Menggunakan Sidekick dalam aplikasi Shopify Balance
Sidekick ialah pembantu perdagangan Shopify yang dikuasakan oleh AI. Dalam aplikasi Shopify Balance, Sidekick boleh membantu anda untuk memahami kewangan perniagaan, termasuk aktiviti Shopify Balance dan akaun Capital anda. Untuk menggunakan Sidekick dalam aplikasi Balance, kemas kinikan aplikasi Shopify Balance kepada versi terkini.
Sidekick dalam aplikasi Balance boleh menjawab soalan kewangan, menjelaskan perkara yang sedang anda lihat, memberikan lebih banyak maklumat tentang produk kewangan Shopify dan membuat model senario yang mungkin sebelum anda membuat keputusan.
Pada halaman ini
Pertimbangan untuk menggunakan Sidekick dalam aplikasi Shopify Balance
Sebelum anda menggunakan Sidekick dalam aplikasi Shopify Balance, semak pertimbangan berikut:
- Sidekick dalam aplikasi Balance memfokuskan kepada kewangan perniagaan anda. Ini membantu menjawab soalan tentang Shopify Balance, akaun Capital dan aktiviti kewangan anda di Shopify.
- Sidekick dalam aplikasi Balance mempunyai kurang keupayaan berbanding dengan Sidekick pada pentadbir Shopify anda dan ciri ini tidak dapat mengakses data yang sama. Sidekick pada pentadbir Shopify anda membantu dengan pelbagai tugasan perdagangan, seperti menguruskan produk, pesanan, diskaun, persediaan kedai dan aliran kerja pentadbir yang lain.
- Sidekick dalam aplikasi Balance tidak boleh melakukan tugasan berikut:
- Memberikan data daripada pentadbir Shopify anda, seperti data jualan atau analisis
- Memberikan nasihat kewangan secara jelas
- Melengkapkan tindakan dalam sembang, seperti memindahkan wang antara akaun Shopify Balance anda
- Jika Sidekick dalam aplikasi Balance tidak dapat membantu menjawab soalan, cuba ajukan soalan yang sama kepada Sidekick pada pentadbir Shopify anda. Jika anda masih memerlukan bantuan, hubungi Sokongan Shopify.
- Untuk mengetahui perkara yang boleh dibantu oleh Sidekick pada masa ini, tanya Sidekick perkara yang mampu dilakukannya.
Bertanyakan soalan kepada Sidekick dalam aplikasi Balance
Sidekick menggunakan maklumat yang tersedia dalam aplikasi Shopify Balance untuk menjawab soalan tentang aktiviti Shopify Balance dan akaun Capital anda. Ciri ini juga boleh menjelaskan cara produk Shopify Capital berfungsi, seperti cara akaun Capital berbeza daripada pembiayaan Capital yang lain.
Sebagai contoh, anda boleh bertanya kepada Sidekick:
- Adakah saya mempunyai tawaran akaun Capital pada masa ini?
- Apakah maksud transaksi Balance ini?
- Bagaimanakah kadar pembayaran semula saya mempengaruhi anggaran tempoh pembayaran semula?
Bagi sesetengah soalan, Sidekick mungkin akan mengarahkan anda ke tempat yang betul dalam aplikasi Balance atau pentadbir Shopify anda untuk menyemak butiran atau melengkapkan tindakan.
Tawaran Capital boleh berbeza-beza antara aplikasi Shopify Balance dengan pentadbir Shopify anda. Sidekick dalam aplikasi Balance boleh menjawab soalan tentang maklumat Capital yang tersedia dalam aplikasi Balance. Untuk tawaran Capital pada pentadbir Shopify anda, semak halaman Kewangan pada pentadbir Shopify anda atau tanya Sidekick pada pentadbir Shopify anda. Tawaran di satu tempat tidak menjamin tawaran di tempat lain.
Pemodelan senario dengan Sidekick
Sidekick boleh membuat model senario ringkas menggunakan maklumat yang tersedia tentang akaun Capital anda. Pemodelan senario adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Sidekick boleh membantu untuk memahami kemungkinan hasil, tetapi tidak dapat menentukan pilihan yang patut anda pilih.
Sebagai contoh, anda boleh bertanya kepada Sidekick:
- Jika saya mengeluarkan $3,000, berapakah baki had yang masih boleh saya gunakan?
- Jika saya mengeluarkan $5,000, berapakah yuran yang perlu saya bayar?
Nasihat kewangan dan Sidekick
Sidekick tidak memberikan nasihat kewangan. Sidekick boleh menjelaskan maklumat perniagaan dan kewangan Shopify anda, membuat model pilihan yang mudah serta menunjukkan kemungkinan kelebihan dan kekurangan, namun tidak boleh membuat keputusan kewangan untuk anda.