Pemulangan dikemaskinikan
Pencetus Pemulangan dikemaskinikan memulakan aliran kerja apabila satu atau lebih medan pada pemulangan, item barisnya atau pesanan pemenuhan balikannya berubah dalam kedai anda. Anda memilih medan pemulangan yang penting, dan aliran kerja hanya dijalankan apabila salah satu medan tersebut berubah, seperti apabila status pemulangan berubah atau yuran penstokan semula ditambahkan.
Untuk memulakan aliran kerja apabila pemulangan mencapai peringkat tertentu, anda juga boleh menggunakan pencetus bagi peringkat tersebut, seperti pencetus Pemulangan diminta, Pemulangan diluluskan atau Pemulangan ditutup.
Pada halaman ini
Medan yang tersedia untuk dipantau
Pencetus Pemulangan dikemaskinikan memerlukan anda memilih sekurang-kurangnya satu medan untuk dipantau. Anda boleh memilih hingga lima medan. Apabila mana-mana medan yang dipilih berubah, aliran kerja akan dijalankan. Perubahan pada medan yang tidak anda pilih tidak akan memulakan aliran kerja.
Semak jadual berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang medan yang boleh anda pantau.
| Jenis medan | Medan |
|---|---|
| Pemulangan | closedAt, decline, requestApprovedAt, status |
| Item baris pemulangan | returnLineItems.quantity, returnLineItems.refundableQuantity, returnLineItems.refundedQuantity, returnLineItems.restockingFee, returnLineItems.restockingFee.amountSet, returnLineItems.restockingFee.amountSet.presentmentMoney, returnLineItems.restockingFee.amountSet.shopMoney, returnLineItems.restockingFee.percentage, returnLineItems.unprocessedQuantity |
| Item baris pertukaran | exchangeLineItems |
| Yuran pengiriman pemulangan | returnShippingFees, returnShippingFees.amountSet, returnShippingFees.amountSet.presentmentMoney, returnShippingFees.amountSet.shopMoney |
| Pesanan pemenuhan balikan | reverseFulfillmentOrders, reverseFulfillmentOrders.lineItems, reverseFulfillmentOrders.status |
Medan yang namanya berakhir dengan amountSet menyimpan amaun dalam dua mata wang. Apabila anda memantau medan tersebut, perubahan pada salah satu amaun akan memulakan aliran kerja. Untuk memantau salah satu amaun sahaja, pilih medan shopMoney dalam medan tersebut bagi amaun dalam mata wang kedai anda, atau medan presentmentMoney bagi amaun dalam mata wang pelanggan.
Sesetengah medan juga memulakan aliran kerja apabila item ditambahkan pada pemulangan atau dialihkan keluar daripada pemulangan:
- Jika anda memantau medan dalam kumpulan Item baris pemulangan, penambahan item baris pada pemulangan atau pengalihan keluar item baris daripada pemulangan akan memulakan aliran kerja.
- Jika anda memantau medan yuran penstokan semula seperti
returnLineItems.restockingFee.percentage, aliran kerja akan bermula apabila yuran penstokan semula ditambahkan pada item baris atau dikeluarkan daripadanya. - Jika anda memantau medan
exchangeLineItems, penambahan item pertukaran pada pemulangan atau pengalihan keluar item pertukaran daripada pemulangan akan memulakan aliran kerja. - Jika anda memantau medan dalam kumpulan Yuran pengiriman pemulangan, penambahan atau pengalihan keluar yuran pengiriman pemulangan akan memulakan aliran kerja.
- Jika anda memantau medan dalam kumpulan Pesanan pemenuhan balikan, penambahan pesanan pemenuhan balikan pada pemulangan akan memulakan aliran kerja. Jika anda memantau medan
reverseFulfillmentOrdersatau medanreverseFulfillmentOrders.lineItems, pengalihan keluar item baris daripada pesanan pemenuhan balikan juga akan memulakan aliran kerja.
Pilih medan yang memulakan aliran kerja
Pilih medan yang perubahannya akan memulakan aliran kerja.
Langkah:
- Dalam penyunting aliran kerja, klik pencetus Pemulangan dikemaskinikan.
- Dalam bahagian Pilih medan pemulangan, klik Pilih medan.
- Dalam dialog Tambahkan medan untuk dipantau, cari atau semak imbas medan yang ingin anda pantau, kemudian pilih medan tersebut.
