Menguruskan akaun Capital anda dalam aplikasi Shopify Balance
Selepas akaun Capital anda aktif, anda boleh mengurus pembiayaan anda daripada aplikasi Shopify Balance. Anda boleh mengeluarkan dana, melaraskan kadar pembayaran semula anda, membuat pembayaran semula manual dan menjejak aktiviti pengeluaran serta pembayaran semula anda.
Pada halaman ini
Cara akaun Capital anda berfungsi
Akaun Capital anda menggunakan jumlah yang berikut:
- Baki kemudahan: Jumlah amaun yang anda hutang untuk semua pengeluaran anda.
- Jumlah had kemudahan: Amaun maksimum yang boleh anda minta untuk dikeluarkan.
- Had tersedia: Jumlah had kemudahan anda ditolak dengan pengeluaran dan caj anda yang telah diposkan dan belum selesai. Ini ialah amaun maksimum yang boleh anda keluarkan.
Kadar pembayaran semula anda ialah peratusan jualan harian anda yang digunakan untuk membayar balik akaun Capital anda. Kadar pembayaran semula minimum anda adalah berdasarkan jumlah had kemudahan yang sedang anda gunakan, jadi kadar ini mungkin meningkat apabila baki kemudahan anda meningkat. Kadar pembayaran semula anda juga menentukan had kemudahan anda. Kadar pembayaran semula yang lebih tinggi akan menaikkan had kemudahan anda, dan kadar pembayaran semula yang lebih rendah akan menurunkannya.
Cara kos pinjaman berfungsi
Kos pinjaman anda digunakan sebagai kadar faedah setiap bulan pada baki tertunggak untuk setiap pengeluaran, dan penetapan harga anda dinilai pada setiap bulan. Kos pinjaman dikenakan pada baki kemudahan anda sehingga baki tersebut mencecah $0 USD.
Kos yang dikenakan pada pengeluaran ditetapkan apabila anda membuat pengeluaran, dan tidak akan berubah walaupun penetapan harga anda berubah pada masa hadapan.
Lihat butiran akaun Capital anda
Anda boleh melihat pembiayaan dan aktiviti pembayaran semula anda dalam aplikasi Shopify Balance.
Langkah-langkah:
- Daripada aplikasi Shopify Balance, ketik ikon
.
- Ketik Capital.
- Pilihan: Untuk melihat jumlah had kemudahan serta pengeluaran dan caj anda yang telah diposkan dan belum selesai, ketik ikon maklumat di sebelah Tersedia.
Lihat perjanjian akaun Capital anda
Anda boleh menyemak perjanjian akaun Capital yang anda terima semasa anda memohon.
Langkah-langkah:
- Daripada aplikasi Shopify Balance, ketik ikon tetapan.
- Ketik ikon maklumat, dan kemudian ketik Perjanjian akaun Capital.
Keluarkan dana
Anda boleh mengeluarkan dana sehingga nilai had tersedia anda, dengan pengeluaran minimum $200 USD. Anda boleh menyerahkan beberapa permintaan pengeluaran, sehingga nilai had tersedia anda, dan setiap permintaan adalah tertakluk pada kapasiti yang tersedia, semakan, serta kelulusan. Had tersedia anda berkurangan semasa anda mengeluarkan dana dan meningkat semasa anda membayar balik, dan jumlah had kemudahan anda mungkin meningkat atau menurun pada setiap bulan berdasarkan prestasi perniagaan anda.
Pengeluaran dana tambahan akan meningkatkan baki kemudahan dan kos pinjaman anda. Jika anda mencuba untuk membuat pengeluaran lebih daripada had tersedia anda, mesej ralat akan dipaparkan dan anda perlu memasukkan amaun yang lebih rendah.
Apabila anda mengeluarkan dana, baris Deposit ke memaparkan akaun yang menerima dana, yang tidak semestinya akaun Shopify Balance anda. Jika lebih daripada satu akaun anda layak untuk menerima pengeluaran, maka anda boleh mengetik baris tersebut dan memilih akaun yang berbeza.
Permintaan pengeluaran anda disemak sebelum diluluskan dan anda menerima e-mel dengan keputusan tersebut. Jika permintaan anda diluluskan, maka dana didepositkan ke akaun tersebut dalam masa 2 hari perniagaan. Masa yang tepat bergantung pada waktu anda menyerahkan permintaan anda. Jika permintaan anda tidak diluluskan, maka e-mel tersebut menerangkan cara meminta sebab bagi keputusan itu.
Langkah-langkah:
- Daripada aplikasi Shopify Balance, ketik ikon
.
- Ketik Capital, dan kemudian ketik Keluarkan.
- Masukkan amaun yang ingin anda keluarkan.
- Semak akaun dalam baris Deposit ke.
- Pilihan: Jika lebih daripada satu akaun anda layak, ketik Deposit ke, kemudian pilih akaun yang berbeza daripada Tambah pada.
- Ketik Teruskan.
- Semak amaun pengeluaran serta yuran, dan kemudian ketik Serah.
Laraskan kadar pembayaran semula anda
Anda boleh melaraskan kadar pembayaran semula anda pada bila-bila masa, asalkan kadar baharu itu berada dalam ambang kadar pembayaran semula minimum dan maksimum anda. Kadar pembayaran semula yang baharu digunakan pada semua pengeluaran tertunggak anda pada masa ini dan pada masa hadapan. Memandangkan kadar pembayaran semula anda menetapkan kelajuan pembayaran semula anda, peningkatan atau penurunan kadar tersebut juga mungkin akan mengubah jumlah kos pinjaman anda.
Langkah-langkah:
- Daripada aplikasi Shopify Balance, ketik ikon
.
- Ketik Capital.
