Status dan ketersediaan produk

Status produk menentukan sama ada produk tersebut sedia untuk dijual dan ketersediaannya menentukan saluran jualan dan pasaran yang pelanggan boleh membelinya. Anda boleh menukar kedua-duanya daripada halaman butiran produk dalam bahagian Produk pentadbir Shopify anda, atau dalam aplikasi Shopify.

Pelanggan boleh membeli produk dalam saluran jualan hanya apabila produk mempunyai status Aktif atau Dinyahsenarai dan diterbitkan ke saluran jualan tersebut.

Produk baharu ditetapkan kepada Aktif secara lalai. Produk yang anda cipta dengan menduplikasi produk sedia ada, atau yang anda nyaharkib, ditetapkan kepada Draf secara lalai.

Status produk

Anda boleh menetapkan status yang berikut untuk produk:

Status produk yang boleh anda tetapkan dan maksud setiap status bagi menentukan sama ada pelanggan boleh membeli produk tersebut
StatusPenerangan
AktifButiran produk adalah lengkap dan produk sedia untuk dijual.
DrafButiran produk perlu dilengkapkan sebelum produk boleh dijual.
DiarkibkanButiran produk adalah lengkap tetapi produk tidak lagi untuk dijual. Apabila anda mengarkibkan produk, produk disembunyikan daripada laman kedai anda dan daripada senarai produk utama dalam pentadbir Shopify anda.
DinyahsenaraiButiran produk adalah lengkap dan produk boleh dijual tetapi produk tersebut tidak dapat ditemukan oleh pelanggan. Ketahui lebih lanjut tentang produk dinyahsenarai.

Untuk berhenti menjual produk tanpa memadamkannya secara kekal, anda boleh mengarkibkan produk tersebut. Mengarkibkan produk tidak mengeluarkannya daripada mana-mana koleksi yang merangkumi produk tersebut. Produk yang diarkibkan kekal dalam koleksi dan disenaraikan dalam bahagian Item koleksi di pentadbir Shopify anda, tetapi pelanggan tidak dapat melihat produk tersebut kerana produk yang diarkibkan disembunyikan daripada kedai dalam talian anda. Ketahui cara menggunakan syarat untuk mengekalkan produk yang diarkibkan di luar koleksi.

Status produk dinyahsenarai

Produk yang dinyahsenarai mempunyai halaman pada laman kedai anda tetapi halaman tersebut hanya boleh diakses melalui URL langsung produk itu. Anda mungkin menetapkan produk supaya dinyahsenarai dalam contoh senario yang berikut:

  • Jika anda mempunyai tambahan waranti atau produk yang dijual secara eksklusif sebagai sebahagian daripada berkas, maka anda mungkin tidak mahu memaparkan produk tersebut pada laman kedai anda atau dalam hasil enjin carian. Anda boleh menetapkan produk waranti atau berkas sebagai dinyahsenarai tetapi produk ini kekal tersedia untuk dibeli dan boleh ditambahkan pada pesanan bersama dengan produk induk.
  • Anda boleh mengehadkan akses kepada produk tertentu, seperti berkongsi URL produk langsung dengan pelanggan khusus untuk memberi mereka akses awal.

Produk yang dinyahsenarai disembunyikan daripada carian Internet, Shopify Catalog dan peta laman kedai anda. Produk tidak dipaparkan dalam halaman koleksi yang dikuasakan oleh Shopify, hasil carian yang termasuk carian ramalan atau pengesyoran produk di laman kedai anda.

Apabila anda menetapkan status produk kepada Dinyahsenarai, tag meta noindex dan nofollow ditambahkan pada halaman dan produk tersebut dialih keluar daripada fail peta laman XML kedai anda, yang bermakna perangkak enjin carian tidak dapat menemukan halaman produk tersebut.

Pertimbangan untuk menetapkan status produk sebagai dinyahsenarai

Semak pertimbangan yang berikut untuk menetapkan status produk sebagai dinyahsenarai:

  • Apabila anda menetapkan produk sebagai dinyahsenarai, URL halaman produk tersebut kekal sama.
  • Jika laman web luaran mempunyai pautan balik ke URL halaman produk yang dinyahsenarai, maka pautan balik tersebut masih menghala ke halaman produk tersebut.
  • Pelanggan boleh menambahkan produk yang dinyahsenarai pada troli mereka daripada URL langsung produk di kedai dalam talian anda, melainkan anda menyesuaikan halaman produk yang dinyahsenarai pada kedai anda untuk menghalang produk tersebut daripada ditambah secara langsung pada troli.
  • Anda boleh menerbitkan produk yang dinyahsenarai pada saluran jualan Point of Sale dan menjual produk tersebut dalam Shopify POS.
  • Anda tidak boleh menerbitkan produk yang dinyahsenarai pada mana-mana saluran jualan pihak ketiga.
  • Produk yang dinyahsenarai dipaparkan sebagai Aktif dalam aplikasi Digital Products dan Marketplace Connect, serta dalam mana-mana aplikasi pihak ketiga yang tidak menyokong status produk dinyahsenarai.
  • Jika anda menggunakan aplikasi carian atau pengesyoran produk pihak ketiga yang tidak disepadukan dengan fungsi status produk dinyahsenarai, maka aplikasi mungkin masih memaparkan produk anda yang dinyahsenarai dalam hasil carian atau pengesyorannya.
  • Produk yang dinyahsenarai tidak tersedia dalam suapan produk berkonteks untuk saluran jualan.
  • Label Dinyahsenarai dipaparkan untuk produk yang dinyahsenarai dalam semua kawasan pentadbir Shopify yang mempunyai paparan status produk, contohnya dalam halaman indeks produk, dialog pemilihan produk untuk pesanan draf dan alat penapisan produk dalam aplikasi seperti Translate & Adapt.

