Yuran tersuai

Jika terdapat caj tersuai biasa yang anda tambahkan pada pesanan pelanggan, seperti yuran untuk penghantaran tempatan atau penyesuaian, maka anda boleh menyimpannya sebagai jubin grid pintar, iaitu jalan pintas pada skrin utama Shopify POS yang boleh disesuaikan. Hal ini membolehkan anda mengetik jubin tersebut dengan cepat untuk menambahkan caj tersuai pada sesuatu pesanan.

Pertimbangan untuk yuran tersuai

Sebelum menggunakan yuran tersuai, semak pertimbangan yang berikut:

  • Anda hanya boleh menggunakan satu yuran tersuai pada setiap troli. Untuk menambahkan berbilang yuran, kirakan jumlahnya dan kemudian tambahkan yuran tersebut sebagai yuran tunggal.
  • Yuran tersuai mestilah merupakan amaun tetap. Anda tidak boleh menambahkan yuran berdasarkan peratusan.
  • Anda tidak boleh menambahkan yuran tersuai pada troli yang mempunyai item pemulangan.
  • Kod diskaun item baris tidak berfungsi pada yuran tersuai. Semua diskaun peringkat troli dan kod promosi lain digunakan pada sebarang yuran tersuai dalam troli.

Tambahkan jubin yuran tersuai pada grid pintar anda

Anda boleh mempratetapkan jubin yuran tersuai dalam grid pintar anda supaya anda dapat menambahkan yuran tersebut pada troli pelanggan.

Langkah-langkah:

  1. Daripada Shopify POS, ketik Tambah jubin dalam grid pintar.

  2. Ketik Yuran, masukkan tajuk serta harga untuk yuran tersuai dan kemudian ketik Simpan.

Tambahkan yuran tersuai pada troli pelanggan

Selain menggunakan jubin yuran tersuai pratetap dalam grid pintar anda, anda boleh menambahkan yuran tersuai pada troli pelanggan. Hanya satu yuran tersuai yang boleh digunakan pada sesebuah troli. Untuk menambahkan berbilang yuran, tambahkan jumlah amaun sebagai yuran tersuai tunggal.

Langkah-langkah:

  1. Ketik jubin Yuran tersuai dalam grid pintar anda.
  2. Semak amaun tersebut dan kemudian ketik Simpan.

Untuk mengalih keluar yuran tersuai, ketik jubin Alih keluar yuran dalam grid pintar anda.