Menyesuaikan data produk untuk saluran jualan
Anda boleh mencipta penyenaraian tersuai untuk produk yang anda jual pada saluran jualan seperti Google & YouTube atau Facebook & Instagram.
Pilih data daripada kedai anda yang digunakan untuk medan produk khusus pada saluran yang berbeza, seperti tajuk, jenama atau kumpulan umur.
Saluran jualan yang layak mempunyai sumber lalai bagi setiap medannya. Anda boleh melihat sumber lalai pada halaman Pemetaan saluran bagi saluran tersebut. Contohnya, medan jenama saluran mungkin menggunakan vendor produk anda secara lalai.
Jika data produk anda telah lengkap, anda mungkin tidak perlu membuat apa-apa perubahan. Anda boleh menggunakan pemetaan saluran apabila anda mahu saluran menggunakan data yang berbeza.
Butiran produk dalam kedai dalam talian anda tidak berubah apabila anda menggunakan pemetaan saluran. Perubahan pemetaan medan hanya menjejaskan saluran yang anda pilih. Contohnya, anda boleh menghantar tajuk yang lebih pendek yang disimpan dalam medan meta ke satu saluran jualan, tetapi mengekalkan tajuk produk penuh anda pada kedai dalam talian anda.
Pada halaman ini
Pertimbangan untuk menggunakan pemetaan saluran
Sebelum anda menukar medan pemetaan untuk saluran jualan anda, semak pertimbangan berikut:
- Pemetaan saluran tersedia untuk saluran jualan yang menggunakan data produk kontekstual. Kebanyakan saluran jualan adalah layak tetapi terdapat saluran yang tidak layak, seperti Shop dan Shopify Collective. Anda juga boleh menggunakan pemetaan saluran untuk menetapkan data produk anda yang digunakan dalam Shopify Catalog.
- Pemetaan medan saluran terpakai pada semua produk yang anda terbitkan ke saluran tersebut. Anda tidak boleh menetapkan pemetaan medan yang berbeza untuk kategori produk tertentu.
- Pemetaan medan mengubah sumber data produk yang digunakan oleh saluran. Jika anda menukar nilai dalam sumber, seperti medan meta, nilai baharu tersebut akan dihantar ke setiap saluran yang menggunakan sumber berkenaan.
- Anda boleh memilih medan produk, medan varian atau medan meta sebagai sumber data untuk pemetaan saluran. Hanya sumber dengan jenis data yang diterima oleh medan akan tersedia. Medan wang, seperti harga, tidak boleh digunakan sebagai sumber untuk pemetaan saluran.
- Untuk medan teks baris tunggal dan berbilang baris dalam pemetaan saluran, anda boleh menggabungkan data produk, medan meta dan teks yang anda masukkan. Contohnya, anda boleh menggabungkan vendor produk dan tajuk produk anda. Anda tidak boleh menggabungkan nilai bagi jenis medan yang lain, seperti medan media. Anda boleh memilih medan meta tidak berstruktur sebagai satu-satunya sumber medan, tetapi anda tidak boleh menggunakannya dalam nilai yang digabungkan.
- Pratonton produk dalam pemetaan saluran memaparkan nilai yang diterima oleh saluran jualan daripada kedai anda. Bahagian tersebut tidak memberitahu anda sama ada saluran berkenaan meluluskan atau memaparkan penyenaraian anda.
- Selepas anda menyimpan perubahan pemetaan saluran, suapan produk saluran jualan akan dikemas kini. Perubahan anda mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan pada saluran tersebut.
- Jika anda menambahkan data produk Google, seperti kumpulan umur atau jantina, dalam saluran jualan Google & YouTube, data tersebut akan disimpan dalam medan meta dengan ruang nama
mm-google-shopping. Pemetaan Google & YouTube telah menggunakan medan meta ini, jadi anda tidak perlu mengubah apa-apa.
