Mengimport dan mengeksport CSV kontrak

Anda boleh menggunakan fail CSV (nilai dipisahkan koma) untuk mengimport kontrak daripada aplikasi langganan pihak ketiga ke dalam aplikasi Shopify Subscriptions atau mengeksport kontrak daripada aplikasi Shopify Subscriptions.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan fail CSV, rujuk buka dan edit fail CSV.

Muat turun sampel fail CSV

Anda boleh memuat turun dan melihat sampel fail CSV kontrak untuk digunakan sebagai templat.

Pertimbangan untuk fail CSV kontrak

Sebelum anda menggunakan fail CSV kontrak untuk mengimport kontrak, semak pertimbangan berikut.

Memformatkan fail CSV

Untuk memastikan fail CSV kontrak anda dapat diimport dengan betul, sahkan bahawa fail itu memenuhi kriteria yang berikut:

  • Baris pertama fail CSV kontrak anda mestilah pengepala lajur seperti yang dinyatakan dalam jadual perihalan CSV kontrak.
  • Setiap lajur mesti dipisahkan oleh koma.
  • Saiz maksimum fail CSV boleh mencecah 10 MB.

Memahami lajur nama

Nama digunakan untuk mengenal pasti setiap kontrak secara unik. Nama digunakan untuk mengurus data dengan cara yang berikut:

  • Mengumpulkan kontrak dengan berbilang item baris: Kontrak dengan berbilang item baris dikumpulkan mengikut nama yang dikongsi.
  • Mencegah kontrak pendua: Kontrak pendua diabaikan pada import. Jika baris dengan nama yang sama telah berjaya diimport sebelum ini, baris itu akan dilangkau dalam proses import baharu. Mekanisme ini membantu mengelakkan penduaan data.

Kontrak berbilang item baris

Kontrak yang merangkumi berbilang item baris memerlukan baris berasingan untuk setiap item baris dan dikumpulkan bersama dengan lajur handle.

Sebagai contoh, jika kontrak mempunyai tiga item baris, maka setiap item baris mesti ditambahkan sebagai baris berasingan. Baris pertama mengandungi semua maklumat kontrak dan dua baris seterusnya hanya mengandungi nilai dalam lajur berikut:

  • handle
  • line_variant_id
  • line_quantity
  • line_current_price
  • Pilihan: line_selling_plan_id
  • Pilihan: line_selling_plan_name

handle mesti serupa untuk ketiga-tiga lajur. Semua lajur lain dalam baris dua dan tiga mesti kosong. Anda boleh memuat turun templat CSV sampel untuk menyemak contoh kontrak berbilang item baris.

Penerangan bagi fail CSV

Maklumat yang digunakan dalam CSV kontrak terbahagi kepada kategori yang berikut:

  • Nama kontrak
  • Maklumat pelanggan dan pengebilan
  • Kaedah dan maklumat penghantaran
  • Item yang disertakan dalam langganan

Semua lajur mesti ditambah pada fail CSV untuk mengimport dengan betul dan semua medan diwajibkan melainkan dinyatakan sebaliknya.

