Strategi ahli afiliasi
Kami mengesyorkan agar anda menyemak Pusat Pertumbuhan untuk mendapatkan sumber bagi meningkatkan hasil rujukan anda dan memudahkan anda memasarkan kepada khalayak anda.
Pada halaman ini
Strategi pembangunan kandungan
Cipta kandungan asli sebagai pedagang Shopify
Jadilah pihak yang berautoriti dalam perdagangan dengan menjadi pedagang Shopify. Sebagai pedagang Shopify, anda boleh bercakap secara sahih tentang pengalaman anda dan menawarkan khalayak anda dengan contoh kehidupan sebenar serta cerapan tentang cara anda bermula. Perkongsian pengalaman anda boleh membantu mereka mempercepatkan pelancaran kedai mereka, bersedia untuk kejayaan jangka panjang dan mengelakkan kesilapan biasa.
Gunakan kandungan yang telah dibangunkan daripada Pusat Pertumbuhan Shopify
Semak Panduan dan Sumber Pusat Pertumbuhan untuk mendapatkan senarai kandungan berprestasi tinggi yang boleh anda pautkan atau jadikan inspirasi.
Bangunkan kandungan multimedia yang menarik
Panduan video, tutorial, kursus dan vlog boleh memberikan arahan kepada khalayak anda tentang cara melancarkan serta mengembangkan perniagaan mereka. Anda boleh mencipta kandungan yang berikut:
- Kursus dalam talian, video atau webinar dengan arahan untuk membantu khalayak anda memulakan percubaan percuma mereka dengan membimbing mereka melalui langkah-langkah untuk bermula.
- Bahan latihan tentang keusahawanan, perdagangan dan topik khusus Shopify bagi membantu khalayak anda melancarkan serta mengembangkan perniagaan mereka sendiri.
- Kandungan video di Youtube untuk mendidik penonton anda tentang cara menyediakan Kedai Shopify, melancarkan perniagaan e-dagang atau mencari produk untuk dijual dalam talian.
- Webinar untuk berkongsi demo secara langsung atau sesi S&J bagi membantu khalayak anda mengetahui tentang Shopify dan menggalakkan mereka mengikut langkah anda bagi melancarkan percubaan kedai percuma mereka menggunakan bimbingan langsung anda.
Sesuaikan kandungan agar padan dengan minat khalayak anda
Tentukan topik dan cara menjual yang paling mendapat sambutan dalam kalangan khalayak anda, serta tentukan format kandungan, seruan tindak dan topik yang paling berkemungkinan menghasilkan penukaran. Libatkan khalayak yang lebih disasarkan dan perkatakan tentang kes penggunaan ‘sebab Shopify’ dalam kandungan anda untuk membantu usahawan memahami cara ia menyokong keperluan perniagaan mereka.
Eksperimen dengan pelbagai variasi kandungan untuk mengoptimumkan penukaran
Cuba jalankan ujian pisah pada ciri Shopify yang berbeza untuk mengoptimumkan kadar pendaftaran rujukan anda. Bukan semua laman penambat melibatkan pengguna anda dengan cara yang sama. Panduan Pusat Pertumbuhan menonjolkan laman penambat yang mempunyai penukaran tertinggi mengikut jenis khalayak.
Strategi penglibatan trafik dan khalayak
Tingkatkan trafik rujukan
Untuk membuat lebih banyak rujukan, anda boleh:
- Promosikan Shopify di penempatan bertrafik tinggi pada pelbagai saluran, seperti blog anda, media sosial (YouTube, Facebook, dsb.), e-mel dsb.
- Bangunkan saluran dan sumber utama anda untuk terus membina khalayak yang terlibat agar anda boleh memasarkan dengan berkesan kepada mereka.
- Lakukan eksperimen dengan strategi pemasaran berbayar anda untuk memacu trafik kepada sumber kandungan berprestasi paling tinggi tempat anda mempromosikan Shopify.
Kekalkan penglibatan melalui pemasaran berterusan
Teruskan pemasaran kepada khalayak anda melalui e-mel selepas mereka menyertai kursus anda, menghadiri webinar anda atau memuat turun panduan anda bagi menyokong mereka walaupun selepas mereka mendaftar untuk percubaan percuma Shopify. Tawarkan kandungan dan panduan tambahan tentang cara melancarkan perniagaan mereka.
Pilih laman penambat untuk trafik rujukan anda
Berbilang laman penambat untuk trafik rujukan
Untuk menghalakan khalayak anda kepada berbilang laman penambat yang berbeza, log masuk ke akaun Impact anda dan pilih Kandungan daripada bar navigasi, kemudian klik Aset. Pilih Pautan Teks dari bar di bahagian atas dan tapis mengikut label untuk mencari laman penambat yang sesuai bagi khalayak anda.
Jika anda mahu mencipta pautan rujukan baharu, pergi ke Papan Pemuka anda dan navigasi ke Cipta Pautan pada bahagian kiri halaman. Masukkan URL laman penambat tertentu dan pilih Cipta. Jika anda tidak menetapkan URL laman penambat, pautan rujukan anda akan menghalakan trafik secara automatik ke laman penambat Percubaan Percuma lalai. Setelah dicipta, cuma salin dan tampal pada tapak anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang membina pautan dan mengubah halaman yang dibuka, rujuk Cara mencipta pautan afiliasi Shopify di Pusat Pertumbuhan.