Cara medan saluran mendapat nilainya
Sumber digunakan untuk medan saluran dalam urutan berikut:
- Produk atau Varian: Ganti yang merupakan nilai yang anda masukkan untuk produk atau varian tersebut dalam penyunting pukal. Hanya medan yang menggabungkan nilai atau menggunakan kod Liquid boleh mempunyai ganti.
- Pemetaan: Sumber yang anda pilih untuk medan pada halaman pemetaan saluran.
- Lalai: Sumber lalai yang digunakan oleh saluran apabila anda tidak memilih sumber.
Jika sumber yang anda pilih tidak mempunyai nilai untuk produk, sumber lalai saluran akan digunakan untuk produk tersebut. Contohnya, jika anda memetakan medan tajuk kepada medan meta dan sesuatu produk tidak mempunyai nilai dalam medan meta tersebut, saluran berkenaan akan menerima tajuk produk. Hal ini juga terpakai pada Shopify Catalog.
Buka halaman pemetaan saluran
Anda boleh membuka halaman Pemetaan saluran bagi saluran jualan daripada kawasan berikut dalam pentadbir Shopify anda.
Langkah-langkah:
Saluran jualan
- Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Saluran jualan.
- Klik saluran jualan yang ingin anda gunakan.
- Dalam bahagian Pemetaan saluran, klik Edit pemetaan.
Pasaran
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.
Klik pasaran yang merangkumi saluran jualan yang ingin anda gunakan.
Dalam bahagian Pemetaan saluran, klik pautan pemetaan untuk saluran jualan tersebut, seperti Pemetaan Google & YouTube.
Produk
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.
Klik produk yang ingin anda uruskan pemetaan salurannya.
Klik ikon penerbitan saluran
.
Dalam dialog Urus penerbitan, tuding pada saluran jualan yang ingin anda gunakan dan kemudian klik ikon
.
Untuk menggunakan saluran jualan yang berbeza, klik nama saluran semasa pada halaman pemetaan dan kemudian pilih saluran jualan lain atau Shopify Catalog.
Tukar sumber pemetaan untuk medan saluran
Anda boleh menukarkan sumber bagi sesuatu medan apabila saluran memerlukan data yang berbeza daripada yang disediakan oleh sumber lalainya. Perubahan anda hanya terpakai pada saluran yang anda pilih.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Pilihan: Untuk melihat medan yang diperlukan oleh saluran sahaja, klik Semua medan dan kemudian klik Diperlukan.
- Dalam medan yang ingin anda tukarkan, klik sumber sedia ada.
- Daripada menu juntai bawah, pilih sumber baharu yang ingin anda gunakan.
- Pilihan: Pratonton produk untuk menyemak nilai yang diterima oleh saluran tersebut.
- Klik Simpan.
Gabungkan nilai pemetaan dalam medan saluran
Bagi medan teks satu baris dan berbilang baris, anda boleh menggabungkan lebih daripada satu sumber dengan beberapa teks yang anda masukkan. Contohnya, untuk medan tajuk, anda boleh menggabungkan tajuk produk, sempang dan vendor produk. Anda tidak boleh menggunakan medan meta yang tidak berstruktur dalam nilai gabungan.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Dalam medan teks yang ingin anda tukarkan:
- Klik ikon
untuk menambahkan setiap sumber yang ingin anda gunakan.
- Pilihan: Untuk mengalih keluar sumber sedia ada daripada medan, klik sumber tersebut dan kemudian klik Padam dalam menu juntai bawah.
- Masukkan apa-apa teks yang ingin anda gunakan bersama-sama dengan sumber anda.
- Pilihan: Untuk menyusun semula urutan entri anda, tuding pada sumber dan kemudian klik serta seret ikon
untuk mengalihkan sumber tersebut ke kedudukan yang anda perlukan.
- Klik ikon
- Pilihan: Pratonton produk untuk menyemak nilai gabungan yang diterima oleh saluran tersebut.
- Klik Simpan.
