Purata kos unit

Purata kos unit ialah purata kos bagi stok semasa anda. Setiap kali anda menerima pesanan pembelian, purata kos unit anda akan dikemaskinikan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 10 unit produk A dalam stok yang mempunyai harga kos sebanyak USD10 seunit, maka purata kos unit pada awalnya ialah USD10. Jika kemudian anda memesan lagi 10 unit produk A, pada kali ini dengan harga kos sebanyak USD5 seunit, maka purata kos unit anda sekarang ialah USD7.50.

Purata kos unit adalah unik untuk Stocky dan tidak dipaparkan dalam Shopify.

Mengira purata kos unit

Stocky menggunakan formula yang berikut untuk mengira purata kos unit bagi pesanan pembelian:

((Purata Kos Semasa x Kuantiti Stok Semasa) + (Kos Apabila Tiba untuk Stok yang Diterima x Kuantiti Stok yang Diterima)) / (Kuantiti Stok Semasa + Kuantiti Stok yang Diterima)

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 30 unit produk yang mempunyai purata harga kos sedia ada sebanyak USD10 seunit dan anda menerima 15 unit tambahan pada kos apabila tiba sebanyak USD8 seunit, maka formulanya ialah ((10 x 30) + (8 x 15)) / (30 + 15), yang mengemaskinikan purata kos unit menjadi USD9.33.

Terdapat dua keadaan apabila formula ini tidak digunakan:

  • Apabila pesanan pembelian dicipta untuk varian yang pada masa ini mempunyai kuantiti stok negatif. Dalam hal ini, purata kos unit akan dikemaskinikan kepada nilai Kos Apabila Tiba untuk Stok yang Diterima.
  • Apabila pesanan pembelian dicipta dengan Kuantiti Stok yang Diterima bernilai negatif dan lebih besar daripada Kuantiti Stok Semasa, seterusnya mengakibatkan tahap stok keseluruhannya menjadi negatif. Dalam hal ini, purata kos tidak berubah.

Mengira kos apabila tiba

Untuk mengira kos apabila tiba bagi suatu varian dalam pesanan pembelian, pertama sekali anda perlu mengira margin apabila tiba untuk keseluruhan pesanan pembelian. Stocky menggunakan formula yang berikut untuk mengira margin apabila tiba bagi pesanan pembelian:

(Subjumlah + Pelarasan + Pengiriman) / Subjumlah

Sebagai contoh, jika anda mempunyai pesanan pembelian dengan subjumlah sebanyak USD1,000, amaun pelarasan sebanyak USD200 dan kos pengiriman sebanyak USD300 (sebelum cukai), maka formulanya ialah (1000 + 200 + 300) / 1000, yang menghasilkan margin apabila tiba sebanyak 1.5.

Untuk mengira kos apabila tiba bagi setiap varian, Stocky kemudian menggunakan formula yang berikut:

Kos Asas Varian * Margin Apabila Tiba

Sebagai contoh, jika salah satu varian pada pesanan pembelian mempunyai kos asas sebanyak USD25 dan anda mendapati margin apabila tiba berjumlah 1.5, maka formulanya ialah 25 * 1.5, yang menghasilkan kos apabila tiba sebanyak USD37.50.

Aktifkan atau nyahaktifkan penyegerakan kos unit automatik

Untuk mengemaskinikan kos bagi setiap item dalam pentadbir Shopify anda secara automatik dengan nilai dalam Stocky, aktifkan kemas kini automatik bagi purata kos unit. Pengaktifan penyegerakan purata kos unit automatik menulis ganti nilai kos bagi setiap item yang sedia ada dalam pentadbir Shopify anda dan hal ini tidak boleh dibuat asal.

Langkah-langkah:

  1. Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Stocky.
  2. Klik ikon akaun > Keutamaan.
  3. Klik COGS.
  4. Dalam bahagian Penyegerakan Harga Kos Automatik , ambil salah satu tindakan yang berikut:
    • Untuk menghidupkan penyegerakan automatik, klik Dayakan.
    • Untuk mematikan penyegerakan automatik, klik Nyahdayakan.

Tetapkan purata kos unit permulaan anda

Terdapat beberapa cara berbeza untuk menetapkan purata kos unit permulaan anda:

Import fail CSV ke dalam Stocky

  1. Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Stocky.
  2. Klik ikon akaun > Keutamaan.
  3. Klik COGS > Import Purata Kos Unit Permulaan.
  4. Klik Pilih Fail dan pilih fail CSV untuk diimport.
  5. Klik Seterusnya.
  6. Pratonton import untuk baris pertama CSV dipaparkan. Untukkan lajur yang berikut:
    1. Untuk Lajur manakah yang merupakan pengenal pasti?, pilih Kod Bar Varian atau SKU Varian.
    2. Untuk Apakah jenis pengenal pasti lajur ini?, pilih Kod bar atau SKU berdasarkan pilihan anda sebelumnya.
    3. Untuk Lajur manakah Purata Kos?, pilih Kos setiap item.
  7. Klik Seterusnya.

Daripada laporan SKU/Varian

  1. Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Stocky.
  2. Klik Laporan > SKU/Varian.
  3. Pilih Lajur dan kemudian pilih Purata Kos.
  4. Klik Kemas kini.
  5. Laporan yang menunjukkan setiap varian produk anda dengan purata kos yang berkaitan kini dipaparkan. Masukkan purata kos ke dalam lajur Purata kos.
  6. Pilihan: Klik Simpan Laporan.

Gunakan purata kos unit pada pesanan jualan lepas

Jika anda mahukan laporan kos barang dijual (COGS) untuk pesanan jualan sedia ada, anda perlu menggunakan purata kos semasa anda untuk pesanan berkenaan. Penggunaan purata kos semasa anda untuk pesanan tertentu mungkin tidak tepat, tetapi memberi anda anggaran kos yang berkaitan dengan setiap produk.

Langkah-langkah:

  1. Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Stocky.
  2. Klik ikon akaun > Keutamaan.
  3. Klik COGS dan kemudian pilih Undurkan Tarikh Purata Kos Unit.

Aktifkan purata kos unit pada pesanan pembelian yang sedang dijalankan

Anda boleh mengaktifkan pengiraan purata kos unit pada pesanan pembelian yang masih sedang dijalankan. Hal ini membolehkan Stocky menggunakan purata kos unit untuk inventori yang diterima pada draf pesanan pembelian atau pesanan pembelian yang belum diterima, lantas membantu anda mengekalkan nilai kos yang konsisten semasa anda memproses inventori baharu.

Langkah-langkah:

  1. Dalam pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Stocky.
  2. Klik ikon akaun > Keutamaan dan kemudian klik Pesanan pembelian.
  3. Klik Tetapan untuk PO draf.
  4. Pilih Purata Kos Unit.
  5. Klik Kemas kini.
  6. Klik Simpan perubahan.