan pembayaran ini tidak menjadi pesanan, oleh itu tiada cadangan penipuan pesanan baginya. Aplikasi pencegahan penipuan pihak ketiga juga boleh menyekat transaksi. Jika pelanggan melaporkan bahawa pembayaran mereka ditolak walaupun kad mereka berfungsi di tempat lain, maka semak sama ada transaksi tersebut disekat.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pesanan > Pembayaran yang ditinggalkan.

  2. Pilih paparan Disekat, dan kemudian buka pembayaran yang ditinggalkan untuk pelanggan.

  3. Semak sama ada Garis masa menyertakan Disekat akibat risiko penipuan yang tinggi. Jika ya, pembayaran disekat sebelum pesanan diciptakan dan tiada pembayaran diambil.

  4. Jika pembayaran yang ditinggalkan menunjukkan bahawa alamat IP berada pada senarai sekat sementara, maka sekatan itu dialih keluar secara automatik, biasanya dalam masa sehari. Sekatan tidak boleh dialih keluar lebih awal dan cubaan membuat pembayaran yang lain dari alamat IP tersebut boleh melanjutkannya. Ketahui lebih lanjut tentang analisis penipuan.

  5. Jika anda menggunakan aplikasi penipuan pihak ketiga, maka semak papan pemuka aplikasi tersebut untuk transaksi yang disekat.

  6. Jika anda mengenali pelanggan itu dan boleh mengesahkan bahawa transaksi telah dibenderakan secara salah, maka anda boleh menciptakan pesanan draf dan menghantar invois kepada pelanggan tersebut.

Menyelesaikan masalah isu pembayaran mengikut simptom

Jika pelanggan tidak melaporkan mesej ralat khusus tetapi pembayaran tidak dilengkapkan, maka gunakan bahagian berikut untuk mengenal pasti puncanya berdasarkan simptom.

Menyelesaikan masalah pembayaran yang kembali ke halaman pembayaran tanpa ralat

Jika pembayaran kembali ke halaman pembayaran tanpa memaparkan mesej ralat, maka ini ialah gelung pembayaran.

Punca lazim termasuk kemungkinan berikut:

  • Gangguan sambungan pelayar: Penyekat iklan, sambungan privasi atau pemalam pelayar rangkaian persendirian maya (VPN) boleh menyekat skrip pembayaran. Minta pelanggan mencuba dalam tetingkap pelayar peribadi atau inkognito dengan sambungan dinyahaktifkan.
  • Sesi tamat tempoh: Jika pelanggan membiarkan halaman pembayaran terbuka untuk tempoh yang panjang, maka sesi mungkin telah tamat tempoh. Minta pelanggan menyegarkan semula halaman dan mula sekali lagi.
  • Masa tamat rangkaian: Sambungan Internet yang lambat boleh mengganggu jabat tangan pembayaran. Minta pelanggan menyemak sambungan mereka dan cuba lagi.
Menyelesaikan masalah pembayaran PayPal atau pembayaran di luar tapak yang gagal

Jika anda menggunakan penyedia pembayaran yang mengubah hala pelanggan jauh daripada tempat pembayaran anda, seperti PayPal atau get laluan berasaskan ubah hala, maka pelanggan mesti kekal pada halaman penyedia pembayaran sehingga mereka diubah hala kembali ke kedai anda. Jika pelanggan melayari tempat lain, menutup tab atau menggunakan butang kembali pelayar semasa proses ubah hala, maka pembayaran mungkin gagal.

Jika pelanggan melaporkan bahawa mereka telah dicaj tetapi tiada pesanan diciptakan, maka anda boleh mengesahkan transaksi tersebut dengan penyedia pembayaran anda dan menyelesaikan masalah pesanan yang hilang.

Langkah-langkah:

  1. Semak papan pemuka penyedia pembayaran anda untuk mengetahui status transaksi.
  2. Jika caj dilengkapkan pada bahagian penyedia tetapi pesanan tidak dipaparkan dalam pentadbir Shopify anda, maka hubungi pasukan sokongan penyedia pembayaran untuk mengesahkan bahawa transaksi telah dilengkapkan.
  3. Jika pembayaran telah diambil, maka pilih salah satu pilihan yang berikut:
Menyelesaikan masalah pelanggan dicaj tanpa pesanan diciptakan

Jika pelanggan melaporkan caj untuk pesanan yang tiada dalam pentadbir Shopify anda, maka semak sama ada caj tersebut merupakan pembayaran yang dilengkapkan atau penahanan pengesahan.

Jika anda menggunakan penyedia pembayaran yang mengubah hala pelanggan jauh daripada tempat pembayaran anda, seperti PayPal, maka rujuk Menyelesaikan masalah pembayaran PayPal atau pembayaran di luar tapak yang gagal.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pesanan.

  2. Semak halaman Pesanan untuk mendapatkan pesanan yang belum selesai atau dibayar separa yang sepadan dengan e-mel atau amaun pelanggan.

  3. Jika tiada pesanan wujud, maka pergi ke Pesanan > Pembayaran yang ditinggalkan, buka pembayaran pelanggan dan semak Garis masa pembayaran tersebut untuk melihat cubaan membuat pembayaran. Pembayaran yang gagal direkodkan sebagai pembayaran yang ditinggalkan dan bukannya sebagai pesanan.