Penerangan bagi lajur dalam fail CSV kontrak.
LajurPenerangan
HandleNama (handle) ialah pengenal pasti unik untuk setiap kontrak. Sebagai contoh, red-shirt. Nama (handle) boleh mengandungi huruf dan nombor serta selalunya merupakan rentetan gabungan huruf, nombor atau kedua-duanya. Setiap kontrak mesti mempunyai nama (handle) yang unik.
upcoming_billing_dateTarikh pengebilan akan datang untuk kontrak.
Masa adalah dalam UTC (Waktu Semesta Berkoordinat) dan mesti diformatkan sebagai YYYY-MM-DDTHH:MM:SSZ.
Contohnya, 3:50 petang pada 7 September 2019 dalam zon waktu UTC (Waktu Semesta Berkoordinat) diwakili sebagai 2019-09-07T15:50:00Z.
Nilai tarikh pengebilan akan datang mesti ditetapkan kepada tarikh dan masa sekurang-kurangnya 24 jam selepas tarikh dan masa fail CSV tersebut diimport.
customer_idID pelanggan. ID ini mesti sepadan dengan ID pelanggan sedia ada dalam pentadbir Shopify anda dan seharusnya menjadi rentetan nombor. Sebagai contoh 6320530986896.
currency_codeKod mata wang kontrak. Kod mata wang ini mesti sepadan dengan mata wang yang aktif di kedai anda.
statusStatus kontrak. Kontrak boleh mempunyai satu daripada status berikut:
  • Aktif
  • Dijeda
cadence_intervalKekerapan penghantaran langganan. Kontrak boleh mempunyai satu daripada selang kadens berikut:
  • Minggu
  • Bulan
  • Tahun
cadence_interval_countKekerapan penghantaran langganan dalam keseluruhan selang masa. Sebagai contoh, kiraan selang kadens untuk setiap bulan ialah 1 dan selang kadens untuk setiap dua minggu ialah 2.
customer_payment_method_idID bagi kaedah pembayaran yang digunakan oleh pelanggan untuk kontrak. ID ialah kod abjad angka yang unik. Sebagai contoh, 24e8c839c47ef47d30ad28346d130e74.
delivery_priceHarga penghantaran dalam format mata wang yang betul.
delivery_method_type Kaedah penghantaran langganan. Kaedah penghantaran ini mesti merupakan satu daripada jenis berikut:
  • Pengiriman
  • Penghantaran Tempatan
  • Pengambilan
  • Tiada
delivery_address_first_nameNama pertama penerima pada alamat penghantaran. Medan ini diwajibkan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan sahaja.
delivery_address_last_nameNama keluarga penerima pada alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan sahaja.
delivery_address_address1Baris pertama alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_address_address2Baris kedua alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan jika alamat mempunyai medan kedua, dan kaedah penghantaran ialah Pengiriman atau Penghantaran Tempatan.
delivery_address_cityBandar bagi alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_address_province_codeKod ISO wilayah atau negeri bagi alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_address_country_codeKod ISO negara bagi alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_address_companyNama syarikat bagi alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan jika pesanan tersebut adalah untuk perniagaan dan kaedah penghantaran ialah Pengiriman atau Penghantaran Tempatan.
delivery_address_zipPoskod bagi alamat penghantaran.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_address_phoneNombor telefon bagi alamat penghantaran — contohnya +1 (613) 555-5555.
Medan ini hanya diperlukan untuk kaedah Pengiriman dan Penghantaran Tempatan.
delivery_local_delivery_phoneNombor telefon bagi alamat penghantaran.
Medan ini diperlukan untuk langganan yang menggunakan kaedah Penghantaran Tempatan.
delivery_local_delivery_instructionsArahan penghantaran tempatan.
Medan ini hanya perlu disertakan apabila arahan diberikan untuk langganan yang menggunakan kaedah Penghantaran Tempatan.
delivery_pickup_method_location_idID lokasi bagi kaedah pengambilan.
Medan ini hanya diperlukan untuk langganan yang menggunakan kaedah Pengambilan Tempatan.
line_variant_idID untuk setiap item baris yang disertakan dalam langganan — contohnya 53154087005812.
Jika terdapat berbilang item baris yang disertakan dalam langganan, maka setiap item baris mesti ditambahkan sebagai baris baharu dengan ID varian yang unik.
line_quantityKuantiti untuk setiap item baris yang disertakan dalam langganan.
Jika terdapat berbilang item baris yang disertakan dalam langganan, maka kuantiti yang ditambahkan haruslah untuk item khusus tersebut dan bukannya jumlah kuantiti untuk semua item yang disertakan.
line_current_priceHarga item baris langganan dalam format mata wang yang betul.
line_selling_plan_idID bagi pelan langganan — contohnya 3607724288.
Medan ini adalah pilihan.
line_selling_plan_nameNama pelan langganan.
Medan ini adalah pilihan.

Import kontrak menggunakan fail CSV

Anda boleh menggunakan fail CSV untuk mengimport kontrak sedia ada daripada aplikasi langganan pihak ketiga yang layak daripada Shopify App Store, atau daripada aplikasi Shopify Subscriptions pada kedai lain.

Fail CSV tidak boleh digunakan untuk mengedit atau menulis ganti kontrak sedia ada. Pendua bagi kontrak sedia ada diabaikan semasa import.

Mengimport kontrak daripada aplikasi langganan pihak ketiga

Anda mungkin boleh mengimport kontrak daripada aplikasi langganan pihak ketiga. Pertimbangkan tingkah laku berikut semasa mengimport daripada aplikasi pihak ketiga:

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Subscriptions.

  2. Klik Kontrak.

  3. Klik Import.

  4. Klik Tambah fail, dan kemudian pilih fail CSV yang ingin anda import.

  5. Klik Muat naik fail.

Selepas fail CSV anda dimuat naik, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada Shopify pada akaun e-mel yang digunakan untuk menyediakan kedai Shopify anda. Baca penyelesaian bagi ralat import yang lazim untuk membantu menyelesaikan sebarang isu import.

Eksport kontrak menggunakan fail CSV

Anda boleh mengeksport kontrak anda untuk rekod anda atau untuk mengimportnya ke dalam kedai Shopify lain yang telah dipasangkan dengan aplikasi Shopify Subscriptions.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Subscriptions.

  2. Klik Kontrak.

  3. Klik Eksport.