Mencipta koleksi dan menambahkan produk

Anda boleh mencipta koleksi baharu, menambahkan produk pada koleksi, mengedit koleksi sedia ada dan melihat senarai koleksi anda dalam pentadbir Shopify anda atau menggunakan aplikasi mudah alih Shopify.

Apabila anda menambahkan produk pada koleksi atau mengedit produk dalam koleksi sedia ada, anda boleh menetapkan sumber yang berbeza menggunakan sama ada senarai produk utama anda, varian produk, koleksi sedia ada yang lain atau sumber aplikasi. Jika produk yang sama ditambahkan pada koleksi oleh sumber yang berbeza, maka produk itu dipaparkan sekali sahaja dalam koleksi tersebut.

Untuk menambahkan produk atau varian pada koleksi, anda boleh menggunakan syarat untuk menyertakan hanya produk atau varian tertentu secara automatik, atau anda boleh menambahkan produk atau varian khusus pilihan anda secara manual.

Untuk menambahkan produk atau varian pada koleksi secara automatik, anda menetapkan syarat yang mesti dipenuhi oleh produk atau varian tersebut untuk disertakan dalam koleksi. Apabila anda menambahkan berbilang syarat pemilihan produk atau varian dalam koleksi, anda boleh menentukan sama ada produk atau varian perlu memenuhi semua syarat tersebut, atau hanya mana-mana syarat tunggal sahaja, untuk disertakan dalam koleksi.

Apabila anda menambahkan produk atau varian pada koleksi secara manual, produk atau varian tersebut akan sentiasa terkandung dalam koleksi melainkan anda mengalih keluar item tersebut secara manual.

Jika anda mencipta koleksi dengan hanya varian khusus, maka penapis laman kedai untuk koleksi tersebut hanya memaparkan julat harga, sampel dan pilihan yang berkaitan bagi varian tersebut.

Anda juga boleh mengecualikan produk daripada sesebuah koleksi secara automatik atau secara manual.

Pertimbangan untuk mencipta koleksi

Sebelum anda mencipta koleksi dan menambahkan produk, semak pertimbangan berikut:

  • Kedai anda boleh memiliki maksimum 5,000 koleksi yang mengandungi sebarang syarat.
  • Kedai anda boleh memiliki maksimum 50 koleksi yang mengandungi koleksi lain.
  • Kedai anda boleh memiliki maksimum 5 koleksi yang mengecualikan koleksi lain.
  • Koleksi boleh mempunyai maksimum 10 sumber. Setiap sumber Produk atau Varian mempunyai had 60 nilai syarat.
  • Sumber Produk merangkumi produk berserta semua variannya, jadi gunakan sumber Varian apabila anda mahu koleksi hanya merangkumi varian tertentu dan bukan keseluruhan produk. Kedai anda boleh mempunyai maksimum 100 koleksi yang mengandungi sebarang varian yang ditambahkan secara manual atau automatik.

Cipta koleksi

Anda boleh mencipta koleksi dan kemudian memautkannya pada menu navigasi pada kedai dalam talian anda.

Secara lalai, koleksi baharu mengandungi sumber Produk yang kosong. Anda boleh menambahkan sumber lain dengan mengklik atau mengetik Tambah dan kemudian memilih sumber yang ingin anda gunakan.

Jika anda tidak mahu menerbitkan koleksi sebaik sahaja anda menciptanya, maka anda boleh menetapkan tarikh yang khusus untuk koleksi diterbitkan pada kedai dalam talian anda.

Jika anda ingin menggunakan koleksi hanya sebagai input untuk aliran kerja pentadbir Shopify yang anda gunakan dalam kedai anda, maka anda boleh membiarkan koleksi tersebut tidak diterbitkan daripada semua saluran jualan. Contohnya, anda mungkin mencipta koleksi yang tidak diterbitkan dalam senario yang berikut:

  • Untuk sekumpulan produk yang semuanya memerlukan penggantian cukai yang sama pada kedai anda.
  • Untuk sekumpulan produk dalam koleksi yang anda umpukkan kepada diskaun yang khusus.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik Tambah koleksi.

