Menyediakan dan menguruskan lokasi

Anda boleh menambahkan, menyahaktifkan, mengaktifkan semula dan memadamkan lokasi anda daripada tetapan Lokasi dalam pentadbir Shopify anda. Anda juga boleh melihat, menapis, mengisih dan mencari lokasi anda dalam Tetapan > Lokasi > Semua lokasi. Bilangan lokasi maksimum bergantung pada pelan langganan Shopify kedai anda.

Selepas anda menambahkan lokasi, anda boleh menyediakan pemenuhan pesanan untuk lokasi anda dan kemudian memperuntukkan inventori ke lokasi tersebut.

Had kuantiti lokasi

Bilangan maksimum lokasi aktif yang boleh anda miliki bergantung pada pelan langganan Shopify kedai anda. Setiap pelan langganan Shopify mempunyai had lokasi aktif yang berikut:

  • Starter: 2 lokasi
  • Basic: 10 lokasi
  • Grow: 10 lokasi
  • Advanced: 10 lokasi
  • Shopify Plus: 200 lokasi

Lokasi yang anda nyahaktifkan tidak diambil kira pada had lokasi anda. Anda boleh menemukan had lokasi anda dan bilangan lokasi yang telah digunakan dalam halaman tetapan Lokasi.

Jika anda menggunakan aplikasi yang menstokkan inventori secara fizikal untuk anda, aplikasi tersebut dianggap sebagai lokasi. Aplikasi inventori termasuk aplikasi dropshipping, perkhidmatan logistik pihak ketiga dan perkhidmatan pemenuhan tersuai. Contohnya, satu aplikasi boleh menjadi gudang yang memenuhi pesanan bagi pihak anda. Aplikasi lokasi disenaraikan pada tetapan Lokasi dalam bahagian Aplikasi dan lokasi pemenuhan tersuai. Walaupun aplikasi ini dianggap sebagai lokasi, aplikasi ini tidak diambil kira pada had lokasi anda.

Sesetengah aplikasi pemenuhan membenarkan anda menguruskan inventori untuk produk yang sama pada lokasi kedai anda dan aplikasi pemenuhan secara serentak. Ketahui lebih lanjut tentang menguruskan inventori daripada berbilang lokasi dan aplikasi pemenuhan.

Tambahkan lokasi

Anda boleh menambahkan lokasi dalam pentadbir Shopify anda. Inventori anda disediakan secara lalai untuk pembelian dalam talian pada setiap lokasi baharu. Selepas anda mencipta lokasi, anda boleh mengaktifkan kaedah penghantaran untuk lokasi anda. Lokasi baharu anda ditambahkan pada bahagian bawah senarai penghalaan pesanan anda.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Lokasi.

  2. Dalam bahagian Semua lokasi, klik Tambahkan lokasi.

  3. Dalam bahagian Butiran lokasi, tambahkan nama dan alamat lokasi anda:

    1. Dalam bahagian Nama, klik ikon Edit.
    2. Masukkan nama lokasi dan kemudian klik Selesai.
    3. Dalam bahagian Alamat, klik ikon Edit.
    4. Masukkan alamat lokasi dan kemudian klik Simpan.
  4. Pilihan: Jika anda tidak mahu menyediakan inventori anda untuk pembelian dalam talian di lokasi ini, maka nyahaktifkan pilihan Inventori di lokasi ini tersedia untuk memenuhi pesanan dalam talian. Pilihan ini diaktifkan secara lalai untuk setiap lokasi baharu.

  5. Pilihan: Untuk menyenaraikan lokasi ini sebagai kedai fizikal, pergi ke bahagian Kedai fizikal dan aktifkan tetapan ini. Tetapan ini membolehkan pelanggan menemukan lokasi tersebut melalui saluran jualan Shop dan ejen kecerdasan buatan (AI). Tema yang menyokong tetapan ini juga boleh menyenaraikan lokasi tersebut dalam bahagian ketersediaan pengambilan pada halaman produk anda.

  6. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik Menu dan kemudian ketik Settings Tetapan.

  2. Dalam bahagian Tetapan kedai, ketik Lokasi.

  3. Dalam bahagian Semua lokasi, ketik Tambahkan lokasi.

  4. Dalam bahagian Butiran lokasi, tambahkan nama dan alamat lokasi anda:

    1. Dalam bahagian Nama, ketik Tambahkan.
    2. Masukkan nama lokasi dan kemudian ketik Simpan.
    3. Dalam bahagian Alamat, ketik Tambahkan.
    4. Masukkan alamat lokasi dan kemudian ketik Simpan.
  5. Pilihan: Jika anda tidak mahu menyediakan inventori anda untuk pembelian dalam talian di lokasi ini, maka nyahaktifkan pilihan Inventori di lokasi ini tersedia untuk memenuhi pesanan dalam talian. Pilihan ini diaktifkan secara lalai untuk setiap lokasi baharu.

