Mengurus pelan harga

Anda boleh menguruskan pelan harga kedai anda untuk menukar pelan, berehat daripada jualan atau menutup kedai anda sepenuhnya. Pelan harga anda menentukan ciri dan alat Shopify yang tersedia untuk kedai anda serta kos bulanan anda.

Anda boleh menguruskan pelan anda daripada halaman Tetapan > Pelan dalam pentadbir Shopify anda.

Untuk berhenti menjual buat sementara waktu atau menutup kedai anda, anda boleh menyahaktifkan kedai anda pada hujung kitaran pengebilan semasa anda dan mengaktifkannya semula apabila anda sudah bersedia. Maklumat kedai anda disimpan selama 2 tahun selepas penyahaktifan. Jika anda menggunakan pelan Shopify Plus dan kedai anda layak, anda boleh memperbaharui atau menurunkan taraf pelan Shopify Plus anda daripada pentadbir Shopify anda apabila tarikh pembaharuan anda semakin hampir. Anda tidak boleh membatalkan perjanjian Shopify Plus daripada pentadbir Shopify. Untuk membatalkan perjanjian Shopify Plus anda, hubungi Pengurus Kejayaan Pelanggan (Customer Success Manager, CSM) anda. Jika anda tidak mempunyai CSM, hubungi Sokongan Shopify Plus. Anda juga boleh mengaktifkan semula kedai yang dibekukan daripada halaman Pelan.

Dalam bahagian ini