Laporan pesanan

Laporan Pesanan memberikan cerapan tentang volum pesanan, pemenuhan, pengiriman, penghantaran dan pemulangan anda.

Lihat laporan pesanan anda

Anda boleh menapis senarai Laporan anda untuk memaparkan laporan Pesanan sahaja.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Analitis > Laporan.

  2. Klik penapis Kategori.

  3. Klik Pesanan untuk menapis laporan supaya memaparkan laporan Pesanan sahaja.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Menu.

  2. Ketik Analitis > Laporan.

  3. Ketik ikon penapis dan kemudian ketik Kategori.

  4. Ketik Pesanan untuk menapis laporan bagi memaparkan laporan Pesanan sahaja.

  5. Ketik < Tapis mengikut atau ←, dan kemudian X untuk menavigasi kembali ke senarai Laporan yang ditapis.

Pesanan dan pembalikan mengikut produk

Laporan Pesanan dan pembalikan mengikut produk membantu anda memahami produk yang paling laris, dan produk yang paling kerap dialih keluar daripada pesanan. Laporan memaparkan jumlah bilangan produk yang dipesan dalam tempoh masa yang dipilih dan bilangan produk yang dialih keluar daripada pesanan.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Pesanan dan pembalikan mengikut produk
IstilahTakrifan
Tajuk produkNama produk yang dipesan dalam tempoh masa yang dipilih.
Kuantiti yang dipesanJumlah bilangan item yang dipesan dalam tempoh masa yang dipilih.
Kuantiti yang dibalikkanJumlah bilangan item yang dialih keluar daripada pesanan dalam tempoh masa yang dipilih. Jumlah ini merangkumi bayaran balik, pemulangan, pembatalan atau pengeditan.
Kadar kuantiti dibalikkanPeratusan item yang dialih keluar daripada pesanan berbanding dengan jumlah bilangan item yang dipesan dalam tempoh masa yang dipilih.

Pesanan mengikut masa

Laporan Pesanan mengikut masa memaparkan jumlah bilangan pesanan yang diterima dalam tempoh masa yang dipilih.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Pesanan mengikut masa
IstilahTakrifan
PesananJumlah bilangan pesanan yang diterima dalam tempoh masa yang dipilih.
Purata unit yang dipesanPurata bilangan unit produk individu bagi setiap pesanan dalam tempoh masa yang dipilih.
Purata nilai pesananPurata amaun dolar bagi setiap pesanan dalam tempoh masa yang dipilih.
Kuantiti yang dibalikkanJumlah bilangan unit produk individu yang dialih keluar daripada pesanan dalam tempoh masa yang dipilih.

Prestasi pengiriman dan penghantaran

Laporan Prestasi pengiriman dan penghantaran menunjukkan masa yang diambil pesanan bagi melalui keseluruhan proses pemenuhan, dari masa pesanan diterima hinggalah pesanan dihantar kepada pelanggan anda. Carta dalam laporan ini memplotkan bilangan pesanan yang melengkapkan tahap yang dipilih bagi setiap tempoh selesai mengikut jam atau hari, serta memaparkan amaun masa median (atau kebiasaan) yang diambil pesanan untuk melengkapkan tahap yang dipilih.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Masa pemenuhan, pengiriman dan penghantaran
IstilahTakrifan
Masa untuk dipenuhiBilangan pesanan yang ditandai sebagai dipenuhi sepanjang tempoh masa yang diberikan, bagi setiap tempoh selesai mengikut jam atau hari, yang dikira dari masa pesanan diterima sehinggalah pesanan dipenuhi. Cth. 20 pesanan mengambil masa kurang dari satu jam untuk dipenuhi selepas pesanan diterima.
Masa untuk dikirimBilangan pesanan yang ditandai sebagai dikirim sepanjang tempoh masa yang diberikan, bagi setiap tempoh selesai mengikut jam atau hari, yang dikira dari masa pesanan dikirim sehinggalah pesanan dihantar. Cth. 10 pesanan mengambil masa antara 1 dan 2 jam untuk dihantar selepas pesanan dikirim.
Masa untuk dihantarBilangan pesanan yang ditandai sebagai dihantar sepanjang tempoh masa yang diberikan, bagi setiap tempoh selesai mengikut jam atau hari, yang dikira dari masa pesanan diterima sehinggalah pesanan dihantar. Cth. 15 pesanan mengambil masa antara 2 hingga 3 hari untuk dihantar selepas pesanan diterima.