  6. Pilihan: Untuk menyenaraikan lokasi ini sebagai kedai fizikal, pergi ke bahagian Kedai fizikal dan aktifkan tetapan ini. Tetapan ini membolehkan pelanggan menemukan lokasi tersebut melalui saluran jualan Shop dan ejen kecerdasan buatan (AI) serta membenarkan log masuk POS di lokasi ini. Tema yang menyokong tetapan ini juga boleh menyenaraikan lokasi tersebut dalam bahagian ketersediaan pengambilan pada halaman produk anda.

  7. Ketik Simpan atau ✓.

Sahkan alamat lokasi anda

Apabila anda memasukkan alamat lokasi anda, alamat tersebut disahkan secara automatik oleh Google. Jika alamat anda tidak dapat disahkan, maka alamat yang dicadangkan akan dipaparkan. Alamat yang tidak disahkan boleh menghalang anda daripada menawarkan penghantaran tempatan di kedai anda atau membeli label pengiriman dalam pentadbir Shopify.

Untuk menyelesaikan isu pengesahan, semak sama ada perkhidmatan pos atau Google mengesyorkan format alamat yang berbeza dan kemaskinikan alamat anda kepada format baharu. Jika perkhidmatan pos menggunakan format alamat yang berbeza berbanding dengan Google, maka anda boleh menyerahkan pembetulan kepada Google secara langsung.

Langkah-langkah:

  1. Sahkan bahawa alamat tersebut diiktiraf oleh perkhidmatan pos, seperti Canada Post, DHL atau USPS.
  2. Cari alamat dalam Google Maps untuk mengesahkan pemformatan alamat yang betul.
  3. Jika format alamat dalam langkah sebelumnya tidak sepadan, maka anda boleh menyerahkan pembetulan alamat kepada Google.

Tapis dan cari lokasi

Semua lokasi anda dipaparkan pada halaman Lokasi secara lalai. Anda boleh mencari lokasi anda menggunakan kata kunci atau menapis lokasi mengikut status lokasi dan pelan POS dalam senarai lokasi anda. Anda juga boleh mengisih lokasi mengikut nama dalam tertib menaik atau tertib menurun.

Semak jadual penapis lokasi yang tersedia dan pilihannya yang berikut.

Penapis yang tersedia pada senarai lokasi, termasuk status lokasi dan pilihan pelan POS.
PenapisPilihan penapis
Status lokasiAktif, Tidak aktif
Pelan POSPro, Lite

Nyahaktifkan dan aktifkan semula lokasi

Jika anda tidak mahu menjual atau memenuhi pesanan di sesuatu lokasi, maka anda boleh menyahaktifkannya. Menyahaktifkan lokasi tidak menjejaskan kuantiti inventori di lokasi tersebut. Anda masih boleh melakukan operasi inventori yang berikut di lokasi yang dinyahaktifkan:

  • Lihat kuantiti inventori.
  • Pindahkan inventori ke dan dari lokasi.
  • Laras kuantiti inventori.
  • Terima pemulangan yang menstokkan semula inventori.

Apabila anda menyahaktifkan lokasi, lokasi tersebut tidak dipaparkan pada penapis dan menu atau pada kad inventori di halaman produk atau varian, lokasi tidak boleh memenuhi pesanan dan anda tidak boleh menggunakannya sebagai lokasi lalai anda. Anda sentiasa perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1 lokasi aktif.

Lokasi yang dinyahaktifkan tidak dikira terhadap had lokasi anda. Anda boleh mengaktifkan semula lokasi pada bila-bila masa untuk terus memenuhi pesanan daripadanya.

Nyahaktifkan lokasi

Anda boleh menyahaktifkan lokasi dalam pentadbir Shopify anda pada bila-bila masa. Sebelum menyahaktifkan lokasi, semak pertimbangan yang berikut:

  • Jika terdapat apa-apa pesanan atau pemindahan yang diperuntukkan pada lokasi yang ingin anda nyahaktifkan, maka anda digesa untuk memenuhi pesanan dan memperuntukkan semula kuantiti inventori ke lokasi lain semasa penyahaktifan.
  • Jika lokasi menggunakan langganan Shopify POS Pro, maka anda mesti menurunkan taraf lokasi sebelum anda boleh menyahaktifkannya.
  • Anda tidak boleh menyahaktifkan lokasi yang ditetapkan pada masa ini sebagai lokasi lalai anda. Anda perlu menukar lokasi lalai kepada lokasi lain terlebih dahulu.
  • Anda tidak boleh menyahaktifkan lokasi yang merupakan aplikasi peribadi atau aplikasi pihak ketiga. Sebaliknya, alih keluar aplikasi tersebut.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Lokasi.

