Nilai dan jenis kandungan medan meta
Setiap jenis medan meta menerima julat nilai yang disokong untuk pelbagai kes penggunaan berbeza. Rujuk jadual jenis kandungan medan meta yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:
- nilai disokong untuk setiap jenis medan meta
- contoh kes penggunaan untuk setiap jenis medan meta
- jika jenis kandungan boleh digunakan sebagai senarai medan meta
Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi pembangun bagi medan meta.
Jenis kandungan medan meta dikumpulkan mengikut kategori berdasarkan nilai jenis medan meta. Sebagai contoh, Dimensi, Isi Padu dan Berat kesemuanya merupakan jenis data ukuran dan dikumpulkan secara bersama dalam kategori Ukuran. Jenis kandungan medan meta dikumpulkan kepada kategori yang berikut:
- Tarikh dan masa
- Ukuran
- Nombor
- Teks
- Rujukan
- Lain-lain
- Lanjutan
Jenis medan meta anda yang paling kerap digunakan dikumpulkan dalam bahagian Paling kerap digunakan untuk akses yang lebih mudah.
Tarikh dan masa
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Tarikh dan masa | Satu nilai tarikh dan masa. Jenis medan meta ini menyokong nilai tarikh dalam format ISO 8601 dan nilai masa dalam masa UTC. | Ya | Tambahkan tarikh acara pelancaran atau tarikh keluaran produk dengan masa. |
| Tarikh | Satu nilai tarikh dan masa. Jenis medan meta ini menyokong nilai tarikh dalam format ISO 8601 dan nilai masa dalam masa UTC. | Ya | Tambahkan tarikh acara pelancaran atau tarikh keluaran produk. |
Ukuran
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Dimensi | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Dimensi menggunakan sama ada unit ukuran metrik atau imperial. | Ya | Tambahkan ketinggian kotak atau panjang produk, seperti panjang skaf. |
| Isi padu | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Isi padu menggunakan sama ada unit ukuran metrik atau imperial. | Ya | Tambahkan kapasiti isi padu botol air. |
| Berat | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Berat menggunakan sama ada unit ukuran metrik atau imperial. | Ya | Tambahkan berat produk atau ramuan, contohnya, gram gula. |
| Gandaan antena | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Gandaan antena menggunakan unit desibel isotropik atau desibel dwikutub. | Ya | Tambahkan penarafan gandaan antena untuk peranti wayarles atau peralatan rangkaian. |
| Luas | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Luas menggunakan unit ukuran metrik atau imperial. | Ya | Tambahkan luas permukaan produk, seperti luas liputan permaidani atau jubin. |
| Kapasiti cas bateri | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kapasiti cas bateri diukur dalam miliampere-jam. | Ya | Tambahkan kapasiti bateri sesebuah peranti, seperti bateri telefon atau komputer riba. |
| Kapasiti tenaga bateri | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kapasiti tenaga bateri diukur dalam watt-jam. | Ya | Tambahkan kapasiti tenaga pek bateri atau bank kuasa. |
| Kapasitans | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kapasitans menggunakan pikofarad, nanofarad, mikrofarad atau farad. | Ya | Tambahkan kapasitans komponen elektronik. |
| Kepekatan | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kepekatan menggunakan miligram per gram atau miligram per mililiter. | Ya | Tambahkan kepekatan sesuatu bahan, seperti kandungan CBD per mililiter. |
| Kapasiti simpanan data | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kapasiti simpanan data menggunakan bait, kilobait, megabait, gigabait atau terabait. | Ya | Tambahkan kapasiti simpanan pemacu USB atau pemacu keras. |
| Kadar pemindahan data | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kadar pemindahan data menggunakan bit per saat, kilobit, megabit atau gigabit per saat. | Ya | Tambahkan kelajuan pemindahan peralatan rangkaian atau kabel USB. |
| Ketumpatan paparan | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Ketumpatan paparan menggunakan piksel per inci atau titik per inci. | Ya | Tambahkan ketumpatan resolusi skrin bagi sesuatu paparan atau monitor. |
| Jarak | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Jarak menggunakan kilometer atau batu. | Ya | Tambahkan julat kenderaan atau penarafan jarak peralatan. |
| Tempoh | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Tempoh menggunakan unit daripada nanosaat hingga tahun. | Ya | Tambahkan tempoh hayat bateri atau tempoh waranti produk. |
| Arus elektrik | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Arus elektrik menggunakan miliampere, ampere atau kiloampere. | Ya | Tambahkan penarafan arus pengecas atau bekalan kuasa. |
| Rintangan elektrik | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Rintangan elektrik menggunakan ohm atau kiloohm. | Ya | Tambahkan nilai rintangan komponen elektronik. |