Pesanan dipenuhi mengikut masa

Laporan Pesanan dipenuhi mengikut masa memaparkan jumlah bilangan pesanan yang dipenuhi, dikirim atau dihantar dalam tempoh masa yang dipilih.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Pemenuhan mengikut masa
IstilahTakrifan
Pesanan dipenuhiBilangan pesanan yang dipenuhi dalam tempoh masa yang dipilih.
Pesanan dikirimBilangan pesanan yang dikirim dalam tempoh masa yang dipilih.
Pesanan dihantarBilangan pesanan yang dihantar dalam tempoh masa yang dipilih.

Laporan label pengiriman

Laporan label pengiriman membantu anda memahami trend pembelian, kos dan pecahan bagi label pengiriman. Laporan ini mengecualikan label pemulangan, label yang dibatalkan atau tidak sah, pelarasan dan label yang tidak dibeli di Shopify. Kos dilaporkan dalam mata wang kedai anda.

Label mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan dalam laporan.

Label pengiriman mengikut masa

Laporan Label pengiriman mengikut masa memaparkan trend dan kos pembelian anda untuk label pengiriman.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Label pengiriman mengikut masa
IstilahTakrifan
LabelBilangan label yang dibeli dalam tempoh masa yang dipilih.
KosJumlah kos label yang dibeli dalam tempoh masa yang dipilih.
Purata kos bagi setiap labelPurata kos bagi setiap label yang dibeli dalam tempoh masa yang dipilih.

Label pengiriman mengikut pesanan

Laporan Label pengiriman mengikut pesanan memaparkan pecahan label pengiriman yang anda telah beli dalam tempoh masa yang dipilih.

Rujuk jadual berikut untuk mendapatkan lajur yang boleh ditambahkan pada laporan dan digunakan untuk menapis laporan.

Maklumat laporan yang tersedia dalam laporan Label pengiriman
IstilahTakrifan
Nombor pesananNombor pesanan bagi label yang telah dibeli.
Negara asalNegara dari mana pakej dikirim.
Negara destinasiNegara ke mana pakej dikirim.
PembawaPembawa pengiriman yang digunakan untuk mengirim pakej.
Perkhidmatan pengirimanPerkhidmatan pengiriman yang digunakan untuk mengirim pakej.
Nama pakejNama pakej yang dipilih untuk mengirim pesanan.
Jenis pakejJenis pakej yang dipilih untuk mengirim pesanan.
Panjang, lebar atau tinggi pakejNilai angka bagi panjang, lebar atau tinggi pakej yang dipilih untuk mengirim pesanan.
Unit dimensi pakejUnit ukuran yang digunakan dalam dimensi pakej yang dipilih untuk mengirim pesanan.
Nilai jumlah beratNilai angka bagi jumlah berat pakej dan kandungannya.
Unit jumlah beratUnit ukuran bagi jumlah berat.
Harga pengirimanHarga pengiriman yang dicajkan kepada pelanggan.
Mata wangMata wang kedai anda.
KosKos label pengiriman yang dibeli.

Item yang dibeli bersama

Laporan Item yang dibeli bersama memaparkan kombinasi produk paling lazim yang dibeli bersama supaya anda boleh mengenal pasti peluang untuk berkas, jualan tambahan dan promosi. Laporan ini merangkumi pesanan yang diproses sahaja berbanding item di dalam troli sebelum pembayaran.

Anda boleh menukar dimensi antara Produk yang dibeli bersama dan Varian yang dibeli bersama, serta menggunakan penapis seperti Bilangan produk yang dibeli bersama dan Bilangan varian yang dibeli bersama untuk mendapatkan cerapan yang lebih khusus tentang tabiat membeli pelanggan anda.

Dalam jadual Ringkasan, anda boleh melalukan kursor anda pada imej dan tajuk produk atau varian untuk mendapatkan senarai lengkap gabungan produk dalam sesuatu baris.