Mengurus dan mengedit pasaran

Selepas anda mencipta pasaran, anda boleh menyesuaikan, mengaktifkan, menyahaktifkan dan memadamkan pasaran daripada halaman Pasaran dalam pentadbir Shopify anda.

Menggunakan ciri Lihat sebagai

Paparan graf menyertakan ciri Lihat sebagai, yang memaparkan pengalaman yang akan diterima oleh pelanggan khusus berdasarkan penyesuaian pasaran anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik Paparan graf.

  3. Klik Lihat sebagai.

  4. Pilih pasaran yang ingin anda semak.

Ciri Lihat sebagai juga tersedia pada halaman Produk, supaya anda boleh menyemak produk dan harga yang tersedia untuk pelanggan yang berbeza.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.

  2. Klik Lihat sebagai.

  3. Pilih pengalaman pelanggan yang ingin anda semak.

Apabila anda melihat pratonton produk untuk pelanggan khusus, harga dipaparkan dalam mata wang pasaran tersebut, lajur Katalog memaparkan katalog yang menyertakan produk tersebut dan produk yang tidak tersedia ditandakan sebagai tidak diterbitkan. Anda boleh mengklik harga produk untuk melihat cara harga tersebut dikira, termasuk diskaun katalog, penukaran mata wang dan yuran penukaran.

Sesuaikan tetapan pasaran

Apabila anda mencipta pasaran, anda boleh membiarkan tetapan diwarisi daripada pasaran induk atau daripada lalai kedai, ataupun menyesuaikannya. Tetapan yang berikut boleh disesuaikan untuk setiap pasaran:

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran yang ingin anda sesuaikan.

  3. Klik Ikon Bulatan Tambah.

  4. Buat perubahan anda, kemudian klik Selesai.

  5. Klik Simpan.

Tambahkan atau alih keluar negara daripada pasaran

Anda boleh melaraskan negara atau rantau yang tergolong dalam pasaran apabila strategi jualan anda berubah.

Tambahkan negara atau rantau

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran yang ingin anda kemaskinikan.

  3. Dalam bahagian Termasuk, klik Ikon edit.

  4. Cari negara atau rantau, kemudian pilihnya.

  5. Klik Simpan.

Jika anda menambahkan negara yang sudah ada dalam pasaran lain, maka negara tersebut akan beralih ke pasaran baharu dan dialih keluar daripada pasaran sebelumnya. Jika pasaran sebelumnya tidak mempunyai negara yang tinggal, maka pasaran tersebut dipadamkan secara automatik berserta dengan tetapan yang berhubung kait dengannya.

Alih keluar negara atau rantau

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran yang ingin anda kemaskinikan.

  3. Dalam bahagian Termasuk, klik Ikon edit.

  4. Cari negara atau rantau, kemudian nyahpilihnya.

  5. Klik Simpan.

Negara yang dialih keluar dialihkan ke Negara/rantau tempat anda tidak menjual.

Nyahaktifkan pasaran

Jika anda tidak lagi mahu menjual kepada pelanggan dalam pasaran tertentu, maka anda boleh menyahaktifkan pasaran tersebut. Tindakan menyahaktifkan pasaran menyimpan semua tetapan anda supaya anda boleh mengaktifkannya semula nanti. Sebelum anda menyahaktifkan pasaran, semak pertimbangan yang berikut:

  • Tindakan menyahaktifkan pasaran tidak menjejaskan pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan dalam pasaran tersebut.
  • Pelanggan di pasaran tidak aktif tidak boleh menyelesaikan pembelian dan menerima pengalaman rantau sandaran apabila mereka melawati kedai anda.
  • Jika pasaran mempunyai domain peringkat tinggi atau subdomain, maka URL tersebut akan diarahkan semula ke domain pasaran utama anda secara automatik.
  • Jika pasaran menggunakan subfolder, maka URL subfolder tersebut akan berhenti berfungsi. Sediakan ubah hala untuk memastikan pelanggan masih boleh melawati kedai anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran yang ingin anda nyahaktifkan.

  3. Tukar status daripada Aktif kepada Draf.

  4. Klik Simpan.

Padamkan pasaran

Jika pasaran yang dipadamkan ialah pasaran induk, maka subpasarannya tidak lagi mewarisi tetapan daripada pasaran tersebut.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran yang ingin anda padamkan.

  3. Klik Lagi tindakan dan kemudian, klik Padam Pasaran.

  4. Semak mesej pemadaman dan kemudian, klik Padam.

Tukarkan pasaran utama anda

Pasaran utama anda ialah negara atau rantau utama tempat anda menjalankan jualan. Pasaran ini biasanya merupakan pasaran domestik anda dan mewakili pengalaman pelanggan lalai untuk kedai anda. Semak ciri-ciri pasaran utama yang berikut:

  • Pasaran utama anda hanya boleh mengandungi satu negara atau rantau.
  • Pasaran utama anda tidak boleh dipadamkan.
  • Semua perubahan pada tetapan lalai kedai anda digunakan pada pasaran utama anda secara automatik.
  • Pasaran utama anda ditentukan oleh mata wang kedai anda dalam Tetapan > Umum. Sebagai contoh, jika alamat kedai anda berada di Amerika Syarikat tetapi mata wang anda ditetapkan kepada dolar Kanada, maka pasaran utama anda ditetapkan kepada Kanada.

Anda boleh menukar negara atau rantau yang dianggap sebagai pasaran utama anda.

Langkah-langkah:

  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Pasaran.

  2. Klik pasaran aktif yang ingin anda jadikan sebagai pasaran utama anda.

  3. Klik Lagi tindakan.

  4. Klik Jadikan pasaran utama.

  5. Klik Simpan.