Menjana kandungan secara automatik dalam penyunting tema

Anda boleh menggunakan Sidekick untuk menjana cadangan bagi kandungan dalam penyunting tema anda berdasarkan butiran yang anda berikan, seperti tajuk utama dan judul. Sebelum anda menjana teks secara automatik untuk tema anda, pelajari tentang amalan terbaik untuk menggunakan alat yang dikuasakan oleh AI.

Bahasa yang disokong

Penjanaan kandungan dalam penyunting tema tersedia dalam semua bahasa yang disokong oleh Shopify. Anda boleh menulis prom anda dalam sebarang bahasa dan kandungan yang dijana akan sepadan dengan bahasa prom anda. Untuk hasil yang terbaik, tulis prom anda dalam bahasa yang sama yang anda inginkan untuk kandungan tema anda.

Jana kandungan untuk kedai dalam talian anda

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Kedai Dalam Talian.

  2. Bersebelahan dengan tema yang ingin anda sunting, klik Sunting tema.

  3. Pilih elemen teks dalam tema anda, seperti tajuk sepanduk imej.

  4. Dalam kotak teks, klik ikon Generate text dalam bar alat.

  5. Masukkan prom yang memerihalkan jenis kandungan yang ingin anda jana, seperti tajuk utama, judul, sari kata atau pengumuman, kemudian serahkannya. Teks yang dijana akan digunakan terus pada elemen teks yang dipilih. Semakin banyak butiran yang anda tambahkan, semakin relevan kandungan yang dicadangkan itu. Anda boleh menyertakan nada yang diingini atau sebarang arahan lain secara terus dalam prom anda.

  6. Pilihan: Sunting kandungan agar sepadan dengan nada dan jenama kedai anda.

  7. Selepas anda melengkapkan suntingan anda, klik Simpan.

Menambah baik cadangan kandungan tema yang anda terima

Kandungan yang anda cipta perlu menyampaikan manfaat produk anda dalam cara yang tidak generik, yang mencerminkan jenama kedai anda. Anda mendapat hasil yang lebih baik dalam kandungan anda yang dijana secara automatik apabila anda menyertakan lebih banyak butiran dalam prom anda.

​Untuk menambah baik hasil, pertimbangkan untuk menambahkan jenis maklumat yang berikut:

  • Maklumat tentang pelanggan: Kerap kali, kandungan yang terbaik mencerminkan keperluan dan minat pelanggan sasaran anda. Sertakan beberapa kata kunci tentang kumpulan sasaran yang paling sesuai dengan produk tersebut, seperti demografi mereka (ibu bapa muda) atau nilai mereka (mementingkan alam sekitar, menggemari aktiviti luar). Maklumat ini membantu menjanakan manfaat produk dan menentukan jenis perbendaharaan kata yang disertakan dalam hasil anda.
  • Butiran khusus tentang bahan, kaedah pengeluaran, padanan, tujuan penggunaan: Sebarang spesifikasi produk yang anda berikan boleh ditukarkan menjadi perenggan dalam kandungan anda yang dijana.
  • Kata kunci atau istilah jenama yang penting: Walaupun hasil menyertakan ungkapan berbeza untuk maklumat yang anda berikan, perkataan atau frasa khas selalunya dikekalkan, seperti nama jenama atau perkataan deskriptif yang unik. Sebagai contoh, jika anda memerihalkan pelembap bibir pudina anda sebagai mint-tastic dalam kata kunci, maka cadangan yang dijana akan kerap menyertakan istilah tersebut.
  • Butiran lain: Anda boleh menggunakan butiran dan imej yang telah anda tambahkan pada tema anda bagi memberikan idea tentang kata kunci untuk diberikan, seperti vendor produk, kategori produk atau nama koleksi anda.