Edit nilai medan saluran sebagai kod Liquid
Bagi medan teks satu baris dan berbilang baris, anda boleh mengedit nilai medan saluran sebagai kod Liquid dan bukannya menggunakan penyunting visual. Perkara ini berfungsi sama ada medan menggunakan satu sumber atau menggabungkan beberapa sumber dengan teks. Dalam kod Liquid, anda boleh menggunakan penapis Liquid untuk menukarkan cara nilai dipaparkan, seperti menukarkan teks kepada huruf besar atau memendekkannya. Anda juga boleh merujuk kepada medan bagi metaobjek yang dirujuk oleh medan meta, yang tidak boleh anda pilih dalam penyunting visual.
Setiap sumber dalam kod Liquid ialah laluan objek Liquid. Medan produk bermula dengan product, medan varian bermula dengan variant dan medan meta menggunakan ruang nama serta kuncinya, seperti product.metafields.custom.material. Contohnya, medan tajuk yang menggabungkan tajuk produk dalam huruf besar, sempang dan vendor produk menggunakan kod berikut:
{{ product.title | upcase }} - {{ product.vendor }}Anda boleh menggunakan penapis Liquid berikut: append, capitalize, date, default, downcase, escape, first, join, last, prepend, replace, size, strip, truncate dan upcase. Anda tidak boleh menggunakan tag Liquid seperti if, for atau assign. Sesuatu nilai itu boleh menggunakan sehingga 10 sumber yang berbeza.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Dalam medan teks yang ingin anda tukarkan:
- Klik ikon
.
- Edit kod Liquid. Nilai tersebut mesti merangkumi sekurang-kurangnya satu sumber.
- Pilihan: Untuk menambahkan sumber pada kod, letakkan kursor anda di tempat sumber yang anda mahukan, klik ikon
dan kemudian pilih sumber. Laluan Liquid sumber ditambahkan pada kursor anda.
- Pilihan: Untuk kembali kepada penyunting visual, klik ikon
.
- Klik ikon
- Pilihan: Pratonton produk untuk menyemak nilai yang diterima oleh saluran tersebut.
- Klik Simpan.
Jika kod Liquid tidak sah atau menggunakan penapis mahupun tag yang tidak disokong, maka ralat akan dipaparkan bagi medan tersebut dan anda tidak boleh menyimpan perubahan sehinggalah anda membetulkan atau mengalih keluar kod berkenaan.
Kembalikan medan saluran kepada sumber pemetaan lalainya
Anda boleh mengalih keluar perubahan pemetaan untuk menggunakan sumber lalai saluran bagi medan saluran tersebut semula.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Dalam medan saluran yang ingin anda tetapkan semula, alih keluar setiap entri yang anda tambahkan:
- Klik setiap sumber yang anda tambahkan dan kemudian klik Padam dalam menu juntai bawah.
- Padamkan apa-apa teks yang anda masukkan, seperti sempang atau ruang antara sumber.
- Semak untuk memastikan medan memaparkan sumber lalai saluran sahaja dan kemudian klik Simpan. Jika medan tidak mempunyai sumber lalai, maka medan tersebut akan menjadi kosong. Jika apa-apa teks yang anda masukkan kekal dalam medan, maka saluran tersebut menggunakan teks berkenaan untuk setiap produk dan bukannya sumber lalai.
Pratonton perubahan pemetaan saluran produk
Gunakan pratonton produk untuk menyemak nilai yang diterima oleh saluran jualan bagi produk dan varian yang khusus. Pratonton ini merangkumi perubahan yang belum anda simpan lagi.
Anda boleh mempratonton apa-apa produk di kedai anda, termasuklah produk draf, diarkibkan dan produk tidak diterbitkan. Tindakan mempratonton produk tidak akan menerbitkan produk tersebut pada saluran jualan.
Kemas kini pada pratonton dijeda apabila anda menukarkan atau mengalih keluar lebih daripada 25 pemetaan medan produk tanpa menyimpan halaman pemetaan saluran. Anda boleh terus mengedit pemetaan saluran anda dan kemudian menyimpan perubahan anda.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Dalam pratonton produk, klik ikon
untuk produk yang dipilih pada masa ini.
- Dalam dialog Lihat produk, pilih produk, kemudian klik Lihat produk.
