Soalan Lazim pelan harga

Cari jawapan bagi soalan lazim tentang pelan harga Shopify.

Adakah saya akan kehilangan percubaan percuma saya jika saya mendaftar untuk sesuatu pelan?

Tidak. Anda tidak akan kehilangan apa-apa yang telah anda lakukan pada percubaan percuma anda apabila anda mendaftar untuk pelan bulanan.

Jika anda mendaftar untuk pelan bulanan semasa percubaan percuma anda, anda tidak akan dikenakan sebarang yuran langganan sehingga percubaan percuma anda tamat tempoh.

Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan kedai saya semasa percubaan percuma saya?

Jika anda tidak memilih pelan harga semasa percubaan percuma anda, maka akaun anda akan dibekukan pada penghujung percubaan percuma. Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk apa-apa jua apabila percubaan percuma anda tamat tempoh. Jika anda memilih pelan harga sebelum percubaan percuma anda tamat, maka anda perlu menyahaktifkan kedai anda secara manual.

Apakah yang berlaku jika saya menyediakan Shopify Payments dan PayPal?

Anda boleh menyediakan kedua-dua Shopify Payments dan penyedia pihak ketiga seperti PayPal atau kaedah pembayaran tersuai. Yuran transaksi pihak ketiga dikenakan pada semua transaksi yang diproses melalui penyedia pembayaran pihak ketiga. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan Shopify Payments sebagai penyedia pembayaran utama anda, maka transaksi PayPal dikecualikan daripada yuran transaksi pihak ketiga. Kaedah pembayaran manual tidak dicaj yuran transaksi pihak ketiga.

Bilakah saya patut menukar pelan saya?

Pelan yang paling memenuhi keperluan anda bergantung pada perniagaan anda.

Tiada masa khusus untuk anda perlu menukar pelan anda, tetapi anda patut mempertimbangkan untuk menaik taraf pelan anda jika jumlah yuran transaksi pihak ketiga yang anda bayar menjadi lebih besar daripada perbezaan antara caj bulanan anda untuk pelan semasa anda dan pelan peringkat seterusnya.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar pelan saya?

Anda boleh menukar pelan anda dari pentadbir Shopify anda.

Bolehkah saya menjeda atau menyahaktifkan kedai saya?

Anda boleh menyahaktifkan kedai anda. Penyahaktifan kedai anda menghentikan bayaran langganan dan menutup akaun anda untuk tempoh yang tidak ditetapkan dan maklumat kedai anda disimpan selama 2 tahun sekiranya anda mahu membukanya semula. Pelan Pause and Build tidak lagi tersedia untuk langganan baharu, tetapi kedai yang sudah menggunakannya boleh terus berbuat demikian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak Menyahaktifkan dan mengaktifkan semula kedai Shopify anda.

Bolehkah saya mendapat bayaran balik jika saya membatalkan pelan langganan kedai Shopify saya?

Caj untuk pelan langganan Shopify tidak boleh dipulangkan. Hal ini bermakna anda tidak boleh menerima apa-apa bayaran balik untuk caj pelan langganan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak syarat perkhidmatan Shopify, bahagian 5.10.