Ketersediaan saluran jualan

Bahagian Penerbitan pada halaman butiran produk menyenaraikan saluran jualan dan pasaran anda. Jika anda menggunakan Shopify B2B, maka katalog B2B anda turut disenaraikan di situ. Semua saluran jualan dan pasaran dipilih secara lalai.

Anda boleh mengawal tempat anda menjual produk dengan memasukkan produk tersebut dalam saluran jualan aktif anda. Jika anda mengecualikan produk daripada saluran jualan tertentu, maka produk tersebut disembunyikan daripada saluran tersebut. Jika anda mengecualikan produk daripada saluran Shop, maka produk tersebut mungkin masih dipaparkan dalam Shop tetapi pelanggan dialihkan ke kedai dalam talian anda untuk membuat pembelian.

Untuk memilih data produk yang diterima oleh saluran jualan, seperti tajuk yang berbeza bagi satu saluran, rujuk Menyesuaikan data produk untuk saluran jualan.

Hubungan saluran dan pasaran saluran

Sesetengah saluran jualan mungkin memaparkan berbilang hubungan saluran dengan lebih daripada satu rantau atau akaun untuk anda menjadikan produk anda tersedia.

Jika anda menggunakan pasaran saluran, maka untuk produk dijadikan tersedia dalam sesuatu saluran jualan, produk tersebut mesti disertakan dalam mana-mana katalog yang anda peruntukkan pada pasaran saluran tersebut dan diterbitkan ke saluran jualan.

Sebab untuk menyembunyikan produk daripada saluran jualan

Anda mungkin menyembunyikan produk daripada saluran jualan atas satu daripada sebab yang berikut:

  • Anda mempunyai produk bermusim yang anda ingin paparkan untuk sebahagian daripada tempoh dalam tahun tersebut sahaja.
  • Produk kehabisan stok tetapi anda akan mempunyai lebih banyak stok pada masa akan datang.
  • Anda tidak mahu menjual produk tetapi anda mungkin menawarkan produk tersebut lagi pada masa akan datang.
  • Anda mahu menawarkan produk eksklusif dalam talian atau eksklusif di kedai.
  • Anda tidak mahu menjual produk menggunakan saluran jualan tertentu.

Untuk memastikan produk hanya boleh diakses menggunakan URL langsungnya tetapi disembunyikan selain daripada cara ini, tetapkan status produk kepada Dinyahsenarai.

Ubah status produk

Anda boleh mengubah status produk kepada Aktif, Draf atau Dinyahsenarai daripada halaman butiran produk. Jika produk diarkibkan, maka anda perlu menyaharkibkannya sebelum anda boleh mengubah statusnya. Produk yang dinyaharkib ditetapkan kepada Draf.

Untuk menukar status beberapa produk pada masa yang sama, pilih produk untuk diedit secara pukal. Dalam penyunting pukal, pilihan Status merangkumi Diarkibkan.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.

  2. Klik nama produk yang ingin anda tukar.

  3. Dalam bahagian Status, pilih Aktif, Draf atau Dinyahsenarai daripada menu juntai bawah.

  4. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk .
  2. Ketik nama produk yang ingin anda tukar.
  3. Dalam bahagian Status, ketik status semasa, kemudian ketik Aktif, Draf atau Dinyahsenarai daripada menu juntai bawah.
  4. Ketik Simpan atau ✓.

Tetapkan ketersediaan produk dalam saluran jualan anda

Anda boleh menyertakan atau mengecualikan produk dalam saluran jualan anda daripada halaman butiran produk. Untuk menetapkan ketersediaan produk bagi beberapa produk pada masa yang sama, gunakan tindakan pukal. Untuk mengawal ketersediaan varian individu berbanding dengan keseluruhan produk, terbitkan atau nyahterbitkan varian khusus bagi saluran jualan dan katalog anda.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.

  2. Klik nama produk untuk membuka butirannya.

  3. Dalam bahagian Penerbitan, klik ikon Laras.

  4. Dalam dialog, pilih atau nyahpilih saluran jualan yang ingin anda tukar tetapan penerbitannya.

  5. Klik Selesai.

  6. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk .
  2. Ketik nama produk untuk membuka butirannya. Produk disertakan dalam saluran jualan yang disenaraikan dalam bahagian Saluran jualan.
  3. Ketik Edit.
  4. Pilih atau nyahpilih saluran jualan yang ingin anda tukar tetapan penerbitannya.
  5. Ketik Simpan atau ✓.

Status yang diuruskan oleh Shopify

Berdasarkan Terma Perkhidmatan dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima Shopify, status alternatif mungkin dipaparkan jika kedai anda tertakluk pada notis harta intelek. Status yang berikut diuruskan secara langsung oleh Shopify:

  • Digantung: Produk tersebut tidak lagi untuk dijual dan butiran produk tidak boleh diubah suai.
  • Penggantungan belum selesai: Status produk semasa (Aktif, Draf atau Diarkibkan) dikekalkan sehingga status ini dialih keluar atau ditukar kepada Digantung.