| Tenaga | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Tenaga menggunakan joule, kalori, kilojoule atau kilokalori. | Ya | Tambahkan kandungan kalori produk makanan atau output tenaga peranti. |
| Frekuensi | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Frekuensi menggunakan hertz, kilohertz, megahertz atau gigahertz. | Ya | Tambahkan kelajuan pemproses atau frekuensi wayarles peranti elektronik. |
| Iluminans | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Iluminans menggunakan lux atau lilin kaki. | Ya | Tambahkan output cahaya lampu yang diukur pada sesuatu permukaan. |
| Induktans | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Induktans menggunakan mikrohenry, milihenry atau henry. | Ya | Tambahkan penarafan induktans bagi gegelung elektronik atau pengubah. |
| Fluks berluminositi | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Fluks berluminositi diukur dalam lumen. | Ya | Tambahkan output kecerahan mentol lampu atau lampu suluh. |
| Kadar aliran jisim | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kadar aliran jisim menggunakan pelbagai unit yang menggabungkan jisim dan masa, seperti kilogram per jam. | Ya | Tambahkan kadar aliran peralatan industri atau mesin pendispensan. |
| Kuasa | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kuasa menggunakan miliwatt, watt, kuasa kuda atau kilowatt. | Ya | Tambahkan output kuasa motor, perkakas atau alat kuasa. |
| Tekanan | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Tekanan menggunakan paun per inci persegi atau bar. | Ya | Tambahkan penarafan tekanan bagi tayar, pam atau pembersih tekanan tinggi. |
| Resolusi | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Resolusi menggunakan piksel atau megapiksel. | Ya | Tambahkan resolusi kamera bagi telefon atau kamera digital. |
| Kelajuan putaran | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kelajuan putaran diukur dalam putaran per minit. | Ya | Tambahkan penarafan RPM bagi motor, gerudi atau kipas. |
| Tahap bunyi | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Tahap bunyi diukur dalam desibel. | Ya | Tambahkan tahap hingar bagi sesuatu perkakas atau output pembesar suara. |
| Kelajuan | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kelajuan menggunakan kilometer per jam, kaki per saat, batu per jam atau meter per saat. | Ya | Tambahkan kelajuan maksimum kenderaan atau penarafan kelajuan angin bagi peralatan. |
| Suhu | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Suhu menggunakan Celsius, Fahrenheit atau Kelvin. | Ya | Tambahkan julat suhu operasi bagi sesebuah peranti atau suhu hidangan makanan. |
| Kuasa terma | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kuasa terma menggunakan BTU per jam, kilowatt atau tan penyejukan. | Ya | Tambahkan kapasiti pemanasan atau penyejukan bagi peralatan HVAC. |
| Voltan | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Voltan diukur dalam unit volt. | Ya | Tambahkan kadar voltan peranti elektronik atau penyesuai kuasa. |
| Kadar aliran isi padu | Jenis medan meta ini menyokong kedua-dua nilai nombor bulat dan perpuluhan. Kadar aliran isi padu menggunakan pelbagai unit yang menggabungkan isi padu dan masa, seperti liter per minit. | Ya | Tambahkan kadar aliran pam, kepala pancuran mandi atau sistem pengairan. |
Nombor
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Perpuluhan | Nilai perpuluhan boleh berada dalam julat +/-9999999999999.999999999, dengan hingga 13 digit sebelum titik perpuluhan dan hingga 9 digit selepasnya. | Ya | Tambahkan berat karat untuk barang kemas. |
| Integer | Nilai integer boleh berada dalam julat -4,611,686,018,427,387,904 hingga 4,611,686,018,427,387,903. | Ya | Tambahkan bilangan halaman untuk buku. |
Teks
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Teks berbilang baris |
Jenis medan meta ini menyokong teks biasa dengan pemisah baris. Anda boleh memilih panjang minimum dan maksimum serta peraturan ungkapan biasa. | Tidak | Tambahkan nota pengiriman atau dasar pemulangan. |
| Teks beraneka | Jenis medan meta ini menyokong teks dengan pemisah baris dan penggayaan sebaris, termasuk gaya tajuk, tebal, condong dan garis bawah. Hanya boleh disambungkan kepada tetapan tema yang berfungsi dengan teks beraneka. Tema mengendalikan penggayaan dalam pelbagai cara, yang mungkin mengatasi gaya yang anda gunakan di sini. Semak dokumentasi tema anda untuk lebih memahami cara medan meta teks beraneka akan digayakan dalam tema anda. | Tidak | Tambahkan cerita bentuk panjang tentang jenama atau produk anda, termasuk penggayaan. |
| Teks baris tunggal |