- Pilihan: Untuk mempratonton varian tertentu, pilih nilai pilihan varian tersebut.
- Pilihan: Untuk menyemak sumber nilai produk, tuding pada nilai dalam pratonton, kemudian klik tag Sumber: [source] untuk medan tersebut. Sumber untuk medan tersebut akan dipaparkan, seperti Lalai dan pemetaan saluran.
- Pilihan: Untuk mengedit produk itu sendiri, klik Edit. Selepas anda menyimpan produk tersebut, pratonton pemetaan saluran akan dikemas kini.
Semak liputan medan untuk saluran
Liputan medan ialah peratusan produk yang mempunyai nilai untuk medan saluran. Bagi medan varian, ia merupakan peratusan varian. Bagi saluran jualan, kiraan ini termasuk produk aktif yang diterbitkan ke saluran tersebut. Bagi Shopify Catalog, kiraan ini merangkumi semua produk anda. Gunakan liputan medan untuk menemukan medan yang kehilangan nilai, terutamanya medan yang diperlukan oleh saluran.
Liputan medan mengira nilai daripada pemetaan anda yang disimpan dan daripada sumber lalai saluran. Selepas anda menukar sumber, simpan halaman untuk mengemas kini liputan medan. Jika N/A dipaparkan dan bukannya peratusan, maka liputan tidak boleh dikira untuk medan tersebut, contohnya kerana nilai daripada sumber medan tidak boleh dikira.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan.
- Klik peratusan di sebelah medan.
- Dalam butiran Liputan medan , semak maklumat yang berikut:
- Diperlukan, Disyorkan atau Pilihan: Sama ada saluran memerlukan medan tersebut.
- Dipetakan: Bilangan produk yang mempunyai nilai. Bilangan ini dibahagikan kepada produk yang mendapatkan nilai daripada sumber Lalai saluran, produk yang mendapatkannya daripada pemetaan anda dan produk yang menggunakan penggantian.
- Tiada nilai: Bilangan produk yang tidak mempunyai nilai.
- Pilihan: Untuk menambahkan nilai yang hilang, klik Betulkan [number] produk atau Betulkan [number] varian. Penyunting pukal dibuka dengan lajur medan untuk produk yang kehilangan nilai. Ketahui lebih lanjut tentang mengedit nilai medan saluran dalam penyunting pukal.
Edit nilai medan saluran dalam penyunting pukal
Jika medan saluran kehilangan nilai, maka anda boleh menambahkan nilai tersebut untuk banyak produk dalam penyunting pukal. Anda membuka penyunting pukal daripada butiran liputan medan medan tersebut dan ia hanya merangkumi produk yang kehilangan nilai untuk medan tersebut. Lajur medan dinamakan menggunakan saluran dan medan, seperti Google & YouTube: Saiz.
Sel yang menggunakan pemetaan saluran adalah kosong dan memaparkan nilai yang dipetakan. Apabila anda memilih sel tersebut, sumber yang digunakan oleh pemetaan akan dipaparkan. Anda boleh mengklik sumber untuk pergi ke sel yang memegang nilainya.
Anda boleh memasukkan nilai yang berbeza untuk produk tertentu. Perkara yang berlaku pada nilai tersebut bergantung pada cara medan itu dipetakan:
- Nilai gabungan atau kod Liquid: Nilai ini ialah penggantian. Nilai ini menggantikan nilai yang dipetakan untuk produk tersebut hanya pada saluran yang anda pilih. Butiran produk anda tidak berubah, dan saluran anda yang lain serta Shopify Catalog tidak berubah melainkan medan meta pemetaan ini digunakan sebagai sumber.
- Medan meta: Nilai tersebut disimpan dalam medan meta untuk produk atau varian itu. Apa-apa sahaja yang menggunakan medan meta tersebut, seperti saluran jualan yang lain, Shopify Catalog atau tema anda, turut menerima nilai baharu itu.
