Mencipta dan mengurus pembekal untuk pesanan pembelian

Pembekal ialah perniagaan tempat anda mendapatkan produk dan membuat pesanan pembelian. Pengurusan pembekal yang berkesan membantu anda untuk mengekalkan hubungan yang baik, memastikan aliran inventori yang diyakini serta menjejak terma pembayaran dan mata wang. Apabila anda mencipta pesanan pembelian, anda boleh menambahkan pembekal baharu atau menyunting pembekal sedia ada, dan anda boleh menyertakan maklumat pembayaran yang khusus untuk setiap pesanan.

Terma pembayaran dan mata wang pembekal

Anda boleh menyertakan butiran pilihan tentang terma pembayaran bagi pesanan pembelian daripada pembekal anda. Pembayaran kepada pembekal mestilah dibayar di luar pentadbir Shopify anda, dengan menggunakan kaedah pembayaran yang anda uruskan dengan pembekal anda.

Sebelum anda membuat pesanan pembelian, anda perlu berunding dengan pembekal anda untuk mempersetujui terma pembayaran dan mata wang. Terma pembayaran meliputi senario seperti bayaran waktu penghantaran, bayaran waktu penerimaan, bayaran pendahuluan, atau bayaran dalam jumlah hari yang ditetapkan selepas pesanan.

Mata wang pembekal pada pesanan pembelian menjadi lalai kepada mata wang pembekal. Jika anda bersetuju untuk membayar dalam mata wang lain, maka anda boleh mengubah Mata wang pembekal menggunakan pemilih mata wang. Hal ini akan mengemas kini semua medan berkaitan penetapan harga dalam pesanan pembelian untuk dipaparkan dalam mata wang baharu, agar anda dapat menjejak penetapan harga dan pembelian yang tidak dibuat menggunakan mata wang lalai anda.

Terma pembayaran dan mata wang pembekal dikhususkan kepada pesanan pembelian individu, dan tidak disimpan sebagai nilai lalai kepada mana-mana pembekal khusus.

Cipta pembekal

Anda boleh mencipta pembekal dalam pentadbir Shopify anda. Selepas anda mencipta pembekal, pembekal tersebut akan disenaraikan dalam menu juntai bawah Pilih pembekal apabila anda mencipta pesanan pembelian.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Pesanan pembelian.

  2. Klik Cipta pesanan pembelian.

  3. Dalam bahagian Pembekal, klik menu juntai bawah Pilih pembekal.

  4. Klik Cipta pembekal baharu.

  5. Masukkan butiran pembekal, dan kemudian klik Simpan.

Lihat butiran pembekal

Anda boleh melihat maklumat pembekal, termasuk maklumat hubungan mereka, alamat dan item baris pesanan pembelian yang terkini.

Butiran pembekal disusun menjadi kad yang berasingan, seperti maklumat hubungan dan alamat. Bahagian Item baris pesanan pembelian terkini memaparkan produk yang telah anda pesan daripada pembekal ini pada pesanan pembelian sebelumnya. Anda boleh membuat carian pada senarai item baris dan menyelak halaman hasil tersebut.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Pesanan pembelian.

  2. Klik Cipta pesanan pembelian atau klik pesanan pembelian sedia ada.

  3. Dalam bahagian Pembekal, klik menu juntai bawah Pilih pembekal, kemudian pilih pembekal yang ingin anda lihat.

  4. Klik Lihat butiran.

  5. Jika anda mencipta pesanan pembelian baharu, maka anda boleh memadamkan draf pesanan pembelian tersebut.

Sunting butiran pembekal

Apabila anda menyunting butiran pembekal, butiran tersebut dikemas kini dalam semua pesanan pembelian sedia ada. Anda boleh menyunting setiap kad secara bebas, seperti maklumat hubungan dan alamat.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Pesanan pembelian.

  2. Klik Cipta pesanan pembelian atau klik pesanan pembelian sedia ada.

  3. Dalam bahagian Pembekal, klik menu juntai bawah Pilih pembekal, kemudian pilih pembekal yang ingin anda sunting.

  4. Klik Lihat butiran.

  5. Pada kad yang ingin anda kemaskinikan, sunting butiran pembekal.

  6. Klik Simpan.

  7. Jika anda mencipta pesanan pembelian baharu, maka anda boleh memadamkan draf pesanan pembelian tersebut.

Amalan terbaik untuk membina dan mengekalkan hubungan pembekal

Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pembekal anda adalah penting bagi operasi inventori yang lancar. Pertimbangkan amalan terbaik yang berikut untuk pengurusan hubungan pembekal:

  • Komunikasi: Maklumkan kepada pembekal tentang keperluan perniagaan anda dan apa-apa perubahan pada pesanan.
  • Kebolehpercayaan pembayaran: Hormati terma pembayaran yang dipersetujui untuk mengekalkan kepercayaan dan berpotensi untuk merundingkan terma yang lebih baik.
  • Perancangan pesanan: Berikan notis awal kepada pembekal untuk pesanan yang besar atau keperluan bermusim.
  • Maklum balas kualiti: Berkomunikasi tentang isu kualiti produk dengan segera dan secara membina.
  • Dokumentasi: Simpan rekod yang jelas untuk semua perjanjian, penetapan harga dan sejarah pesanan.

Mengurus berbilang pembekal

Jika anda bekerjasama dengan berbilang pembekal, maka pertimbangkan strategi yang berikut:

  • Pelbagaian: Jangan bergantung pada satu pembekal sahaja untuk produk yang kritikal.
  • Penjejakan prestasi: Pantau kebolehpercayaan pembekal, kualiti dan masa penghantaran.
  • Perbandingan kos: Semak penetapan harga dan terma merentasi pembekal secara kerap.
  • Pembinaan hubungan: Luangkan masa dalam membina hubungan yang kukuh dengan pembekal utama.
  • Pengurusan kontrak: Kekalkan perjanjian yang jelas mengenai terma, standard kualiti dan jangkaan penghantaran.