Membayar untuk Shop Campaigns

Setiap kali pesanan dibuat hasil daripada Shop Campaigns, pesanan tersebut dikaitkan dengan Shop Campaigns dan anda dibilkan dengan sewajarnya. Gunakan halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengebilan Shop Campaigns.

Atribusi pesanan Shop Campaigns

Selepas pesanan diatribusikan kepada Shop Campaigns, tag Tawaran Shop Cash diperoleh digunakan pada kedua-dua pelanggan dan pesanan.

Pesanan dikaitkan dengan Shop Campaigns dalam kes yang berikut:

  • Pelanggan yang memenuhi kriteria khalayak kempen anda menebus tawaran untuk pembelian daripada kedai anda dalam Shop atau shop.com.
  • Pelanggan yang memenuhi kriteria khalayak kempen anda membuat pembelian daripada kedai anda pada Shop atau shop.com selepas melihat iklan untuk tawaran, kedai atau produk anda.

Pesanan yang dibuat dalam masa 7 hari berikutan klik pelanggan akan diatribusikan kepada kempen. Ini bermakna anda mungkin menanggung caj atribusi hingga 7 hari selepas anda menjeda atau menamatkan kempen.

Tag Tawaran Shop Cash diperoleh boleh mengambil masa hingga 8 jam untuk dipaparkan pada pesanan yang diatribusikan kepada iklan Shop Campaigns.

Bilangan pesanan Shop Campaigns dalam laporan pemasaran anda boleh berbeza daripada bilangan pesanan yang dibilkan kepada anda kerana laporan pemasaran dan pengebilan Shop Campaigns dikira secara berasingan.

Pengebilan Shop Campaigns

Setiap kali pesanan diatribusikan kepada Shop Campaigns, caj tersebut akan ditambahkan pada bil Shopify anda. Caj ini disenaraikan pada bil anda sebagai caj Shop Campaigns. Jika pesanan yang diatribusikan dibatalkan atau dikembalikan, maka kos pemerolehan pelanggan anda tidak akan dikembalikan.

Amaun yang dicaj kepada anda bagi setiap pesanan yang diatribusikan adalah berbeza-beza. Caj individu mungkin lebih tinggi atau lebih rendah berbanding dengan kos pemerolehan pelanggan yang anda tetapkan dan secara puratanya cenderung menghampiri amaun tersebut sepanjang tempoh kempen anda.

Kredit dan prapembiayaan

Tiada prapembiayaan diperlukan untuk mencipta Shop Campaign. Jika anda menerima kredit Shop Campaigns melalui Shopify Credit atau sebagai tawaran promosi, kredit tersebut digunakan pada belanjawan kempen anda. Apa-apa baki caj untuk kempen anda ditambahkan pada bil anda. Jika nota kredit dikeluarkan untuk salah satu bil anda, anda boleh memuat turun nota kredit tersebut daripada bil itu. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus nota kredit dan kredit pengebilan.

Cukai ke atas caj Shop Campaigns

Bergantung pada lokasi kedai anda, caj Shop Campaigns mungkin dikenakan cukai. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk Pengebilan dan tanggungjawab cukai Shopify.

Lihat caj Shop Campaigns anda

Anda boleh melihat caj Shop Campaigns anda di halaman Pengebilan dalam pentadbir Shopify anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Tetapan > Pengebilan.

  2. Dalam bahagian Bil, klik bil yang mahu anda semak.

  3. Klik Lihat caj untuk memaparkan butiran lanjut tentang caj Shop Campaigns anda.

Setiap kumpulan caj boleh mengandungi berbilang pesanan yang diperoleh melalui Shop Campaigns yang sama.

Jika kedai anda sebahagian daripada organisasi, anda juga boleh menyemak kos Shop Campaigns anda dengan mencipta laporan perbelanjaan. Anda boleh menapis laporan mengikut kedai, kategori caj dan julat tarikh.