- Medan produk, seperti tajuk produk atau sumber lalai saluran: Anda tidak boleh menyimpan nilai dalam lajur saluran. Jika anda cuba melakukannya, maka Petakan medan ini dengan ungkapan untuk menggantikannya di sini. akan dipaparkan. Tukar nilai dalam sumbernya sebagai ganti. Anda boleh mengklik sumber dalam sel untuk pergi ke sel yang memegang nilainya.
Untuk menukar nilai bagi produk yang sudah mempunyai nilai, pratonton produk, kemudian klik Edit untuk membuka halaman produk.
Langkah-langkah:
- Buka halaman Pemetaan saluran untuk saluran jualan, klik peratusan di sebelah medan, kemudian klik Betulkan [number] produk.
- Ambil mana-mana tindakan yang berikut:
- Untuk memasukkan nilai yang berbeza bagi sesuatu produk, pilih sel, klik ikon
, kemudian masukkan nilai baharu. Anda juga boleh memilih sel tersebut dan mula menaip.
- Untuk mengalih keluar nilai yang anda masukkan dan menggunakan nilai yang dipetakan itu semula sebelum anda simpan, pilih sel, kemudian klik ikon
.
- Untuk memasukkan nilai yang berbeza bagi sesuatu produk, pilih sel, klik ikon
- Klik Simpan.
Memahami mesej pada halaman pemetaan saluran
Mesej yang berikut boleh dipaparkan pada halaman pemetaan saluran atau dalam pratonton produk:
| Mesej | Maksud | Penyelesaian |
|---|---|---|
| [Field] tidak menyokong jenis data sumber yang dipilih. Pilih sumber lain. | Sumber ini mempunyai jenis data yang tidak diterima oleh medan saluran, seperti sumber nombor untuk medan teks. | Pilih sumber dengan jenis data yang serasi, atau kembalikan medan saluran kepada sumber lalainya. |
| Sumber yang disimpan tidak lagi tersedia. Pilih sumber lain. | Sumber tersebut telah dipadamkan atau tidak boleh lagi digunakan sebagai sumber. | Pilih sumber yang berbeza, atau kembalikan medan saluran kepada sumber lalainya. |
| [Field] tidak boleh menggunakan data varian untuk medan produk. Pilih sumber lain. | Medan produk menggunakan sumber varian, seperti medan meta varian. | Pilih sumber produk untuk medan tersebut. |
| Sumber ini tidak tersedia untuk [Field]. Pilih sumber lain. | Medan tersebut tidak boleh membaca data daripada sumber itu, seperti media produk untuk medan varian. | Pilih sumber yang berbeza untuk medan tersebut. |
| Akses ke medan meta adalah terhad. Pilih medan meta yang berbeza. | Saluran jualan tidak mempunyai akses ke medan meta tersebut. | Pilih medan meta yang berbeza. |
| Kedai anda telah mencapai had takrifan medan metanya. Padamkan takrifan medan meta yang tidak lagi anda gunakan, atau pilih sumber yang tidak memerlukan takrifan baharu, kemudian simpan semula. | Menyimpan pemetaan tersebut memerlukan takrifan medan meta baharu, tetapi kedai anda sudah mempunyai bilangan takrifan medan meta yang maksimum. Medan tersebut turut memaparkan Pemetaan ini memerlukan takrifan medan meta baharu, tetapi kedai anda telah mencapai hadnya. | Klik Urus medan meta produk atau Urus medan meta varian, dan kemudian padamkan takrifan medan meta yang tidak lagi anda gunakan. Anda juga boleh memilih sumber yang tidak memerlukan takrifan baharu. Kemudian simpan lagi. |
| [Metafield] belum disediakan dalam kedai anda lagi | Medan tersebut menggunakan medan meta kategori yang belum digunakan oleh kedai anda lagi. | Tambahkan nilai untuk medan meta pada produk. Medan meta kemudiannya disediakan dalam kedai anda. |
| Kedai anda tiada produk | Kedai anda tidak mempunyai apa-apa produk untuk dipratonton. | Tambahkan produk pada kedai anda dan kemudian pratontonnya. |