  4. Jika caj pada penyata pelanggan belum selesai, maka caj itu merupakan penahanan pengesahan, bukannya caj yang telah dilengkapkan. Penahanan itu mungkin dipaparkan pada penyata bank pelanggan selama sehingga 30 hari dan masanya bergantung pada bank serta pengeluar kad mereka. Rujuk tempoh pengesahan kad kredit.

  5. Jika penyata kad pelanggan memaparkan caj yang dicatatkan tanpa pesanan yang sepadan, maka hubungi penyedia pembayaran anda dan berikan e-mel pelanggan serta anggaran masa transaksi. Jika anda menggunakan Shopify Payments, hubungi Sokongan Shopify.

Menyelesaikan masalah harga atau mata wang yang tidak betul semasa pembayaran

Jika pelanggan melaporkan harga atau mata wang yang tidak dijangka semasa pembayaran, maka isu tersebut mungkin berkaitan dengan konfigurasi Shopify Markets anda dan bukannya kegagalan pembayaran.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Sahkan bahawa mata wang yang betul ditetapkan kepada setiap pasaran.

  3. Sahkan bahawa negara pengiriman pelanggan disertakan dalam pasaran yang dijangka.

Menyelesaikan masalah kegagalan pembayaran untuk seluruh kedai

Jika setiap kaedah pembayaran gagal untuk setiap pelanggan, maka kemungkinan besar isunya berkaitan dengan konfigurasi pembayaran kedai anda dan bukannya kaedah pembayaran pelanggan individu.

Menyelesaikan masalah semua pembayaran yang gagal untuk semua pelanggan

Jika setiap kaedah pembayaran gagal untuk setiap pelanggan, maka puncanya biasanya ialah tetapan peringkat kedai atau gangguan perkhidmatan.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Pembayaran.

  2. Semak sama ada mod ujian diaktifkan untuk penyedia pembayaran anda. Jika penunjuk mod ujian dipaparkan, maka nyahaktifkannya untuk menerima pembayaran sebenar. Ketahui lebih lanjut tentang mod ujian.

  3. Sahkan bahawa akaun penyedia pembayaran anda aktif dan dalam keadaan baik. Semak keperluan pengesahan, sekatan atau notis akaun digantung pada halaman Pembayaran.

  4. Semak halaman Status Shopify untuk mengetahui tentang insiden pemprosesan pembayaran yang aktif.

  5. Jika anda menggunakan penyedia pembayaran pihak ketiga, maka semak halaman status penyedia tersebut atau hubungi pasukan sokongan mereka.

Menyelesaikan masalah satu kaedah pembayaran yang gagal sedangkan kaedah lain berfungsi

Jika hanya satu kaedah pembayaran gagal tetapi kaedah pembayaran yang lain berfungsi, maka isunya berkemungkinan berkaitan dengan penyedia khusus tersebut:

  • Kad kredit atau debit: Semak status akaun Shopify Payments anda pada halaman Pembayaran. Semak sekiranya terdapat keperluan pengesahan atau sekatan akaun.
  • PayPal: Sahkan penyepaduan PayPal anda pada halaman Pembayaran. Sahkan bahawa akaun perniagaan PayPal anda aktif dan alamat e-mel berpadanan.
  • Kaedah pembayaran tambahan: Mungkin terdapat isu dengan penyedia bagi kaedah pembayaran tambahan tersebut. Hubungi pasukan sokongan penyedia untuk mendapatkan bantuan.
  • Shop Pay: Jika Shop Pay gagal, maka sahkan bahawa kedai anda memenuhi keperluan Shop Pay. Shop Pay memerlukan kedai anda layak untuk mendapatkan Shopify Payments, walaupun apabila anda memilih untuk menggunakan get laluan pihak ketiga untuk menerima pembayaran.

Sebelum anda menghubungi Sokongan Shopify

Jika anda telah menyemak langkah penyelesaian masalah dalam panduan ini dan isu pembayaran anda masih berterusan, hubungi Sokongan Shopify untuk mendapatkan bantuan jika mana-mana yang berikut adalah benar:

  • Ralat berterusan selepas pelanggan mencuba kaedah pembayaran dan pelayar yang berbeza.
  • Anda menerima mesej ralat pemprosesan pembayaran dalam pentadbir Shopify anda yang tidak sepadan dengan mana-mana mesej dalam artikel ini.
  • Akaun Shopify Payments anda memaparkan sekatan atau keperluan pengesahan yang tidak dapat anda selesaikan dari halaman Pembayaran.
  • Pelanggan telah dicaj tetapi tiada pesanan dicipta dan penyedia pembayaran tidak dapat menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum menghubungi Sokongan Shopify, kumpulkan maklumat berikut untuk membantu menyelesaikan isu anda dengan lebih pantas:

  • Penerangan tentang perkara yang pelanggan jangka berlaku dan perkara yang berlaku sebaliknya
  • Mesej ralat tepat yang diterima oleh pelanggan, termasuk tangkapan skrin jika ada
  • Tarikh dan masa pembayaran yang gagal, termasuk zon waktu pelanggan
  • Kaedah pembayaran yang digunakan oleh pelanggan
  • Sama ada isu tersebut menjejaskan seorang pelanggan atau semua pelanggan
  • Pelayar dan peranti yang digunakan oleh pelanggan
  • Negara atau rantau tempat pelanggan berada
  • Jika isu boleh dihasilkan semula, URL pembayaran ujian tempat Sokongan Shopify boleh menghasilkan semula isu tersebut
  • Langkah penyelesaian masalah daripada panduan ini yang telah anda selesaikan