Menggunakan editor aliran kerja dalam Shopify Flow
Editor aliran kerja ialah alat yang membolehkan anda menyesuaikan dan mengedit fungsi aliran kerja anda dalam Shopify Flow. Editor aliran kerja ialah kanvas seret dan lepas yang membolehkan anda menambah, mengatur dan mereka bentuk aliran kerja anda dengan menambahkan langkah berlainan jenis dalam format menegak, atas ke bawah.
Langkah pertama yang boleh anda tambahkan pada aliran kerja menggunakan editor aliran kerja sentiasa langkah pencetus. Selepas anda menambah pencetus aliran kerja, anda boleh menggunakan ikon + untuk menambah langkah syarat atau tindakan yang berlaku seterusnya dalam urutan aliran kerja. Anak panah menyambungkan langkah yang berbeza pada kanvas editor aliran kerja dan menunjukkan langkah yang menghala terus ke langkah lain berdasarkan syarat atau tindakan yang diambil.
Semua langkah mesti bersambung dengan sekurang-kurangnya 1 langkah lain dalam aliran kerja untuk berfungsi. Anda boleh menambah langkah di luar aliran kerja di mana-mana sahaja pada kanvas editor aliran kerja, tetapi langkah tersebut tidak akan terlibat dengan aliran kerja melainkan ia disambungkan pada langkah lain dengan anak panah. Setiap langkah hanya boleh mempunyai 1 langkah sebelumnya, jadi menumpu berbilang cawangan aliran kerja kembali ke laluan langkah tunggal tidak disokong.
Anda boleh mengkonfigurasi butiran langkah syarat dan tindakan dengan menggunakan panel konfigurasi di sebelah kiri editor aliran kerja. Panel konfigurasi hanya dipaparkan apabila satu langkah dipilih.
Pada halaman ini
- Buka aliran kerja dalam editor aliran kerja
- Menambah langkah pada aliran kerja
- Menyambungkan langkah dalam aliran kerja
- Menyusun langkah pada kanvas aliran kerja
- Memadamkan langkah dari aliran kerja
- Menggunakan bar alat paparan editor aliran kerja
- Menggunakan panel konfigurasi langkah dalam editor aliran kerja
Buka aliran kerja dalam editor aliran kerja
Dalam Shopify Flow, anda boleh mengakses editor aliran kerja dengan mencipta aliran kerja baharu atau anda boleh mengklik mana-mana aliran kerja sedia ada dan kemudian klik Edit.
Langkah-langkah:
Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Aplikasi > Flow.
Dalam bahagian Aliran kerja, lakukan sebarang tindakan yang berikut:
- Untuk membuka editor aliran kerja bagi aliran kerja kosong baharu, klik Cipta aliran kerja.
- Untuk membuka editor aliran kerja bagi aliran kerja sedia ada, klik aliran kerja dan kemudian klik Edit.
Menambah langkah pada aliran kerja
Dalam editor aliran kerja, anda boleh menambah langkah pada kanvas aliran kerja menggunakan mana-mana cara yang berikut:
- Tuding pada mana-mana langkah sedia ada dan klik ikon
+untuk memilih langkah syarat atau tindakan untuk ditambahkan sebagai sambungan seterusnya dalam aliran kerja.- Langkah syarat mempunyai 2 ikon
+: satu untuk laluan Benar apabila syarat dipenuhi dan satu untuk laluan Palsu apabila syarat tidak dipenuhi. - Langkah tindakan Untuk setiap gelung (lelaran) juga mempunyai 2 ikon
+: satu untuk Ulang bagi setiap item yang membolehkan anda menentukan langkah yang berlaku untuk setiap item dalam senarai dan satu untuk Selepas item terakhir yang membolehkan anda menentukan langkah yang berlaku selepas item terakhir dalam senarai dikembalikan.
- Langkah syarat mempunyai 2 ikon
- Klik ruang kosong di mana-mana sahaja pada kanvas aliran kerja. Jika tiada pencetus sedia ada pada kanvas, panel konfigurasi akan memaparkan pilihan langkah pencetus. Jika terdapat pencetus sedia ada pada kanvas, panel konfigurasi akan memaparkan pilihan langkah tindakan.
Menyambungkan langkah dalam aliran kerja
Semua langkah mesti bersambung dengan sekurang-kurangnya 1 langkah lain dalam aliran kerja untuk berfungsi. Editor aliran kerja menunjukkan langkah yang bersambung dengan satu sama lain menggunakan anak panah berarah. Secara lalai, aliran kerja mengalir secara menegak dari atas ke bawah pada kanvas.
Apabila anda menambahkan langkah pada aliran kerja daripada langkah lain menggunakan ikon +, langkah baharu bersambung secara automatik pada langkah sebelumnya. Anda juga boleh membuat hubungan secara manual antara langkah dengan mengklik dan menahan + pada langkah pertama dan menyeret hujung anak panah pada langkah kedua. Setiap langkah hanya boleh mempunyai 1 hubungan langkah sebelumnya, oleh itu, menggabungkan berbilang cawangan aliran kerja kembali menjadi laluan langkah tunggal tidak disokong.
Anda boleh mengalih keluar hubungan antara langkah dengan menuding pada anak panah yang ingin dialih keluar, kemudian mengklik ikon .