  3. Untuk menambahkan tajuk, klik Tambah tajuk dan kemudian masukkan tajuk untuk koleksi anda.

  4. Untuk menambahkan huraian, klik Tambah huraian dan kemudian masukkan huraian anda dalam penyunting teks kaya.

  5. Untuk menambahkan imej pilihan, klik ikon Muat naik, pilih imej yang ingin anda gunakan dan kemudian klik Selesai.

  6. Tambahkan sumber yang mengandungi produk, varian, produk daripada koleksi sedia ada atau produk daripada aplikasi. Untuk menambahkan lebih daripada satu sumber, klik Tambah. Anda juga boleh mengecualikan produk daripada koleksi.

  7. Tetapkan kaedah isihan untuk susunan yang anda mahu produk koleksi dipaparkan dalam kedai anda.

  8. Pilihan: Tetapkan saluran jualan tempat anda mahu koleksi tersebut tersedia.

  9. Pilihan: Untuk menyambungkan medan meta yang membolehkan anda menambahkan kandungan tersuai pada halaman koleksi anda dalam penyunting tema, dalam bahagian Medan meta:

    1. Klik takrifan medan meta yang ingin anda gunakan.
    2. Masukkan atau pilih nilai untuk medan meta anda.
  10. Pilihan: Tukar templat tema untuk memaparkan halaman koleksi.

  11. Pilihan: Edit penyenaraian enjin carian untuk koleksi tersebut.

  12. Klik Simpan.

  13. Tambahkan pautan pada koleksi anda dalam menu kedai dalam talian anda supaya pelanggan boleh mencari dan melihat koleksi tersebut.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik ikon Tambah.

  4. Untuk menambahkan tajuk, ketik Tajuk dan kemudian masukkan tajuk untuk koleksi anda.

  5. Untuk menambahkan huraian, ketik Huraian, masukkan huraian anda dan kemudian ketik Simpan atau ✓.

  6. Untuk menambahkan imej pilihan, ketik Tambah imej poster dan kemudian cari serta pilih imej yang ingin anda gunakan.

  7. Tambahkan sumber yang mengandungi produk, varian, produk daripada koleksi sedia ada atau produk daripada aplikasi. Untuk menambahkan lebih daripada satu jenis sumber, ketik TambahTambah dalam bahagian Tambah pada koleksi. Anda juga boleh mengecualikan produk daripada koleksi.

  8. Tetapkan kaedah isihan untuk susunan yang anda mahu produk koleksi dipaparkan dalam kedai anda.

  9. Pilihan: Tetapkan saluran jualan tempat anda mahu koleksi tersebut tersedia.

  10. Pilihan: Untuk menyambungkan medan meta yang membolehkan anda menambahkan kandungan tersuai pada halaman koleksi anda dalam penyunting tema, dalam bahagian Tetapan koleksi, ketik Medan meta koleksi:

    1. Ketik takrifan medan meta yang ingin anda gunakan.
    2. Masukkan atau pilih nilai untuk medan meta anda.
  11. Pilihan: Tukar templat tema untuk memaparkan halaman koleksi.

  12. Pilihan: Edit penyenaraian enjin carian untuk koleksi tersebut.

  13. Ketik Simpan atau ✓.

  14. Tambahkan pautan pada koleksi anda dalam menu kedai dalam talian anda supaya pelanggan boleh mencari dan melihat koleksi tersebut.

Menambahkan sumber dan produk pada koleksi

Untuk menambahkan produk pada koleksi, anda menggunakan jenis sumber berbeza yang berikut:

Tambahkan syarat produk pada koleksi

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan produk.

  3. Sama ada dalam sumber Produk lalai atau dalam sumber Produk baharu yang anda tambahkan, klik AddTambah syarat.

  4. Pilih atribut produk dan kemudian pilih kriteria anda tentang cara atribut produk perlu dipadankan.

  5. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:

    • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan produk.
    • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan produk.
    • Pilih pilihan yang perlu dipadankan dengan produk. Jika atribut produk membenarkan lebih daripada satu pilihan dipilih, maka lakukan mana-mana yang berikut:
      • Jika produk boleh memadankan mana-mana pilihan yang anda pilih, maka pilih ATAU.
      • Jika produk harus memadankan semua pilihan yang anda pilih, maka pilih DAN.
  6. Pilihan: Untuk menggunakan berbilang syarat pemilihan bagi menambahkan produk pada koleksi secara automatik:

    1. Klik AddTambah syarat dan kemudian ikuti langkah 4 dan 5 di atas.
    2. Pilih sama ada produk perlu Padankan mana-mana syarat atau Padankan semua syarat untuk disertakan dalam koleksi.
  7. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan produk.