Jenis medan meta ini menyokong teks biasa tanpa pemisah baris. Anda boleh mengehadkan medan baris tunggal kepada pilihan prapetetap yang anda tentukan apabila anda mencipta definisi medan meta anda. | Ya | Tambahkan nota ringkas dan pengumuman. |
Rujukan
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Syarikat | Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu atau lebih syarikat dalam senarai medan meta. | Ya | Tambahkan medan meta syarikat dalam bahagian Syarikat pentadbir Shopify anda untuk menyambungkan syarikat yang berkaitan. |
| Pelanggan | Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu atau lebih pelanggan dalam senarai medan meta. | Ya | Tambahkan medan meta pelanggan dalam bahagian Pelanggan pentadbir Shopify anda untuk menyambungkan pelanggan yang berkaitan. |
| Artikel | Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu atau lebih siaran blog dalam senarai medan meta. | Ya | Pautkan siaran blog yang berkaitan dengan produk atau koleksi untuk meningkatkan penceritaan, seperti menampilkan panduan gaya atau artikel panduan pada halaman produk. |
| Produk | Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu atau lebih produk dalam senarai medan meta. | Ya | Simpan dan paparkan produk yang ditampilkan pada halaman produk atau halaman koleksi di kedai dalam talian anda. |
| Koleksi | Membolehkan anda memaut kepada koleksi sedia ada. Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu atau lebih koleksi dalam senarai medan meta. | Ya | Sertakan koleksi “Lengkapkan gaya” untuk produk fesyen di kedai dalam talian anda. |
| Varian produk | Jenis medan meta ini menyokong pautan kepada satu varian produk. | Ya | Simpan dan paparkan item pakaian lain dalam warna yang sama pada halaman produk di kedai dalam talian anda. |
| Fail |
Jenis medan meta ini menyokong muat naik satu fail dalam salah satu jenis fail berikut:
Rujuk kepada Keperluan format fail untuk jenis fail yang disokong. | Ya | Tambahkan fail PDF untuk arahan pemasangan. |
| Metaobjek | Menyokong pemautan kepada entri metaobjek tunggal atau berbilang. Jenis (senarai) rujukan metaobjek digunakan dalam atribut produk dan boleh disambungkan kepada pilihan varian | Ya | Tambahkan dan paparkan profil pempengaruh tersuai pada halaman produk pilihan atau sambungkan kepada pilihan produk |
| Halaman | Membolehkan anda memautkan kepada halaman sedia ada. Jenis medan meta ini menyokong pemautan kepada halaman tunggal atau berbilang halaman dalam senarai medan meta. | Ya | Sisipkan halaman dasar anda atau panduan penjagaan terperinci pada produk di kedai dalam talian anda. |
Lain-lain
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| Benar atau palsu | Mencipta kotak semak untuk memilih sama ada syarat adalah benar atau palsu. | Tidak | Tambahkan sama ada pilihan tersedia, contohnya sama ada item boleh diukir. |
| Warna | Jenis medan meta ini menyokong nilai RGB dalam format #RRGGBB. | Ya | Simpan warna produk dan kemudian tetapkan latar belakang halaman produk kepada warna yang sama. |
| Penarafan | Jenis medan meta ini menyokong nilai perpuluhan mengikut skala yang diberikan, bergantung pada cara anda mengkonfigurasi takrifan anda. | Ya | Tambahkan skor khalayak atau rating bintang untuk produk. |
| ID | Jenis medan meta ini menyokong nilai teks satu baris yang unik. | Tidak | Simpan pengenal pasti sumber dalam sistem lain. |
| URL | Jenis medan meta ini menyokong URL HTTP, HTTPS, mailto:, sms: dan tel:. Anda boleh mengehadkan URL kepada domain khusus apabila anda mencipta takrifan medan meta anda.
| Ya | Tambahkan pautan kepada ulasan buku atau video produk yang dihoskan pada laman web khusus. |
| Wang | Jenis medan meta ini menyokong nilai nombor bulat dan juga perpuluhan. Kod mata wang mestilah sepadan dengan mata wang kedai. | Tidak | Jejak butiran kos produk, seperti kos pengedar atau kos kirim ke gudang. |
| Pautan | Jenis medan meta ini menyokong teks biasa satu baris tanpa pemisah baris, serta URL HTTP, HTTPS, mailto:, sms: dan tel:. Anda boleh mengehadkan URL kepada domain khusus apabila anda mencipta takrifan medan meta anda. | Ya | Tambahkan pautan kepada ulasan buku atau video produk yang dihoskan pada laman web khusus. |
Lanjutan
| Jenis kandungan | Perihalan | Gunakan dalam senarai | Contoh |
|---|---|---|---|
| JSON | Jenis medan meta ini menyokong data JSON mentah untuk keadaan penggunaan lanjutan apabila anda memerlukan sumber data berstruktur. | Tidak | Tambahkan jadual spesifikasi yang mempunyai lajur berbeza untuk setiap produk, contohnya, jadual ramuan. |
| Rujukan campuran | Jenis medan meta ini menyokong sebarang jenis rujukan. Sokongan pembangun diperlukan untuk menggunakan jenis ini pada laman kedai anda. Ketahui lebih lanjut tentang data tersuai untuk pembangun. | Ya | Cipta laman penambat dinamik pada Laman Kedai Hydrogen anda. |