- Ketik Membayar semula dengan X% daripada jualan, dengan keadaan X merupakan kadar pembayaran semula semasa anda.
- Dalam bahagian Pembayaran semula daripada jualan, ketik
-atau+untuk menukar peratusan jualan anda yang akan digunakan untuk pembayaran semula. - Semak kesannya terhadap had kemudahan anda, dan kemudian ketik Kemas kini.
Buat pembayaran semula manual
Anda boleh membuat pembayaran semula manual pada bila-bila masa, sebagai tambahan kepada pembayaran semula yang dikumpulkan secara automatik daripada jualan anda. Pembayaran semula manual tidak menghentikan mahupun menggantikan pembayaran semula harian tersebut. Pembayaran semula manual dikenakan pada baki kemudahan anda, dan pada pengeluaran anda yang paling lama terlebih dahulu. Amaun yang tinggal untuk dibayar balik merangkumi baki kemudahan dan faedah anda yang akan datang.
Sesuatu pengeluaran akan berhenti mengakru faedah selepas pengeluaran itu dibayar balik sepenuhnya. Pembayaran semula manual akan berstatus belum selesai sehingga ia selesai, dan proses ini mengambil masa sehingga 4 hari perniagaan.
Langkah-langkah:
- Daripada aplikasi Shopify Balance, ketik ikon
.
- Ketik Capital, dan kemudian ketik Baki kemudahan.
- Ketik Bayar baki kemudahan.
- Masukkan amaun yang ingin anda bayar, sehingga mencapai amaun yang tinggal untuk dibayar balik.
- Ketik Teruskan.
- Semak amaun pembayaran anda dan pecahan tentang cara pembayaran anda dikenakan pada semua pengeluaran anda.
- Ketik Serah.
Menjejak pengeluaran dan pembayaran semula anda
Anda boleh menyemak status pengeluaran, aktiviti pembayaran semula dan keadaan akaun anda dalam aplikasi Shopify Balance.
Pembayaran semula automatik
Pembayaran semula dikumpulkan secara automatik sebagai satu peratusan daripada jualan harian anda. Pembayaran semula ditolak terlebih dahulu daripada pembayaran Shopify Payments anda. Jika pembayaran semula tidak dapat ditolak daripada pembayaran anda, maka amaun tersebut akan didebitkan daripada akaun Shopify Balance anda.
Pembayaran semula dikenakan pada pengeluaran anda yang paling lama terlebih dahulu, dan kemudian pada pengeluaran yang lebih baharu mengikut tertib pengeluaran anda. Pengeluaran yang lebih baharu tidak akan mula dibayar balik sehinggalah kesemua pengeluaran sebelumnya dibayar balik sepenuhnya, dan pengeluaran baharu tersebut akan terus mengakru faedah sepanjang tempoh tersebut.
Status pengeluaran
Setiap pengeluaran daripada akaun Capital anda mempunyai status yang menunjukkan peringkatnya dalam proses pembiayaan dan pembayaran semula.
| Status | Keterangan |
|---|---|
| Belum selesai | Permintaan pengeluaran anda sedang disemak. Jika permintaan anda diluluskan, maka dana anda akan diterima dalam masa 2 hari perniagaan. |
| Akan dibayar | Pengeluaran anda telah dibiayai dan berada dalam baris gilir untuk dibayar balik selepas pengeluaran sebelumnya. |
| Membayar balik | Pembayaran semula daripada jualan anda sedang digunakan pada pengeluaran. Pengeluaran kekal dalam status ini sehingga faedahnya untuk bulan semasa dibayar balik, walaupun selepas amaunnya mencapai USD0. |
| Dibayar balik | Pengeluaran dibayar balik sepenuhnya dan tempoh pembayaran semulanya dipaparkan bersama-sama pengeluaran tersebut. |
| Ditolak | Permintaan pengeluaran anda telah disemak dan tidak diluluskan, oleh itu tiada dana didepositkan. Anda menerima e-mel berserta keputusan dan e-mel tersebut menerangkan cara meminta sebab bagi keputusan tersebut. |
| Gagal | Pengeluaran anda telah diluluskan tetapi deposit tidak dapat dilengkapkan. Perkara ini biasanya berlaku apabila akaun yang menerima dana menolak deposit tersebut. Selepas anda mengesahkan bahawa akaun anda boleh menerima deposit, anda boleh meminta pengeluaran yang lain. |
Keadaan akaun
Akaun Capital anda boleh memasuki keadaan yang menghalang anda daripada mengeluarkan dana. Dalam setiap kes, mesej dipaparkan pada skrin Capital.
| Mesej | Keterangan |
|---|---|
| Baki anda melebihi had anda | Baki kemudahan kredit anda lebih tinggi berbanding dengan jumlah had kemudahan kredit anda, yang boleh berlaku apabila had kemudahan kredit anda menurun, atau apabila anda telah mengeluarkan dana hingga had anda dan faedah dikenakan. Had anda yang tersedia ialah USD0 dan anda tidak boleh mengeluarkan dana sehingga anda membayar balik baki anda secukupnya untuk menjadikannya kurang daripada jumlah had kemudahan kredit anda. |
| Akaun anda dikunci | Keupayaan anda untuk mengeluarkan dana dikunci selepas semakan terhadap akaun Capital anda dan anda menerima e-mel berserta keputusan. E-mel tersebut menerangkan cara meminta sebab bagi keputusan tersebut. Pembayaran semula berterusan selagi anda mempunyai baki tertunggak, walaupun semasa akaun anda dikunci. Anda tidak boleh membuka kunci akaun anda sendiri. Jika akses anda dipulihkan, anda menerima e-mel dan anda boleh mengeluarkan dana sekali lagi. |