  4. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah dan kemudian ketik Produk.

  5. Dalam bahagian Sertakan, ketik AddTambah syarat.

  6. Pilih atribut produk dan kemudian pilih Kriteria padanan berkaitan yang ingin anda gunakan untuk atribut produk tersebut.

  7. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:

    • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan produk.
    • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan produk.
    • Pilih satu atau lebih pilihan yang perlu dipadankan dengan produk dan kemudian ketik Simpan atau ✓. Jika anda memilih lebih daripada satu pilihan, maka dalam bahagian Padankan nilai , lakukan mana-mana yang berikut:
      • Jika produk boleh memadankan mana-mana pilihan yang anda pilih, maka pilih Mana-mana (ATAU).
      • Jika produk harus memadankan semua pilihan yang anda pilih, maka pilih Semua (DAN).
  8. Pilihan: Untuk menggunakan berbilang syarat pemilihan bagi menambahkan produk pada koleksi secara automatik:

    1. Ketik AddTambah syarat dan kemudian ikuti langkah 6 dan 7 di atas.
    2. Dalam bahagian Padan, pilih sama ada produk perlu memadankan Semua syarat atau Mana-mana syarat untuk disertakan dalam koleksi.
  9. Pada halaman Produk, ketik Simpan atau ✓.

  10. Pada halaman koleksi, ketik Simpan atau ✓.

Tambahkan produk secara manual pada koleksi

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan produk

  3. Sama ada dalam sumber Produk lalai atau dalam sumber Produk baharu yang anda tambahkan, klik product Tambah produk.

  4. Dalam dialog Pilih produk untuk disertakan, pilih produk yang ingin anda tambahkan.

  5. Klik Tambah.

  6. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan produk.

  4. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, kemudian ketik Produk.

  5. Dalam bahagian Sertakan, ketik AddPilih produk.

  6. Pilih produk yang ingin anda tambahkan dan kemudian ketik Simpan atau ✓.

  7. Pada halaman Produk, ketik Simpan atau ✓.

  8. Pada halaman koleksi, ketik Simpan atau ✓.

Tambahkan syarat varian pada koleksi

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan varian.

  3. Sama ada dalam sumber lalai atau dalam sumber baharu yang anda tambahkan, tukar menu juntai bawah sumber tersebut daripada Produk kepada Varian.

  4. Klik AddTambah syarat.

  5. Pilih atribut produk dan kemudian pilih kriteria anda tentang cara atribut produk perlu dipadankan dengan varian.

  6. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:

    • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan varian.
    • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan varian.
    • Pilih pilihan yang perlu dipadankan dengan varian. Jika atribut produk membenarkan lebih daripada satu pilihan dipilih, maka lakukan mana-mana yang berikut:
      • Jika varian boleh memadankan mana-mana pilihan yang anda pilih, maka pilih ATAU.
      • Jika varian harus memadankan semua pilihan yang anda pilih, maka pilih DAN.
  7. Pilihan: Untuk menggunakan berbilang syarat pemilihan bagi menambahkan varian pada koleksi secara automatik:

    1. Klik AddTambah syarat dan kemudian ikuti langkah 5 dan 6 di atas.
    2. Pilih sama ada varian perlu Padankan mana-mana syarat atau Padankan semua syarat untuk disertakan dalam koleksi.
  8. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan varian.

  4. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, kemudian ketik Varian.

  5. Dalam bahagian Sertakan, ketik AddTambah syarat.

  6. Pilih atribut produk dan kemudian pilih Kriteria padanan berkaitan yang ingin anda gunakan untuk atribut produk tersebut.

  7. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:

    • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan varian.
    • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan varian.
    • Pilih satu pilihan atau lebih yang patut dipadankan dengan varian, dan kemudian ketik Simpan atau ✓. Jika anda memilih lebih daripada satu pilihan, maka dalam bahagian Padankan nilai , lakukan mana-mana yang berikut:
      • Jika varian boleh dipadankan dengan mana-mana pilihan yang anda tetapkan, pilih Mana-mana (ATAU).
      • Jika varian patut dipadankan dengan semua pilihan yang anda tetapkan, pilih Semua (DAN).
  8. Pilihan: Untuk menggunakan berbilang syarat pemilihan bagi menambahkan varian pada koleksi secara automatik:

    1. Ketik AddTambah syarat dan kemudian ikuti langkah 6 dan 7 di atas.
    2. Dalam bahagian Padanan, pilih sama ada varian perlu memenuhi Semua syarat atau Mana-mana syarat untuk disertakan dalam koleksi.
  9. Pada halaman Varian, ketik Simpan atau ✓.