- Pilihan: Ulangi langkah dua dan tiga untuk memantau hingga lima medan.
Medan
Pencetus Pemulangan dikemaskinikan mengandungi medan berikut, yang boleh digunakan dalam syarat dan tindakan serta untuk mendapatkan data dalam aliran kerja. Medan Pemulangan dan Kedai sentiasa tersedia. Medan lain hanya tersedia apabila anda memantau medan yang berkaitan. Contohnya, medan Pesanan pemenuhan balikan tersedia apabila anda memantau medan pesanan pemenuhan balikan, seperti reverseFulfillmentOrders.status.
| Medan | Perihalan |
|---|---|
| Pemulangan | Pemulangan yang dikemaskinikan. |
| Kedai | Kedai tempat pemulangan dikemaskinikan. |
| Item baris pemulangan | Item baris pemulangan yang berubah. Kosong apabila item baris dialihkan keluar daripada pemulangan. Tersedia apabila anda memantau medan returnLineItems.quantity atau medan yuran penstokan semula. |
| Item baris pertukaran | Item baris pertukaran yang ditambahkan. Kosong apabila item baris pertukaran dialihkan keluar. Tersedia apabila anda memantau medan exchangeLineItems. |
| Pesanan pemenuhan balikan | Pesanan pemenuhan balikan yang berubah. Tersedia apabila anda memantau medan pesanan pemenuhan balikan. |
Jika anda memantau medan daripada jenis yang berbeza, medan Item baris pemulangan, Item baris pertukaran dan Pesanan pemenuhan balikan boleh kosong apabila aliran kerja dijalankan. Contohnya, jika anda memantau kedua-dua status dan returnLineItems.quantity, medan Item baris pemulangan akan kosong apabila hanya status berubah. Medan Item baris pemulangan dan Item baris pertukaran boleh kosong walaupun anda hanya memantau medan daripada jenis yang sama. Sebelum menggunakan salah satu medan ini dalam tindakan, tambahkan syarat untuk menyemak bahawa medan tersebut mempunyai nilai.
Pencetus Pemulangan dikemaskinikan hanya menyediakan nilai semasa bagi pemulangan dan item barisnya. Nilai terdahulu bagi medan yang berubah tidak tersedia dalam aliran kerja. Contohnya, jika anda memantau medan status, anda boleh menggunakan status semasa pemulangan dalam syarat atau tindakan, tetapi tidak boleh menggunakan status sebelum perubahan.
Tindakan
Pencetus ini menyediakan objek pemulangan, jadi anda boleh menggunakan sebarang tindakan yang memerlukan pemulangan. Selain itu, oleh sebab objek pemulangan merangkumi pesanan, pencetus ini boleh digunakan dengan sebarang tindakan pesanan, termasuk:
- Tambahkan item baris pesanan
- Tambah tag pesanan
- Arkibkan pesanan
- Batalkan pesanan
- Tangkap pembayaran
- Tahan pesanan pemenuhan
- Tandakan pesanan sebagai berbayar
Pesanan membolehkan anda mengakses data lain seperti data pelanggan, jadi pesanan boleh digunakan dengan tindakan pelanggan. Antaranya:
- Tambah tag pelanggan
- Alihkan keluar medan meta pelanggan
- Alihkan keluar tag pelanggan
- Kemaskinikan medan meta pelanggan
- Kemaskinikan nota pelanggan
Pesanan juga mengandungi senarai data seperti item baris. Dengan tindakan Untuk setiap, anda boleh menelusuri senarai ini dan melaksanakan tindakan pada setiap item. Contohnya, anda boleh menelusuri item baris dan menambahkan tag pada setiap produk.
Menguji pencetus Pemulangan dikemaskinikan
Untuk menguji aliran kerja yang bermula dengan pencetus ini, hidupkan aliran kerja, kemudian ubah salah satu medan yang dipantau oleh aliran kerja pada pemulangan dalam pentadbir Shopify. Contohnya, cipta pemulangan, kemudian proses pemulangan tersebut atau tutup pemulangan tersebut.
Butiran API
Pencetus Pemulangan dikemaskinikan membolehkan tindakan diambil menggunakan objek Return dalam API GraphQL. Pencetus ini sepadan dengan tindakan update bagi topik Return dalam rujukan Shopify Events, yang ditapis mengikut medan yang anda pilih untuk dipantau.