Menyusun langkah pada kanvas aliran kerja
Anda boleh menggunakan kanvas seret dan lepas editor aliran kerja untuk menyusun cara aliran kerja anda dipaparkan secara manual. Hal ini memudahkan anda untuk menjejaki aliran kerja semasa anda membinanya. Langkah bersambung antara satu sama lain dalam format atas ke bawah secara lalai, tetapi anda boleh menyeret dan melepaskan langkah di mana-mana sahaja pada kanvas tanpa memutuskan hubungan anak panah antara langkah.
Anda boleh mengalihkan berbilang langkah pada satu masa dengan menahan Shift pada papan kekunci dan kemudian mengklik langkah yang ingin dipilih sebagai satu kumpulan. Klik dan seret sebarang langkah dalam kotak kumpulan kelabu untuk mengalihkan langkah yang disertakan secara pukal.
Anda boleh menetapkan semula susun atur aliran kerja anda secara automatik dengan jarak lalai antara langkah untuk menjadikan aliran kerja anda lebih mudah disemak. Klik ikon , dan kemudian klik Susun aliran kerja untuk mengesahkan penetapan semula tersebut.
Memadamkan langkah daripada aliran kerja
Dalam editor aliran kerja, anda boleh memadamkan langkah daripada aliran kerja dengan menuding pada langkah yang ingin dipadamkan, kemudian mengklik ikon di sebelah langkah tersebut. Memadamkan langkah tidak boleh dibuat asal.
Anda boleh memadamkan berbilang langkah pada satu masa dengan menahan Shift pada papan kekunci dan kemudian mengklik langkah yang ingin dipilih sebagai satu kumpulan. Klik ikon di atas kotak kumpulan kelabu untuk memadamkan langkah secara pukal.
Jika anda memadamkan langkah yang mempunyai langkah lain yang bersambung padanya, langkah tersebut akan kekal pada kanvas aliran kerja, tetapi terputus daripada sebarang langkah sebelumnya. Anda perlu menyambungkan semula langkah yang terputus secara manual untuk terus menggunakan langkah tersebut dalam aliran kerja.
Menggunakan bar alat paparan editor aliran kerja

Pada bahagian bawah editor aliran kerja, anda boleh mengklik mana-mana ikon yang berikut dalam bar alat paparan:
- Gunakan
atau
untuk mengezum keluar atau mengezum masuk pada aliran kerja.
- Gunakan
untuk memusatkan aliran kerja anda di tengah-tengah kanvas yang kelihatan, pada tahap zum yang memaparkan keseluruhan aliran kerja.
- Gunakan
untuk melancarkan dokumentasi Pusat Bantuan Shopify Flow dalam tab pelayar baharu.
- Gunakan
untuk menyusun susun atur aliran kerja anda.
Menggunakan panel konfigurasi langkah dalam editor aliran kerja
Apabila anda memilih langkah, panel konfigurasi akan dipaparkan pada bahagian kiri editor aliran kerja. Panel konfigurasi mengandungi butiran langkah dan di sinilah anda boleh menyesuaikan kefungsian langkah tertentu, seperti menetapkan pemboleh ubah, menguntukkan operator logik atau menambah maklumat tindakan tersuai bergantung pada tindakan yang anda inginkan daripada langkah tersebut.
Pilihan yang dipaparkan dalam panel konfigurasi adalah berkaitan secara langsung dengan jenis langkah yang anda pilih.