  10. Pada halaman koleksi, ketik Simpan atau ✓.

Tambahkan varian pada koleksi secara manual

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan varian.

  3. Sama ada dalam sumber lalai atau dalam sumber baharu yang anda tambahkan, tukar menu juntai bawah sumber tersebut daripada Produk kepada Varian.

  4. Klik VariantsTambah varian.

  5. Dalam dialog Pilih varian untuk disertakan, pilih varian yang ingin anda tambahkan.

  6. Klik Tambah.

  7. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan varian.

  4. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, kemudian ketik Varian.

  5. Dalam bahagian Sertakan, ketik AddPilih varian, dan kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk memilih semua varian produk, pilih produk tersebut.
    • Untuk memilih hanya varian tertentu bagi produk:
      1. Ketik produk yang variannya ingin anda pilih.
      2. Ketik varian yang anda kehendaki.
      3. Ketik Simpan atau ✓.
  6. Pada halaman Tambah varian, ketik Simpan atau ✓.

  7. Pada halaman Varian, ketik Simpan atau ✓.

  8. Pada halaman koleksi, ketik Simpan atau ✓.

Tambahkan koleksi pada koleksi

Anda boleh menyarangkan beberapa koleksi sedia ada dalam satu koleksi baharu. Contohnya, anda boleh mencipta koleksi Teaware dengan menambahkan koleksi Teapots, Steepers, dan Infusers sedia ada anda pada sumber Koleksi.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan koleksi.

  3. Sama ada dalam sumber lalai atau dalam sumber baharu yang anda tambahkan, tukar menu juntai bawah sumber daripada Produk kepada Koleksi.

  4. Klik Sambungkan koleksi.

  5. Dalam dialog Pilih koleksi, klik koleksi yang ingin anda tambahkan.

  6. Klik Simpan.

Mudah alih

Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  1. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.
  2. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan koleksi.
  3. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, dan kemudian ketik Koleksi.
  4. Pada halaman Pilih koleksi, pilih satu koleksi atau lebih yang ingin anda tambahkan, dan kemudian ketik Simpan atau ✓.
  5. Ketik Simpan atau ✓.

Tambahkan produk daripada aplikasi pada koleksi

Jika anda menggunakan aplikasi untuk mencipta koleksi produk, seperti Complimentary products atau Trending products, anda boleh menyambungkan sumber aplikasi anda kepada koleksi.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda tambahkan produk daripada aplikasi.

  3. Sama ada dalam sumber lalai atau dalam sumber baharu yang anda tambahkan, tukar menu juntai bawah sumber daripada Produk kepada Aplikasi.

  4. Klik Sambungkan aplikasi.

  5. Dalam dialog Pilih aplikasi, klik sumber aplikasi yang produknya ingin anda tambahkan, dan kemudian klik Sambung.

  6. Klik Simpan.

Mudah alih

Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  1. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.
  2. Ketik koleksi yang ingin anda tambahkan produk daripada aplikasi.
  3. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, dan kemudian ketik Aplikasi.
  4. Pada halaman Pilih aplikasi, pilih sumber aplikasi yang produknya ingin anda tambahkan, dan kemudian ketik Sambung.
  5. Ketik Simpan atau ✓.

Kecualikan produk daripada koleksi

Jika anda menetapkan pelbagai syarat untuk menyertakan produk tertentu sahaja dalam koleksi, namun masih terdapat produk yang dipaparkan yang tidak anda mahukan dalam koleksi tersebut, maka anda boleh mengecualikan produk daripada koleksi tersebut secara manual atau secara automatik. Anda boleh berbuat demikian dengan mengecualikan produk individu atau dengan mengecualikan koleksi sedia ada yang lain, tetapi anda tidak boleh melakukan kedua-duanya secara serentak dalam sumber yang sama. Pengecualian produk akan sentiasa mengatasi mana-mana penyertaan produk secara manual atau secara automatik.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang produknya ingin anda kecualikan.

