Aplikasi Customer View

Aplikasi Customer View membolehkan anda menggunakan peranti Android sebagai paparan berhadapan pelanggan untuk Shopify POS. Semasa pembayaran, Customer View memaparkan maklumat yang berikut tentang troli pelanggan:

  • nama, kuantiti dan harga item baris
  • nama pelanggan
  • diskaun
  • cukai
  • jumlah pesanan dan subjumlah

Keperluan peranti

Peranti anda mesti memenuhi keperluan yang berikut:

  • peranti Android yang menjalankan versi 8.0 (Oreo) atau lebih tinggi
  • tablet dengan skrin 7 inci atau lebih besar
  • akses kepada gedung Google Play

Had aplikasi Customer View

Aplikasi Customer View tidak menyokong tandatangan.

Gandingkan Shopify POS dengan Customer View

Selepas anda menggandingkan aplikasi Customer View dengan peranti Shopify POS anda, aplikasi tersebut kekal digandingkan. Aplikasi Customer View dipaparkan dalam mod landskap atau potret pada peranti tablet Android dan hanya dalam mod potret pada peranti POS Android.

Aplikasi Customer View digandingkan dengan Shopify POS melalui rangkaian tempatan anda. Pastikan kedua-dua peranti disambungkan kepada rangkaian tempatan yang sama menggunakan Wi-Fi atau Ethernet.

Langkah-langkah:

  1. Daripada Shopify POS, ketik ikon Ikon Ketersambungan > Sediakan perkakasan.
  2. Ketik Paparan pelanggan, kemudian ikuti arahan pada skrin untuk memuat turun aplikasi Customer View pada peranti anda, dan kemudian gandingkannya dengan Shopify POS.
  3. Untuk mengekalkan sambungan atau membenarkan aplikasi menyambung semula secara automatik, sahkan bahawa kedua-dua aplikasi berjalan di latar depan.

Jika anda menavigasi keluar daripada Shopify POS atau jika peranti anda beralih ke mod tidur dan skrin menjadi hitam, maka sepanduk Diputuskan sambungan, rujuk Shopify POS untuk menyambung semula mungkin akan dipaparkan. Tindakan membuka kunci peranti anda atau membuka Shopify POS akan menyambungkan semula Customer View. Jika cara ini tidak berjaya, maka ketik Tidak berfungsi? gandingkan semula dan ikuti langkah-langkah penggandingan.

Customer View boleh menyambung pada rangkaian tempatan menggunakan Wi-Fi atau Ethernet, tetapi tidak boleh beralih antara Wi-Fi dengan Ethernet tanpa melalui aliran penggandingan dari mula.

Jika anda terus menghadapi isu penggandingan, maka ikuti langkah-langkah yang digariskan dalam penyelesaian masalah.

Putuskan sambungan Customer View daripada Shopify POS

Anda boleh memutuskan sambungan Customer View daripada Shopify POS pada bila-bila masa.

Langkah-langkah:

  1. Daripada Shopify POS, ketik ikon Ikon Ketersambungan.

  2. Dalam bahagian Perkakasan, ketik Customer View.

  3. Ketik Lupakan Customer View.

Menyesuaikan paparan aplikasi Customer View

Anda boleh menggunakan penyunting paparan dalam pentadbir Shopify anda untuk membuat perubahan yang berikut:

Penyelesaian masalah

Jika anda mengalami masalah ketersambungan antara Shopify POS dengan aplikasi Customer View, maka ikuti langkah-langkah ini.

Langkah-langkah:

  1. Sahkan bahawa peranti aplikasi Customer View dipalamkan.
  2. Sahkan bahawa sambungan rangkaian anda adalah stabil.
  3. Sahkan peranti berada pada rangkaian yang sama. Peranti ini perlu berkongsi SSID yang sama jika menggunakan Wi-Fi.
  4. Putuskan sambungan aplikasi Customer View daripada Shopify POS.
  5. Tutup Shopify POS dan aplikasi Customer View.
  6. Buka Shopify POS dan aplikasi Customer View lalu gandingkan kedua-dua aplikasi tersebut.
  7. Jika aplikasi Customer View masih tidak dapat menyambung, maka hubungi Sokongan Shopify.