Diskaun automatik

Diskaun automatik ialah diskaun yang dikenakan secara automatik dalam troli dan pada pembayaran apabila syarat kelayakan dipenuhi. Diskaun ini lazimnya digunakan mengikut cara yang berikut:

  • Untuk jualan seluruh tapak
  • Untuk promosi bagi koleksi tertentu
  • Untuk pembelian pukal

Diskaun automatik dapat membantu untuk memudahkan pembayaran anda dan menggalakkan kadar penukaran serta nilai pesanan yang lebih tinggi.

Anda boleh mencipta potongan amaun, pengiriman percuma, beli X dapat Y atau diskaun automatik berasaskan aplikasi. Anda boleh mempunyai maksimum 25 diskaun automatik yang aktif. Jumlah ini termasuk diskaun berasaskan aplikasi.

Untuk memastikan diskaun automatik digunakan dengan betul, pelanggan anda perlu menambahkan semua item yang layak pada troli mereka. Item ini termasuklah item yang perlu mereka beli untuk melayakkan diri bagi mendapatkan diskaun serta sebarang item yang mereka dapat sebagai sebahagian daripada promosi. Pelanggan anda juga perlu layak untuk diskaun automatik tersebut.

Diskaun automatik dan aplikasi yang mengubah harga

Jika anda menggunakan aplikasi yang mengubah harga item dalam troli melalui fungsi, seperti aplikasi berkas, diskaun automatik dikira selepas aplikasi tersebut mengubah harga. Ini bermakna diskaun automatik adalah berdasarkan harga yang telah diubah, bukan harga asal produk.