  3. Sama ada dalam sumber Produk lalai, atau dalam sumber Produk baharu yang anda tambahkan, klik AddKecualikan, dan kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk mengecualikan produk secara automatik berdasarkan syarat yang anda tetapkan:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, klik AddTambah syarat.
      2. Pilih atribut produk dan kemudian pilih kriteria anda tentang cara atribut produk perlu dipadankan.
      3. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:
        • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan produk.
        • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan produk.
        • Pilih pilihan yang perlu dipadankan dengan produk. Jika atribut produk membenarkan lebih daripada satu pilihan dipilih, pilih ATAU jika produk boleh sepadan dengan mana-mana nilai yang anda pilih, atau pilih DAN jika produk patut sepadan dengan semua nilai.
      4. Pilihan: Untuk memasukkan syarat lain bagi mengecualikan produk daripada koleksi secara automatik:
        1. Klik AddTambah syarat, dan kemudian ikut langkah b dan c di atas.
        2. Pilih sama ada produk perlu Memenuhi mana-mana syarat atau Memenuhi semua syarat untuk dikecualikan daripada koleksi.
    • Untuk mengecualikan produk secara manual:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, klik productTambah produk.
      2. Dalam dialog Pilih produk untuk dikecualikan, pilih produk yang ingin anda kecualikan daripada koleksi.
      3. Klik Tambah.
    • Untuk mengecualikan koleksi sedia ada yang lain:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, klik menu juntai bawah Produk, dan kemudian pilih Koleksi.
      2. Klik AddTambah koleksi.
      3. Dalam dialog Tambahkan koleksi, pilih koleksi sedia ada yang mengandungi produk yang ingin anda kecualikan daripada koleksi anda, dan kemudian klik Tambah.
  4. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda kecualikan produk daripadanya.

  4. Dalam bahagian Tambah pada koleksi, ketik AddTambah, kemudian ketik Produk.

  5. Pada halaman Produk, hidupkan tetapan Kecualikan, dan kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk mengecualikan produk secara automatik berdasarkan syarat yang anda tetapkan:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, ketik TambahTambah syarat.
      2. Pilih atribut produk dan kemudian pilih Kriteria padanan berkaitan yang ingin anda gunakan untuk atribut produk tersebut.
      3. Bergantung pada atribut produk yang anda pilih:
        • Masukkan teks yang perlu dipadankan dengan produk.
        • Masukkan nilai yang perlu dipadankan dengan produk.
        • Pilih satu atau berbilang pilihan untuk dipadankan dengan produk, dan kemudian ketik Simpan atau ✓. Jika anda memilih lebih daripada satu pilihan, maka dalam bahagian Padankan nilai, pilih sama ada produk patut sepadan dengan Mana-mana (ATAU) atau Semua (DAN) nilai.
      4. Pilihan: Untuk memasukkan syarat lain bagi mengecualikan produk daripada koleksi secara automatik:
        1. Ketik TambahTambah syarat, dan kemudian ikut langkah b dan c di atas.
        2. Dalam bahagian Padanan, pilih sama ada produk perlu sepadan dengan Semua syarat atau Mana-mana syarat untuk dikecualikan daripada koleksi.
    • Untuk mengecualikan produk secara manual:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, ketik TambahKecualikan produk.
      2. Pilih produk yang ingin anda kecualikan, dan kemudian ketik Simpan atau ✓.
    • Untuk mengecualikan koleksi sedia ada yang lain:
      1. Dalam bahagian Kecualikan, ketik menu juntai bawah Produk, dan kemudian pilih Koleksi.
      2. Ketik TambahKecualikan koleksi.
      3. Pilih koleksi sedia ada yang mengandungi produk yang ingin anda kecualikan daripada koleksi anda, dan kemudian ketik Simpan atau ✓.
  6. Pada halaman Produk, ketik Simpan atau ✓.

  7. Pada halaman koleksi, ketik Simpan atau ✓.

Mengedit koleksi

Anda boleh menukar penampilan koleksi dengan mengedit tajuk, perihalan atau imej pilihannya, dan menukar kaedah pengisihan untuk tertib produk dipaparkan kepada pelanggan pada halaman koleksi.