Tempat menghantar trafik rujukan antarabangsa
Semua tapak antarabangsa Shopify layak menerima trafik rujukan. Setiap tapak antarabangsa menggunakan corak yang sama: https://www.shopify.com/ diikuti dengan kod penempatan untuk pasaran tersebut. Misalnya, jika khalayak anda berpangkalan di Brazil, arahkan mereka kepada https://www.shopify.com/br/avaliacao-gratuita dan bukannya halaman bahasa Inggeris https://www.shopify.com/free-trial.
Pautkan pada akar penempatan, seperti https://www.shopify.com/ca, https://www.shopify.com/fr atau https://www.shopify.com/uk. Jika anda ingin memautkan pada halaman tertentu dalam pasaran yang tidak berbahasa Inggeris, gunakan laluan terjemahan bagi pasaran tersebut. Misalnya, halaman percubaan percuma bahasa Perancis ialah https://www.shopify.com/fr/essai-gratuit, bukan https://www.shopify.com/fr/free-trial.
Kod penempatan ialah kod negara pasaran, berserta kod bahasa yang ditambahkan apabila pasaran mempunyai tapak dalam lebih daripada satu bahasa. Semak bahasa dan juga pasaran, kerana tapak lalai pasaran tidak selalunya dalam bahasa pasaran itu sendiri.
Anda boleh menggunakan mana-mana kod penempatan yang berikut:
ae: Emiriah Arab Bersatu (Bahasa Inggeris)ae-ar: Emiriah Arab Bersatu (Bahasa Arab)ar: Argentina (Bahasa Sepanyol)at: Austria (Bahasa Jerman)au: Australia (Bahasa Inggeris)be: Belgium (Bahasa Belanda)be-de: Belgium (Bahasa Jerman)be-fr: Belgium (Bahasa Perancis)bg: Bulgaria (Bahasa Bulgaria)br: Brazil (Bahasa Portugis)by: Belarus (Bahasa Rusia)ca: Kanada (Bahasa Inggeris)ca-fr: Kanada (Bahasa Perancis)ch: Switzerland (Bahasa Jerman)ch-fr: Switzerland (Bahasa Perancis)ch-it: Switzerland (Bahasa Itali)cl: Chile (Bahasa Sepanyol)co: Colombia (Bahasa Sepanyol)cz: Czechia (Bahasa Czech)de: Jerman (Bahasa Jerman)dk: Denmark (Bahasa Denmark)eg: Mesir (Bahasa Arab)es: Amerika Syarikat dan global (Bahasa Sepanyol)es-es: Sepanyol (Bahasa Sepanyol)fi: Finland (Bahasa Finland)fr: Perancis (Bahasa Perancis)gr: Greece (Bahasa Yunani)hk: SAR Hong Kong (Bahasa Cina Tradisional)hk-en: SAR Hong Kong (Bahasa Inggeris)hr: Croatia (Bahasa Croatia)hu: Hungary (Bahasa Hungary)id: Indonesia (Bahasa Inggeris)id-id: Indonesia (Bahasa Indonesia)ie: Ireland (Bahasa Inggeris)il: Israel (Bahasa Inggeris)il-he: Israel (Bahasa Ibrani)in: India (Bahasa Inggeris)in-hi: India (Bahasa Hindi)it: Itali (Bahasa Itali)jp: Jepun (Bahasa Jepun)kr: Korea Selatan (Bahasa Korea)lt: Lithuania (Bahasa Lithuania)mx: Mexico (Bahasa Sepanyol)my: Malaysia (Bahasa Inggeris)my-ms: Malaysia (Bahasa Melayu)ng: Nigeria (Bahasa Inggeris)nl: Belanda (Bahasa Belanda)no: Norway (Bahasa Norway)no-en: Norway (Bahasa Inggeris)nz: New Zealand (Bahasa Inggeris)pe: Peru (Bahasa Sepanyol)ph: Filipina (Bahasa Inggeris)pk: Pakistan (Bahasa Inggeris)pk-ur: Pakistan (Bahasa Urdu)pl: Poland (Bahasa Poland)pt: Portugal (Bahasa Portugis)ro: Romania (Bahasa Romania)sa: Arab Saudi (Bahasa Arab)se: Sweden (Bahasa Sweden)sg: Singapura (Bahasa Inggeris)si: Slovenia (Bahasa Slovenia)sk: Slovakia (Bahasa Slovak)th: Thailand (Bahasa Thai)tr: Türkiye (Bahasa Turki)tw: Taiwan (Bahasa Cina Tradisional)uk: United Kingdom (Bahasa Inggeris)vn: Vietnam (Bahasa Vietnam)za: Afrika Selatan (Bahasa Inggeris)zh: Amerika Syarikat dan global (Bahasa Cina Ringkas)
Untuk mencipta pautan rujukan yang menghala ke salah satu daripada halaman ini, rujuk Cara mencipta pautan afiliasi Shopify dalam Pusat Pertumbuhan.
Soalan Lazim
Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan lazim tentang Shopify Affiliate Program, lihat Soalan Lazim Shopify Affiliate Program dalam Pusat Pertumbuhan.