Menyenaraikan dan mengedit produk anda di pasaran pihak ketiga
Anda boleh menyenaraikan atau mengedit penyenaraian produk anda secara individu atau secara pukal pada aplikasi Marketplace Connect. Anda juga boleh mengkonfigurasikan tetapan penyenaraian produk tambahan untuk tawaran dan penyenaraian Amazon atau penyenaraian eBay anda, serta menyediakan kategori produk untuk penyenaraian produk Amazon anda.
Senaraikan atau edit produk tunggal
Anda boleh menggunakan mod edit tunggal untuk menerbitkan satu penyenaraian produk dari kedai Shopify anda ke pasaran. Jika anda disambungkan kepada berbilang pasaran, ulangi langkah-langkah ini untuk setiap pasaran yang ingin anda tambahkan atau edit produk.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Marketplace Connect.
Klik Penyenaraian.
Klik menu juntai bawah pasaran, kemudian pilih pasaran yang ingin anda uruskan produknya.
Klik produk yang ingin anda edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
- Untuk menyenaraikan produk pada pasaran, dalam bahagian Penyenaraian didayakan, pilih Didayakan, kemudian lengkapkan medan untuk setiap bahagian yang tinggal.
- Untuk mengedit produk yang telah pun disenaraikan pada pasaran anda, ubah medan yang ingin anda kemaskinikan, kemudian semak maklumat produk dan isikan apa-apa medan yang tiada.
Klik Simpan.
Senaraikan atau edit produk secara pukal
Anda boleh menggunakan penyunting pukal dalam bahagian Penyenaraian pada Marketplace Connect untuk menguruskan berbilang penyenaraian produk secara pukal untuk sesuatu pasaran. Pengeditan pukal boleh membantu anda menyenaraikan seluruh katalog ke sesebuah pasaran dengan cepat, serta untuk menyemak dan mengedit produk dan nilai medan yang sepadan bagi produk tersebut di satu tempat.
Jika anda disambungkan kepada berbilang pasaran, ulangi langkah-langkah ini untuk setiap pasaran yang ingin anda tambahkan atau edit produk.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Marketplace Connect.
Klik Penyenaraian.
Klik menu juntai bawah pasaran, kemudian pilih pasaran yang ingin anda uruskan produknya.
Klik Edit pukal.
Pilihan: Klik butang Penapis untuk mencipta kumpulan produk dengan menambahkan penapis seperti Status, Tag atau SKU.
Gunakan kotak semak untuk memilih produk yang ingin anda tambahkan pada pasaran.
Lakukan mana-mana yang berikut:
- Untuk menambahkan produk pada pasaran buat kali pertama, dalam lajur Didayakan, pilih Didayakan untuk setiap produk yang ingin anda terbitkan ke pasaran, kemudian lengkapkan maklumat dalam lajur yang tinggal.
- Untuk membuat perubahan pada produk yang telah pun disenaraikan pada pasaran anda, edit mana-mana lajur untuk setiap produk yang ingin anda kemaskinikan.
- Pilihan: Untuk menambahkan medan tambahan, anda boleh mengklik butang Lajur, pilih apa-apa medan maklumat produk tambahan yang ingin anda edit, kemudian klik Selesai.
Klik Simpan.