Partner Directory
Shopify Partner Directory menyenaraikan semua rakan kongsi agensi Shopify yang sudah bertapak. Rakan kongsi dalam direktori ini boleh membantu dengan perkhidmatan seperti:
- Pembinaan kedai
- Pembangunan aplikasi tersuai
- Pemasaran
- Migrasi
- Integrasi
- Peluasan saluran
Melalui direktori ini, anda boleh mencari rakan kongsi mengikut nama atau menyemak imbas semua rakan kongsi berdasarkan perkhidmatan yang ditawarkan atau peringkat rakan kongsi, serta menggunakan penapis untuk mengecilkan skop carian mengikut keperluan anda. Setiap profil memaparkan butiran tentang pasaran dan industri utama pedagang yang menerima perkhidmatan rakan kongsi tersebut serta perkhidmatan utama yang disediakan, berdasarkan data Shopify dalam tempoh empat tahun lalu. Setelah anda menemukan rakan kongsi dan berminat untuk bekerjasama dengan mereka, anda boleh menggunakan maklumat hubungan pada profil mereka untuk menghubungi mereka secara terus dan memulakan perbincangan.