Perihal Shopify Affiliate Program

Shopify Affiliate Program merangkumi usahawan, pendidik, pempengaruh dan pencipta kandungan yang memberi inspirasi serta mengajar audiens mereka tentang keusahawanan dengan Shopify. Program ini juga merangkumi individu lain yang merujukkan audiens keusahawanan mereka kepada Shopify. Anda boleh menyertai program ini secara percuma dan dapat menjana pendapatan daripada audiens anda serta memperoleh komisen bagi setiap rujukan pedagang Shopify yang baharu. Sebagai ahli afiliasi, anda boleh memperoleh komisen bagi setiap pengguna yang mendaftar untuk pelan berbayar menggunakan pautan penjejakan afiliasi unik anda.

Untuk memohon bagi menyertai Shopify Affiliate Program, anda perlu memenuhi keperluan yang berikut:

  • Anda memiliki dan menjalankan laman web yang aktif
  • Anda mempunyai audiens yang mantap
  • Anda menghasilkan kandungan asli seperti kursus dalam talian, siaran blog, video atau panduan
  • Anda mempunyai pengalaman dengan perdagangan, keusahawanan, Shopify atau platform e-dagang yang lain
  • Anda telah membaca Terma Program Pemasaran Afiliasi Shopify

Apakah itu Impact?

Impact ialah platform penjejakan afiliasi pihak ketiga yang dipercayai dan mengehoskan Shopify Affiliate Program. Impact menyediakan penjejakan pihak ketiga, pelaporan masa nyata dan pembayaran komisen bulanan kepada ahli afiliasi Shopify.

Saya telah pun diluluskan untuk menyertai Shopify Affiliate Program melalui Akaun Rakan Kongsi Shopify saya. Adakah saya perlu memohon sekali lagi melalui Impact?

Ya, migrasi tidak akan berlaku secara automatik kerana ini ialah program afiliasi yang baharu sepenuhnya. Anda mesti daftar secara aktif dengan Impact dan menukar semua pautan rujukan sedia ada sebelum 30 Jun 2022 untuk terus menjana pendapatan melalui Shopify Affiliate Program. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak beberapa soalan lazim, rujuk panduan Pengenalan kepada Impact.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada permohonan saya telah diterima?

Shopify menyemak setiap permohonan dengan teliti. Jika permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel yang mengesahkan penerimaan anda serta langkah seterusnya untuk bermula. Dalam kebanyakan kes, permohonan kepada Shopify Affiliate Program akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

Oleh sebab jumlah penyerahan yang tinggi, kami tidak dapat memberikan maklum balas tentang permohonan yang ditolak.

Bagaimanakah rujukan dijejak?

Selepas anda diterima menyertai Shopify Affiliate Program, anda akan diminta untuk log masuk ke Impact dan mencipta pautan rujukan anda. Gunakan pautan rujukan anda untuk menghalakan audiens anda ke laman penambat Shopify dan untuk menerima komisen bagi setiap rujukan yang layak.

Berapa banyakkah yang boleh saya peroleh sebagai ahli afiliasi?

Ahli afiliasi Shopify menjana pendapatan berdasarkan rujukan. Pendapatan berbeza-beza bergantung pada lokasi pedagang yang anda rujukkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk Pendapatan ahli afiliasi Shopify.

Bagaimanakah saya dibayar?

Shopify Affiliate Program menggunakan Impact untuk mengeluarkan pembayaran. Impact memerlukan baki minimum sebanyak USD 10 (atau anggaran yang bersamaan dalam mata wang tempatan anda) sebelum anda boleh mengeluarkan baki akaun anda. Selepas anda mencapai jumlah baki minimum, anda boleh mengeluarkan baki akaun anda dan menghantarnya ke akaun bank atau akaun PayPal anda. Ahli afiliasi boleh memilih untuk dibayar apabila baki mereka mencapai jumlah tertentu atau pada setiap dua minggu.

Apakah maklumat yang boleh saya jejak tentang pedagang yang saya rujuk?

Impact membenarkan rakan kongsi menjejak prestasi mereka berdasarkan pelbagai titik data yang berbeza. Untuk melihat semua laporan yang tersedia, log masuk ke akaun Impact anda dan pilih Laporan pada bar navigasi di bahagian atas, kemudian klik Semua Laporan.

Apakah garis panduan jenama Shopify?

Semak garis panduan jenama Shopify dan pastikan anda menggunakan garis panduan penjenamaan dengan betul. Dengan menggunakan aset jenama kami, anda menunjukkan bahawa anda telah menerima Garis Panduan Penggunaan Tanda Dagangan Shopify dan anda faham bahawa pelanggaran terhadap garis panduan ini akan mengakibatkan penamatan perjanjian anda dengan Shopify melalui akaun Impact anda.