Anda juga boleh mengurus sumber dan syarat koleksi anda, termasuk mengalih keluar sumber dan mengedit syarat anda untuk dipadankan dengan produk atau varian.

Untuk mengedit ketersediaan saluran jualan, templat tema atau penyenaraian enjin carian bagi suatu koleksi, rujuk Mengurus tetapan koleksi anda.

Duplikasikan koleksi

Anda boleh menduplikasi koleksi sedia ada, termasuk tajuk, perihalan, imej dan senarai produk.

Apabila anda menduplikasi suatu koleksi, koleksi baharu yang anda cipta mempunyai teks (Salinan) yang ditambahkan pada penghujung tajuk. Koleksi baharu ini tidak disertakan dalam mana-mana saluran jualan secara automatik.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Klik koleksi yang ingin anda duplikasikan.

  3. Klik Duplikasi.

  4. Dalam salinan baharu bagi koleksi sebelumnya, buat apa-apa perubahan yang anda perlukan.

  5. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda duplikasikan.

  4. Ketik Horizontal menu atau Vertical menu, dan kemudian ketik Gandakan.

  5. Dalam salinan baharu bagi koleksi sebelumnya, buat apa-apa perubahan yang anda perlukan.

  6. Ketik Simpan atau ✓.

Padamkan koleksi

Pautan ke koleksi yang dipadamkan dialih keluar secara automatik daripada mana-mana menu kedai dalam talian yang telah anda tambahkan koleksi tersebut sebelum ini.

Anda juga boleh memadamkan lebih daripada satu koleksi pada masa yang sama menggunakan tindakan pukal.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk > Koleksi.

  2. Dalam senarai koleksi anda, pilih koleksi yang ingin anda padamkan.

  3. Klik Horizontal menu > Padam koleksi.

  4. Klik Padam.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik menu juntai bawah Produk dan kemudian ketik Koleksi.

  3. Ketik koleksi yang ingin anda padamkan.

  4. Ketik Horizontal menu atau Vertical menu, dan kemudian ketik Padam.

  5. Dalam dialog, ketik Padam.

Tambahkan produk pada koleksi pada halaman butirannya

Anda boleh menambahkan produk secara manual pada koleksi sedia ada tanpa perlu menavigasi keluar dari halaman butiran produk dalam pentadbir Shopify anda. Anda boleh melakukan perkara ini hanya untuk koleksi yang mengandungi produk yang anda tambahkan secara manual dalam sumber Produk.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.

  2. Klik produk yang ingin anda tambahkan pada koleksi.

  3. Dalam bahagian Organisasi produk, klik ikon Tambah untuk medan Koleksi.

  4. Pilih satu atau berbilang koleksi yang tersedia untuk menambahkan produk tersebut.

  5. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik produk yang ingin anda tambahkan pada koleksi.

  3. Pada halaman butiran produk, ketik Koleksi.

  4. Pilih satu atau berbilang koleksi yang tersedia untuk menambahkan produk tersebut.

  5. Ketik Simpan atau ✓.

Alih keluar produk daripada koleksi pada halaman butirannya

Anda boleh mengalih keluar produk secara manual daripada koleksi sedia ada tanpa perlu menavigasi keluar dari halaman butiran produk dalam pentadbir Shopify anda. Anda boleh melakukan perkara ini hanya untuk koleksi yang mengandungi produk yang anda tambahkan secara manual dalam sumber Produk. Jika produk juga disertakan dalam koleksi kerana produk tersebut sepadan dengan syarat koleksi tertentu, maka anda tidak boleh mengalih keluar produk secara manual daripada koleksi itu pada halaman butiran produknya.

Langkah-langkah:

Desktop
  1. Daripada pentadbir Shopify anda, pergi ke Produk.

  2. Klik produk yang ingin anda alih keluar daripada koleksi.

  3. Dalam bahagian Organisasi produk, tuding pada koleksi yang berkaitan dalam medan Koleksi, dan kemudian klik x.

  4. Klik Simpan.

Mudah alih
  1. Daripada aplikasi Shopify, ketik ikon Produk

  2. Ketik produk yang ingin anda alih keluar daripada koleksi.

  3. Pada halaman butiran produk, ketik Koleksi.

  4. Nyahpilih satu atau berbilang koleksi yang ingin anda alih keluar produk daripadanya.

  5. Ketik Simpan atau ✓.