Menambah atau mengedit perihalan langkah
Anda boleh mengedit perihalan sebarang langkah syarat atau tindakan daripada panel konfigurasi. Klik Tambah perihalan atau Edit perihalan dan masukkan perihalan langkah tersebut dalam perkataan anda sendiri. Hal ini boleh membantu anda dan kakitangan anda mentafsir perkara yang dilakukan oleh aliran kerja berdasarkan perihalan anda sendiri. Anda boleh memadamkan semua teks dalam medan perihalan untuk menetapkan semula perihalan langkah tersebut.
Menyemak langkah untuk mencari kandungan konfigurasi yang hilang
Jika sesuatu langkah kekurangan data atau butiran konfigurasi yang menjejaskan keupayaannya untuk berfungsi, sepanduk Semak akan dipaparkan pada bahagian atas langkah tersebut. Klik langkah untuk membuka panel konfigurasi dan tambah data yang hilang untuk mengalih keluar sepanduk Semak. Melainkan jika medan ditunjukkan sebagai pilihan, medan tersebut mesti diisi agar langkah dianggap telah dikonfigurasikan sepenuhnya.
Langkah juga memaparkan sepanduk Semak apabila langkah tersebut tidak disambungkan pada sebarang langkah lain. Anda perlu menyambungkan langkah tersebut pada langkah lain dalam aliran kerja sebelum anda boleh terus mengkonfigurasi butiran langkah.

Jika sepanduk Semak tidak diselesaikan sebelum cuba mengaktifkan aliran kerja, langkah tersebut akan dipaparkan sebagai ralat dan aliran kerja tidak akan diaktifkan. Anda mesti menyelesaikan semua ralat konfigurasi dalam aliran kerja sebelum aliran kerja boleh diaktifkan.
Menggunakan dialog 'Tambah pemboleh ubah'
Dalam panel konfigurasi langkah, sesetengah medan mempunyai pilihan Tambah pemboleh ubah untuk menambahkan pemboleh ubah pada kandungan konfigurasi. Set data yang dipaparkan dalam dialog Tambah pemboleh ubah bergantung pada data yang dikembalikan oleh mana-mana langkah terdahulu dalam aliran kerja. Contohnya, secara lalai, dialog Tambah pemboleh ubah memaparkan pilihan yang berikut:
- Bar carian untuk mencari pemboleh ubah mengikut nama atau huraian.
- Set data pemboleh ubah lalai yang dikembalikan oleh pencetus aliran kerja, yang lazimnya merangkumi pilihan yang berikut:
- Pemboleh ubah
shopyang bersifat global untuk kedai anda. - Sekurang-kurangnya 1 jenis lain, berdasarkan pencetus aliran kerja.
- Pemboleh ubah

Walau bagaimanapun, jika anda menambah langkah pada aliran kerja yang mengembalikan data tambahan, seperti tindakan Dapatkan data atau Jalankan kod, maka set data pemboleh ubah tambahan akan dipaparkan dalam dialog untuk anda pilih bagi sebarang langkah yang menyusul kemudian dalam cawangan aliran kerja. Hal ini kerana data tambahan tersebut kini tersedia pada titik tersebut dalam aliran kerja. Data dikembalikan yang paling terkini dipaparkan dahulu.

Anda boleh menavigasi ke pemboleh ubah khusus dengan mengklik melalui pilihan pemboleh ubah yang berbeza. Sesetengah pemboleh ubah mempunyai pilihan bersarang dan mempunyai > untuk menunjukkan bahawa terdapat subpilihan dalam laluan API pemboleh ubah tersebut. Apabila anda telah mencapai penghujung laluan API pemboleh ubah, pemboleh ubah tersebut tidak mempunyai pilihan > dan akan memaparkan lencana jenis kandungan pemboleh ubah seperti String, Boolean, DateTime atau Int, untuk menunjukkan jenis maklumat yang dikembalikan oleh pemboleh ubah tersebut.