  2. Dalam bahagian Semua lokasi, klik lokasi yang ingin anda nyahaktifkan.

  3. Klik Nyahaktifkan lokasi.

  4. Pilihan: Jika lokasi anda mempunyai apa-apa inventori, pesanan atau pemindahan yang diperuntukkan, maka pilih lokasi lain untuk memindahkan inventori ke lokasi tersebut.

  5. Klik Nyahaktifkan lokasi.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik Menu dan kemudian ketik Settings Tetapan.

  2. Dalam bahagian Tetapan kedai, ketik Lokasi.

  3. Dalam bahagian Semua lokasi, ketik lokasi yang ingin anda nyahaktifkan.

  4. Ketik Nyahaktifkan lokasi.

  5. Pilihan: Jika apa-apa inventori, pesanan atau pemindahan diperuntukkan pada lokasi ini, maka pilih lokasi lain untuk memindahkan inventori ke lokasi tersebut.

  6. Ketik Nyahaktifkan lokasi.

Aktifkan semula lokasi

Anda boleh mengaktifkan semula lokasi yang pernah anda nyahaktifkan sebelum ini. Apabila berkenaan, lokasi yang diaktifkan semula ini dikira terhadap had lokasi anda.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Lokasi.

  2. Dalam bahagian Semua lokasi, klik lokasi yang ingin anda aktifkan semula.

  3. Klik Aktifkan lokasi.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik Menu dan kemudian ketik Settings Tetapan.

  2. Dalam bahagian Tetapan kedai, ketik Lokasi.

  3. Dalam bahagian Semua lokasi, ketik lokasi yang ingin anda aktifkan semula.

  4. Ketik Aktifkan lokasi.

Padamkan lokasi

Jika anda tidak lagi mahu menjual, memenuhi atau menstokkan inventori dari sesuatu lokasi, maka anda boleh memadamkan lokasi secara kekal. Apabila anda memadamkan lokasi, data sejarah tentang pesanan, pergerakan inventori dan jualan dari lokasi tersebut dipelihara dalam laporan dan analisis anda. Hal ini bermakna anda masih boleh mengakses data prestasi lalu dan pelaporan untuk lokasi yang dipadamkan.

Sebelum anda boleh memadamkan lokasi, anda perlu menyahaktifkannya.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Lokasi.

  2. Dalam bahagian Semua lokasi, klik lokasi yang ingin anda padamkan.

  3. Klik Padamkan lokasi, kemudian klik Padamkan lokasi.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik Menu dan kemudian ketik Settings Tetapan.

  2. Dalam bahagian Tetapan kedai, ketik Lokasi.

  3. Dalam bahagian Semua lokasi, ketik lokasi yang ingin anda padamkan.

  4. Ketik Padamkan lokasi, kemudian ketik Padamkan lokasi.

Penyelesaian masalah lokasi

Semak isu biasa yang berikut apabila mengurus lokasi.

Ralat Nyahaktifkan lokasi dilumpuhkan

Jika anda tidak boleh menyahaktifkan lokasi dan melihat mesej Nyahaktifkan lokasi dilumpuhkan, maka semak sebab yang berikut:

  • Lokasi tersebut ialah lokasi lalai anda: Anda perlu menukar lokasi lalai kepada lokasi lain sebelum anda boleh menyahaktifkannya.
  • Inventori sedang dimigrasikan: Jika inventori sedang dipindahkan ke lokasi ini, maka tunggu selama 24–48 jam untuk migrasi selesai.
  • Anda tidak mempunyai kebenaran yang diperlukan: Jika kedai anda merupakan sebahagian daripada organisasi Shopify Plus, maka anda mungkin tidak mempunyai kebenaran untuk menyahaktifkan lokasi. Hubungi pemilik akaun atau pentadbir anda.
  • Pesanan atau pemindahan yang belum selesai: Lokasi mempunyai pesanan atau pemindahan inventori yang perlu diselesaikan atau diperuntukkan semula pada lokasi lain terlebih dahulu.
  • Lokasi di POS Pro: Jika lokasi menggunakan langganan POS Pro, maka anda perlu menurunkan taraf kepada POS Lite sebelum anda boleh menyahaktifkannya.

Ralat Inventori tidak tersedia

Jika pelanggan menerima ralat Inventori Tidak Tersedia, maka pastikan lokasi disediakan untuk memenuhi pesanan dalam talian dan mempunyai stok yang mencukupi. Jika produk dijejaki pada berbilang lokasi atau aplikasi, maka rujuk penyelesaian masalah pengaktifan produk di lokasi untuk mengetahui senario selanjutnya.

Kadar pengiriman tidak ditunjukkan pada pembayaran

Jika kadar pengiriman tidak ditunjukkan pada pembayaran, maka sahkan bahawa lokasi lalai anda menyokong pengangkut yang dipilih. Contohnya, kadar USPS memerlukan alamat lokasi lalai di Amerika Syarikat.