Mencari profil pelanggan
Anda boleh mencari pelanggan dalam pentadbir Shopify anda menggunakan nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel atau nombor telefon mereka. Anda juga boleh menyesuaikan senarai Pelanggan anda dengan mengisih, menyembunyikan dan menyusun semula lajur untuk memaparkan maklumat mengikut susunan yang paling penting bagi anda.
Cari profil pelanggan
Jika anda mahu mencari pelanggan tertentu untuk melihat atau mengedit profil mereka, anda boleh menggunakan medan Cari pelanggan untuk mencari senarai pelanggan berdasarkan nama pelanggan, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pelanggan.
Dalam medan Cari pelanggan, masukkan salah satu butiran pelanggan yang berikut:
- nama
- alamat surat-menyurat
- alamat e-mel
- nombor telefon
Daripada senarai hasil carian, klik pelanggan yang profilnya ingin anda lihat.
Isih, sembunyikan dan susun semula lajur pelanggan
Anda boleh mengubah susunan isihan senarai Pelanggan serta memilih lajur yang dipaparkan dan susunannya.
Isih senarai Pelanggan
Senarai Pelanggan diisih sebaik sahaja anda memilih pilihan isihan atau arah isihan dalam menu Isih mengikut, tanpa mengklik Simpan. Jika anda mengubah susunan isihan senarai Pelanggan dalam pentadbir Shopify pada desktop, susunan isihan tersebut tidak disimpan dan senarai akan kembali kepada susunan isihan lalai apabila anda membukanya pada kali seterusnya. Anda boleh menyimpan susunan isihan lain menggunakan aplikasi mudah alih Shopify. Ketahui lebih lanjut tentang mengisih item senarai dalam paparan anda.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pelanggan.
Klik ikon
.
Klik menu
Isih mengikut, kemudian pilih pilihan isihan dan arah isihan.
Paparkan, sembunyikan dan susunkan semula lajur pelanggan
Untuk mengoptimumkan senarai Pelanggan anda, anda boleh memaparkan, menyembunyikan dan menyusun semula lajur. Anda boleh menyembunyikan dan menyusun semula mana-mana lajur kecuali lajur Nama pelanggan dan Nota. Kedua-dua lajur ini sentiasa dipaparkan dahulu dalam jadual.
Selepas memaparkan, menyembunyikan atau menyusunkan semula lajur, anda boleh mengklik Simpan untuk mengekalkan susun atur lajur baharu. Susun atur lajur yang disimpan dikongsi dengan semua kakitangan yang membuka senarai Pelanggan dan mereka semua boleh mengubah susun atur tersebut.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pelanggan.
Klik ikon
.
Dalam bahagian Lajur, lakukan mana-mana tindakan berikut:
- Klik
untuk menyusun semula lajur ke atas atau ke bawah. Tindakan mengalihkan lajur ke atas akan meletakkannya lebih jauh ke kiri dalam jadual dan tindakan mengalihkan lajur ke bawah akan meletakkannya lebih jauh ke kanan.
- Klik
atau
untuk menyembunyikan atau menyahsembunyikan lajur dalam jadual.
- Klik
Klik Simpan.